Doktor PLU: 2

20K 325 23
                                    

Doktor PLU: 2

Wad

Malam tu macam biasa. Aku memang pantang kerja shif malam. Confirm panas terhangat di pasaran. Pesakit masuk wad bertalu-talu. Kami yang bekerja sama shif dari jururawat sampailah ke Pembantu Perawatan Kesihatan memang tak menang tangan.

"Kau kena mandi bunga la Ian...tiap kali kau shif malam haru biru wad" luah kak Shida ketika kami berhenti rehat di pantry jam 2 pagi. Kak Shida merupakan jururawat incharge malam tu. Bagi aku, kak Shida tu dah macam kakak aku sendiri. Walaupun aku takda kakak. Huhuhu. Kak Shida ni jenis yang cakap depan-depan. Bukan jenis kaki report di belakang. Mungkin sebab ni la kami agak rapat dan masuk air. Hahaha.

"Tu la kak...nanti la aku try mandi air bunga kekwa dalam kotak tu...hahahaha " selorohku seraya disambut gelak ketawa kak Shida.

"Kak... Dr. Jimmy tu dah lama kat department kita ni?"

"Hermmm... Lama juga la... Dalam 4 tahun macam tu... Kenapa?" Kak Shida kaget dengan soalanku.

"Ohhhh....kak....kenapa Dr. Jimmy tu mcm benci kat aku eh? Alergik betul dia tgk aku" kesedihan terpampang pada mimic mukaku.

Kak Shida menghabiskan air kopi O kosong kesukaannya.

"Ian....akak bagitahu ni kau jangan becok ok???Ni antara kita je"

"Iya kak...janji!!!" Riakku kembali bersemangat. Amboi kalua bergosip nombor satu. Hahaha.

"Sebenarnya, akak kesian jugak kat Dr. Jimmy tu. Dulu sebelum dia ditempatkan di department kita, dia pernah bertunang dengan sorang Housemen. Tapi tu lah, jodoh tak panjang. Tunang dia tu curang. Akak pun heran. Dr. Jimmy tu dh la handsome, macho, kaya-raya, baik....."

"Hahahahahahahahahahahahahahaha" aku ketawa berdekah.

"Kenapa kau ketawa ni?" Dahi kak Shida bekerut.

"Akak cakap Dr. Jimmy tu baik? Hahahahha" Aku senak menahan ketawa. Mataku segar bugar. Lenguh badan pun hilang.

"Eh betul lah. Dia tu baik. Dia sentiasa hormat orang tua. Tak kira siapa. Even makcik cleaner wad kita pun sayang kat dia tau? Dah la pandai...teori dan skill dia memang terbaik....sebab tu specialist department kita serahkan tugas menjaga Housemen kat dia. Kira macam dia ni harapan bos la...haaaa...ehhh akak nak pergi topup ubat la....bergosip je memanjang dengan kau ni hahahha"

Aku terdiam mendengar kata-kata kak Shida. Harapan? Habislah aku. Makin tak sabar nak tinggalkan department orthopedic ni. Huhuhu. Tapi kenapa Dr. Jimmy benci aku sangat eh? Takkan sebab hatinya remuk dek kerana seorang housemen yang sundal, dia benci semua housemen. Terutamanya aku! Urghhhh!

Nota kaki: so guys? Korang rasa sebab apa Dr. Jimmy benci sangat kat Dr. Ian? Korang pernah tak kat kelas/tempat kerja rasa macam ada seseorang yang anti sangat kat korang? Anyway, nantikan episode seterusnya. Hehehe.

Doktor PLU (COMPLETED)Where stories live. Discover now