Episode 98

283 35 62
                                    

Author pov.

Umji berdiri dihadapan bilik Jimin hatinya berbelah sama ada mahu mengetuk pintu bilik lelaki itu atau tidak.

kedua mata dipejam. nafas ditarik dalam. perlahan tangan umji naik untuk mengetuk permukaan pintu.

tok! tok!

tidak lama, pintu itu terbuka. wajah jimin menghiasi pemandangan umji. "Err aku nak cakap dengan kau" ujar umji.

Jimin membuka lebih luas pintu biliknya. "Masuk" katanya dan berundur sedikit kebelakang. kedua tangan disilang ke dada sambil memandang umji tak berperasaan.

sejujurnya umji tidak selesa dengan pandangan tersebut namun dia hanya membiarkan.

"pasal semalam, thanks"

"itu je?" soal jimin.

umji memandang jimin.

"kalau dah takde apa-apa tolong keluar dan sila balik rumah buruk kau tu. jangan berangan nak duduk kat sini lama-lama. semak" sambil melangkah kearah katil, jimin melontarkan ayat tersebut.

umji seakan tak percaya dengan jawapan jimin. masih sama, lelaki itu memang menyakitkan hati dari dulu.

"kau tak reti jaga perasaan aku ke?" ujar umji sedikit lantang. geram.

"buat apa aku jaga perasaan kau sedangkan kau tak reti jaga perasaan aku?" jawab jimin yang sudah duduk diatas katilnya. dia memandang kearah umji dengan riak wajah tak bersalah.

umji cuba bersabar. "aku minta maaf"

"kau ada buat salah ke?" soalan jimin buat umji terdiam. jimin berdiri semula dan menghampiri umji. "cuba bagitahu aku, salah apa yang kau buat?"

umji memandang jimin yang kini berdiri dihadapannya.

"kenapa diam?" jimin mula tersenyum sinis. "kau tak boleh akui kesalahan kau?"

umji mengetap bibir.

"buang masa aku cakap dengan kau" jimin mula berpaling untuk kembali ke katilnya.

"aku minta maaf!" jerit umji. jimin terhenti.

"aku salah! aku minta maaf!"

jimin berpaling semula menghadap umji.

"aku tinggalkan kau tanpa fikir tentang perasaan kau. aku buat keputusan melulu tanpa fikir dulu apa akan jadi selepas tu."

"kenapa? apa yang jadi? huh?"

"jimin.."

"kau buang aku macam aku takde hati. kau suruh aku faham keputusan kau sedangkan kau tak faham cinta aku. macam mana aku nak faham keputusan kau?"

umji mula berkaca.

"sudahlah umji kau balik jelah. kau nak minta maaf macam mana sekalipun, benda dah jadi. dan kau kena terima satu fakta kat sini yang aku dah ada pengganti kau jadi kau takpayah lah beria nak berbaik dengan aku."

air mata umji jatuh. tidak sanggup lagi berlama disitu, umji terus berlari keluar dari bilik jimin. sakit rasanya dilayan teruk oleh orang yang dicintai.

***

seminggu kemudian.

"Haa umji" Taehyung sengih.

Umji menayang muka pelik bila melihat Taehyung sudah berdiri diluar pagar rumahnya bersama basikal yang entah dia punya atau dia curi.

"Buat apa ni?"

i'm slave leader gangster ; jimjiWhere stories live. Discover now