Attention: Hai guys! So, this episode akan banyakkkkkkkkkk melibatkan chat whatsapp (text, voice and video). So brace yourself ok? Hehehe. Bukan apa, slot chat whatsapp ni PENTING sangat untuk menerangkan plot cerita yang sama-samar. Plot cerita siapa? Teruskan membaca. Hehehe.
Tiga hari Ian pulang ke kampung halaman. Penat lelah sepanjang melalui zaman Housemanship terasa hilang ditelan suasana tenang di rumah panjang. Ian meluangkan masanya untuk melawat saudara mara dan ke kebun menolong ibunya menguruskan tanaman sawah dan tanaman sayur. Pagi itu Ian bangun agak lambat kerana penat pulang lewat dari rumah panjang makciknya semalam.
Selesai bersarapan, Ian mula mengemas ruang tamu dan dapur rumahnya. Ibu dan adiknya keluar awal pagi kerana membantu makciknya di rumah panjang lain yang bakal mengadakan kenduri kahwin sepupunya pada malam nanti. Beberapa surat khabar lama dan majalah disusun ke dalam kotak dan disimpan ke dalam stor. Mata Ian melihat beberapa barang lama yang terdapat di stor tersebut. Pandangannya tertumpu pada satu kotak hitam yang menarik perhatiannya. Terdapat habuk yang agak tebal pada permukaan kotak tersebut. Ian mengambil kotak lalu membawa ke ruang tamu. Di dalam kotak terdapat barang-barang lama Ian semasa bekerja selepas tamat pengajian dahulu seperti pas pekerja dan beberapa barang lain. Namun barang yang paling menarik perhatian Ian adalah sebuah handphone miliknya dahulu. Hatinya sayu melihat telefon tersebut yang telah disimpan selama dua tahun lebih. Handphone tersebut dikeluarkan dan disampungkan ke pengecas telefon.
Selesai mandi, Ian melihat handphone lamanya yang sudah 70% dicaj. Tangan Ian terketar-ketar menekan butang on pada handphone tersebut. Butang on ditekan. Screen menyala dan loading beberapa saat. Wallpaper handphone masih tertera gambar Ian bersama sesosok individu yang cuba diluoakannya selama ini. Ian membuka tathering handphone barunya lalu menghubungkan wifi ke handphone lamanya.
Seketika kemudian Ian dikejutkan dengan notifikasi chat yang bertalu-talu masuk. Bunyi notifikasi khas yang telah lama Ian tidak dengar. Notifikasi chat khas Ray! Hati Ian berdebar-debar. Jari Ian perlahan-lahan menekan ikon aplikasi whatsapps. Begitu banyak whatsapps yang diterima. Dari rakan sekerja. Rakan sekuliah. Dan yang paling membuat Ian tersentak adalah whatsapp dari Ray. 328 chats dari Ray! Dahi Ian berkerut. Jantungnya berdetak kencang. Ian meletakkan kembali handphone di atas meja. Hujung jari telunjuknya digigit lembut. Ian kini nervous. Ian berlalu ke dapur untuk memasak nasi untuk lunch dan defrost ayam dari freezer. Krikk! Krikk! Bunyi notifikasi chat Ray berbunyi lagi. Hati Ian meronta-ronta ingin mengetahui isi kandugan chat Ray. Kakinya melangkah laju kembali ke ruang tamu. Handhphone di atas meja ditatap.
Krikk! Krikk! Kali ini notifikasi berbunyi lagi. Ian mencapai handphone dan menekan contact whatsapp Ray. Chat yang terbaru dihantar seminit lalu! Ian scroll chat ke bahagian paling atas yang belum dibaca.
Ray: Awak... Saya balik rumah esok. I can't wait. Rindu... huhuhu. 27 Ogos 2017@3.52pm
Ray: Awak... Kenapa greytick? Awak tak on handphone ke? 27 Ogos 2017@11.52pm
Ray: Awak... Kerja bagus-bagus k... Ingatkan awak cuti hari ni... Huhuhu. 28 Ogos 2017@7.52am
Ray: Where are you? Kenapa Noreen cakap you dah quit? Kenapa barang you masih ada? Are you going back to hometown? For how long? Please reply if you read this. I have so many explaination to do. Please. 28 Ogos 2017@4.28pm
Ray: Ian... Iannn... Where are you? Why you do this to me? Please open your phone... (Voice) 29 Ogos 2017@2.15am
Ray: Iannn... I'm sorry... I have to marry her... hikss... she got pregnant... I don't know how I happened... hikss... I pun baru tahu masa balik rumah hari tu... Ian... please... I need you. Please... Hikss... (Voice) 31 Ogos 2017@8.19am
YOU ARE READING
Doktor PLU (COMPLETED)
Romance" Kalau dah miskin, jangan menyusahkn orang boleh tak? Bodoh!!!" tempelak Dr. Jimmy. Hati Dr. Ian berdetak kencang. Mukanya merah menahan amarah. Jika bukan dia fikirkan status sebagai Housemen sudah lama muka Dr. Jimmy yang berlagak itu merasa buku...