Episode 90

218 34 62
                                    

Umji pov.

[ kantin ]

"Kau tunggu sini biar aku pergi beli makanan, ok"

Aku mengangguk untuk perlawaan Chaeyoung. Selepas itu, Chaeyoung beredar pergi. Aku hanya duduk diam dikerusi yang aku duduki. adakala aku menoleh melihat pelajar-pelajar yang sedang melahap makanan di depan mereka.

Tiba-tiba bunyi kerusi ditarik dihadapan aku, buat aku memandang ke depan.

Jimin.

Aku terus jadi tak selesa bila Jimin tiba-tiba mengambil tempat duduk dihadapan aku bersama dulang makanannya. Kenapa aku gemuruh?

Suasana antara kami berdua begitu krik krik. Jimin pun aku tengok langsung tak pandang aku sebab sibuk makan. Mungkin dia duduk sini sebab dah takde tempat lain kot.

Aku mula mengerling orang sekeliling. okay dorang dah mula berbisik.

"Macam mana kau sekarang?" soalan tiba-tiba dari jimin mengejutkan aku. Dia tanya khabar aku ke?

Aku berdehem kecil sambil membetulkan cara aku duduk sebab tak selesa. "Okay"

"Okay je? Bukan kau lebih bahagia ke lepas dah buang aku? Huh?" Jimin mula pandang aku dengan senyuman sinis.

Aku tatap wajahnya tak faham.

"Heh, Mestilah kau lebih bahagia dah ada lelaki lain kan. dia kaya ke? cukup untuk puaskan kemahuan kau?"

"Aku tak faham" jawapan aku buatkan Jimin tersenyum kecil.

"Tak faham? Ke kau buat-buat tak faham, huh" aku terkejut bila jimin bertindak melempar beberapa nasi dari makanannya kearah aku menggunakan chopstik.

Dapat aku rasakan semua orang dah pandang kearah kami seakan kami adalah tontonan hangat saat ini.

"Pandai kau berlakon kan. Macam ni lah kau berlakon cintakan aku dulu"

Aku ketap bibir cuba menahan sebak. Ayat tu menyakitkan aku.

"Jimin? Kau buat apa duduk sini?" aku tak berpaling melihat Chaeyoung yang baru tiba. mata aku tak lepas membalas pandangan menyakitkan dari Jimin.

Tanpa sedar , mata aku mula berkaca.

Jimin senyum sinis. "Dan sekarang.. Kau nak teruskan lakonan dengan air mata palsu kau pula ke?"

Aku tertunduk. Sumpah aku tak dapat tahan perasaan aku. Aku menarik nafas dalam lantas bangun dari duduk.

Lengan Chaeyoung aku pegang. "Jom pergi"

"AKU BELUM HABIS CAKAP DENGAN KAU LAH PEREMPUAN"

Aku tersentak. Jimin bangkit dari duduk dan tanpa aku jangka dia membaling selamba chopstiknya kearah aku.

"Jimin!" kedengaran Chaeyoung tak suka dengan tindakan Jimin.

"Kau dengar sini, putus tak bermakna yang kau boleh lepas dari aku. Aku akan pastikan sengsara kau takkan berakhir disini, Umji. Ingat tu" Selepas berkata begitu, Jimin beredar pergi itupun lepas dia tendang satu kerusi hingga mencium lantai.

Aku menghembus nafas berat.

"Kau tak apa-apa?"

Aku angguk untuk soalan Chaeyoung. Jimin yang sudah beredar pergi, aku pandang redup.

Maafkan aku Jimin.

***

"Chae, kau balik dulu lah. Aku nak pergi tandas kejap" beritahu aku semasa kami berjalan mahu keluar dari kawasan sekolah.

i'm slave leader gangster ; jimjiWhere stories live. Discover now