Tiga hari selepas berada di hospital, Ray pun discharge dari wad. Tiga hari yang terasa bagai sebulan bagi Ray. Telefon Ray tiba-tiba berbunyi. Panggilan dari 'unknown number'.
"Hello." Jawab Ray ringkas.
"Babyyyyyyyy... Sayang rindu babyyyyyy." Kedengaran suara gedik dihujung talian. Si gadis gedik 2. Remember her?
"Ermmm... Kalau rindu kenapa tak lawat kat hospital pun."
"Ermm... Sayang busy outstation beberapa hari ni baby... Baby dah ok? Nanti sayang ambik baby k? Rindu la kat baby."
"Rindu ke sangap?" Ray tersenyum nakal. (Urgh! Fuckboy baru keluar hospital pun sangap).
"Hehehehe baby macam tau je apa sayang nakkkk... Ok nnt petang sayang ambik baby... Malam ni stay rumah sayang k baby?"
"Ok." Jawab Ray ringkas.
Petang tu si gadis gedik 2 menjemput Ray di hospital lalu pulang ke rumah.Ray yang lama sudah tidak bertemu si gadis gedik 2 tidak melengahkan masa untuk menjelaskan bil air tertunggak. Selesai bertarung Ray pun tidur sampai keesokkan hari.
Ray terbangun apabila terasa silau matahari menerobos ke kamar tidur. Si gadis gedik 2 tiada di sebelahnya. Kedengaran desiran air di bilik mandi. Ray menutup kembali matanya untuk menyambung tidur. Telinganya tiba-tiba terganggu dengan bunyi notifikasi handphone si gadis gedik 2. Nalurinya kini curious untuk mengetahui isi disebalik notifikasi itu. Tangannya mencapai handphone si gadis gedik 2. Enter password. Hermm. Ray menekan 1234. Open! (Talk about naïve and stupid girl). Ray membaca notifikasi terbaru "@hotgal01 Hahaha lucu wehh... Padan muka dia tak sedar diri babe. Ray menekan notifikasi tersebut. Sebuah video di Instagram dimainkan. Kelihatan si gadis gedik 2 sedang menengking seorang pekerja 7E. Si gadis gedis 2 histeria berteriak dan akhirnya menyimbah minuman slurpee ke muka pekerja tersebut. Wait, isn't that... Ian? Ray mengulang video tersebut. Ian! Yup that's Ian. Tiba-tiba hati Ray panas membara. Tangannya terketar-ketar.
Kira-kira 5 minit kemudian si gadis gedik 2 keluar dari bilik mandi dan masih berkemban. "Good morning sleepy head! Letih ke semalam? Ke nak lagi sekarang? Hehehe." Kata si gadis gedik 2 tanpa segan silu.
"Ni video apa?" soal Ray ringkas. Tangannya menggengam erat handphone si gadis gedik 2.
Si gadis gedik 2 terkejut melihat handphone di tangan Ray. "Ohhh tu video... erm... Baby ingat tak budak kat butik dulu tu? Yang gaduh dengan sayang tu. Sayang terjumpa dia kat 7E masa beli kondom kelmarin. Sayang apa lagi. Hahaha. Padan muka! Sayang akan pastikan dia dipecat lagi!" si gadis gedik 2 kelihatan puas dengan perbuatannya. Tangan Ray kini terketar-ketar.
"Sapa suruh you buat macam tu?!" Suara Ray semakin meninggi. Si gadis gedik 2 paham bila Ray mula ber'you' 'I' dengannya bermaksud Ray not in a good mood.
"Baby... Sayang buat semua ni untuk Baby juga kannn... Orang macam tu kita tak boleh bagi muka... Menyusahkan" Si gadis gedik 2 memuncungkan mulutnya seolah-olah merajuk.
"Tapi I takda suruh you buat semua tu kan! Yang you memandai pehal aaa!" suara Ray bergema seluruh alam. Matanya merenung tajam ke arah perempuan di hadapannya. Hati si gadis gedik 2 kini mula membara.
"Ehh you pehal membela budak tu?! You ingat I binatang ke nak tengking bagai? Lepas puas macam ni la you layan I kan? You keluar sekarang jantan tak guna!" si gadis gedik 2 menuding jari ke arah pintu. Dadanya turun naik kemarahan.
Ray tidak bercakap banyak. Dia terus keluar dari bilik tidur si gadis gedik 2. Apabila sampai di pintu utama Ray teringat yang kunci rumahnya tertinggal di bilik tidur. Semasa berpatah balik ke bilik tidur, Ray terdengar suara si gadis gedik 2 sedang bercakap di telefon.
"Daniellll... Jom datang rumah i... I rindu you la... I baru lepas mandi ni..." Bam!!! Bunyi pintu terhempas. Belum sempat si gadis gedik 2 bercakap, telefon di tangannya terlepas dan jatuh ke lantai. Ray menuju ke nightstand di sebelah katil lalu mengambil kunci rumahnya lalu berambus dari rumah tersebut. Si gadis gedik 2 masih terpinga-pinga dengan kejadian yang baru berlaku. Dah la sundal, slow pulak tu. Ehhh? (I is tak suka watak pompuan ni urgh!)
Sampai di rumah Ray terus masuk ke bilik tidurnya. Rumah kelihatan lenggang. Ibu bapanya pasti berada di pejabat. Bibik mungkin pergi membeli barang dapur. Ray cuba melelapkan matanya. Mata, hidung,mulut. Ray tiba-tiba teringat Ian. Damn. Aku dah kenapa ni? I'm not gay! Detik Ray di hatinya. Mata, hidung, mulut. Urgh! Stop it Ray! Hati Ray kini berdebar-debar. Dia bangun dari katil dan mencari driver.
"Bang. Boleh tolong hantar Ray pergi satu tempat tak?"
"Boleh tuan Ray. Sekarang?" soal bang Leman, salah seorang pemandu keluarga Vincent Sinclair yang berusia 30-an.
Selepas 30 minit perjalanan, Ray akhirnya sampai ke tempat yang dituju. Ray melangkah masuk ke dalam 7E.
"Selamat datang ke..." Ucapan Ian terhenti separuh jalan apabila dia melihat Ray. Ray merenung tepat ke mata Ian. Ian mengalihkan pandangannya ke arah lain. Ray terus duduk di meja kecil di sudut 7E tersebut sambil matanya memerhati tiap gerak-geri Ian.
"Ian! Kau tengok mamat tu! Handsome!" Noreen berbisik ke arah Ian di kaunter yang tengah sibuk membuat kira-kira. Ian tidak merespon kata-kata Noreen. Apatah lagi menoleh ke arah Ray.
Selang 30 minit selepas duduk, Ray bangkit dari kerusi dan menuju ke arah Ian. Hati Ian berebar-debar menahan marah. Hati Ray berdebar-debar rasa bersalah.
"We need to..."
"No." Belum sempat Ray menamatkan percakannya, Ian terlebih dahulu mencelah.
"Look, I need to.."
"No." hati Ian kini keras membatu.
Ray mula hilang sabar. "Me. You. Out. Now!" Suaranya meninggi. Ian tersentap dengan kata-kata Ray. Noreen di tepi hanya terpinga-pinga. Noreen menjeling tajam Ian. Inginkan penjelasan. Ian mula rasa serba salah. Dia berjalan pantas menuju pintu keluar 7E sambil diekori Ray. Ian berdiri berhadapan Ray, tapi matanya ditujukan ke bangunan sekitar blok tempat dia bekerja. Setelah beberapa minit berdiri tanpa kata, Ian mula bergerak memasuki pintu 7E sebelum tangannya dipegang Ray.
"Don't go, please" suara Ray kini lembut dan sopan. Ian menghentikan langkahnya. Dia kembali berdiri menghadap Ray tapi matanya masih tidak bertentangan dengan pandangan Ray.
"I want to apologize about yesterday's event. Saya tak tau dia sampai sanggup buat semua tu. Sumpah." Ray menjelaskan kepada Ian. Ian mengerutkan dahi. Dadanya kini berdebar-debar menahan marah.
"Benda dah jadi kan. Nak buat macam mana? Saya harap video yang dia rakam tu dapat banyak views. And likes. By the way you don't have to apologize. Bukan you yang buat kan? Saya harap ni last kita jumpa. TUAN Ray saya bukan orang senang macam tuan ye. Saya belum balik kampung lagi lepas tamat pengajian. Banyak yang saya korbankan untuk mencari rezeki di sini tuan Ray. Lain la macam tuan Ray. Dari lahir dah rasa jadi orang kaya. So saya harap tuan Ray paham. Saya tak nak ada masalah lagi. Cukup-cukup lah apa yang berlaku selama ni. Saya just nak cari rezeki dengan tenang. Paham? Bye!" Mata Ian bergenang dengan air mata. Ian melangkah masuk ke 7E tanpa melihat ke arah Ray. Ray hanya terdiam mendengar kata-kata Ian. Banyak yang dia mahu katakan. Entah mengapa lidahnya kelu. Hatinya sedikit sedih dan marah. Sedih kerana dia mungkin punca mengapa Ian dilayan sebegitu rupa. Sedih melihat air mata Ian mula menitis di pipi. Marah kerana Ian menilainya berdasarkan sifat luaran, materialistic semata-mata. Ray masuk semula ke kereta dan memutuskan untuk pulang ke rumah.
Nota kaki: So? Acaner guys? hermmm makin melarut pula episode si Ray ni. I is terjatuh cinta dengan perkembangan character Ray. Fuckboy tapi hati ada taman gtew. Ehhh?
YOU ARE READING
Doktor PLU (COMPLETED)
Romance" Kalau dah miskin, jangan menyusahkn orang boleh tak? Bodoh!!!" tempelak Dr. Jimmy. Hati Dr. Ian berdetak kencang. Mukanya merah menahan amarah. Jika bukan dia fikirkan status sebagai Housemen sudah lama muka Dr. Jimmy yang berlagak itu merasa buku...