Suasana bilik pejabat pakar orthopedic hening. Jam di dinding menunjukkan pukul 7.45pm.
"Dr. Jimmy cakap saya bodoh, pemalas, menyusahkan dan sebagainya saya boleh maafkan... tapi bila doktor merendahkan martabat saya hanya kerana saya lahir dari keluarga yang miskin saya tidak boleh terima" bentakku. Dadaku bagaikan mau pecah berdebar-debar. Mataku merah. Air mata bagai Empangan Bakun yang menakungkan air dan menunggu bila-bila masa untuk dilepaskan.
Dr. Jimmy bangun dari kerusi pejabat. Kolar baju kemejaku direntap kasar. Lagaknya seperti harimau kelaparan menerkam ganas.
"Aku benci Housemen macam korang ni paham tak!? Membazir biasiswa kerajaan je kat kau ni! Mengemis ehsan kerajaan!"
Aku tewas. Air mataku tumpah menimpa bumi. Beg galas diambil seraya kakiku melangkah pantas meninggalkan bilik pejabat bos.
Kata-kata Dr. Jimmy tergiang-ngiang di benakku. Kenapa dia begitu benci kepada Housemen? Terutamanya aku! Ada saja kesalahan ku di mata Dr. Jimmy. Kiri kanan atas bawah semuanya salah. Aku teringat gosip tentang Dr. Jimmy. " ko kene hati-hati. Dia tu memamng berlagak nak mampus. Bapak dia pengarah hospital swasta. Mak nya memiliki klinik perubatan persendirian... pendek kata orang have-have la"
Apakah punca Dr. Jimmy benci kepada Housemen, terutamanya kepada Ian Clare Igat?
Mampukah Ian menundukkan kebengisan dan kebencian Dr. Jimmy kepadanya?
Selamat membaca guys...
YOU ARE READING
Doktor PLU (COMPLETED)
Romance" Kalau dah miskin, jangan menyusahkn orang boleh tak? Bodoh!!!" tempelak Dr. Jimmy. Hati Dr. Ian berdetak kencang. Mukanya merah menahan amarah. Jika bukan dia fikirkan status sebagai Housemen sudah lama muka Dr. Jimmy yang berlagak itu merasa buku...