TUKANG MASAK CIK MAFIA - BAB 8

604 15 0
                                    

"SIAPA budak tu?"

Syed Haidar tidak menjawab. Sebaliknya dia terus labuhkan punggung.

"Siapa?" tanya Cef Sufi sekali lagi. Soal pengambilan pekerja memang urusannya, sebab itulah dia pelik kenapa tiba-tiba ada pekerja baru pada akhir Ramadan.

"Saya kemalangan dengan dia semalam. Saya terlanggar dia." Akhirnya Syed Haidar membuka mulut.

"Hah?" Cef Sufi kurang faham. Apa kena-mengena kena langgar dengan bekerja di Heaven Kitchen.

"Saya langgar dia sampai cedera kat lutut. Katanya nak viralkan kes tu kalau tak bagi dia kerja." Dengan berat hati Syed Haidar bercerita. Badan disandarkan ke belakang sambil tangan diletakkan ke dahi.

"Pelik, biasanya orang ugut sebab nak duit. Ni cuma nak kerja je. Ada niat lain ke?" Cef Sufi menoleh ke belakang sekilas. Melihat Orked yang sedang duduk berlunjur di sofa

sambil membelek tablet.

"Itu pun saya pelik jugak tu. Dia ugut nak patahkan hidung saya kalau tak bagi dia kerja. Melampau sangat. Jadi terpaksalah saya bagi dia kerja." Syed Haidar enggan bercerita lebih-lebih. Nanti terbongkar rahsianya diugut perempuan. Hilang machonya nanti.

"Hamboi... ganasnya. Tak padan dengan kecik."

"Itulah... nanti minta Aaron tolong ajar dia apa yang patut. Buat masa ni dia akan ganti Nurul yang sedang bercuti. So, lepas raya nanti kita ada tiga steward. Soal gaji saya akan potong dari gaji saya. Saya harap dia tak kerja lama kat sini." Syed Haidar memerhati Orked. Apalah dugaan yang bakal hadir. Kenapa tiba-tiba dia ditemukan dengan budak tak cukup umur ni.

"Muka dia comel..."

"Memang dia comel... budak lagi." Syed Haidar tersedar. Kenapa mulutnya tiba-tiba puji Cik Mafia yang ganas tu. Matanya dah tak betul agaknya. Asyik ternampak kecomelan gadis itu saja. Cef Sufi ni pun satu. Sengaja kenakan dia.

"Muda sangat. Patutlah... pucuk muda memang selalu orang cari." Cef Sufi sengih. Kenapa pula Tuan Syed ni? Takkan menggelabah hanya kerana sebut comel.

"Dia tu hampir separuh umur saya. Adik saya pun lebih tua dari dia." Syed Haidar cuba menutup ketelanjuran kata-katanya.

Cef Sufi sembunyikan senyum. Jarang lelaki cari pucuk tua. Nak yang lagi muda adalah. Kalau Orked baru habis SPM maknanya sebaya dengan anak ketiganya. Remaja baru nak membesar memang banyak tingkah. Harap-harap Heaven Kitchen tak huru-hara kerana Orked Adelia.

"Biarkan jelah dia. Tarikh yang Tan Sri Kamarul tu

minta, kosong ke?"

"Alhamdulillah... tercapai jugak hasrat Tan Sri Kamarul nak buat jamuan hari raya kat sini. Cadangan menu saya akan e-mel secepat mungkin. Nampaknya sepanjang hujung minggu bulan Syawal kita akan sibuk."

Syed Haidar mengangguk mendengar penerangan cef eksekutifnya. Selepas majlis perkahwinan Suhaila tahun lepas banyak permintaan untuk mengadakan majlis seumpama itu. Mungkin ini semua rezeki kerana berjumpa semula dengan adiknya.

"Cef Sufi aturkan apa yang patut. Nanti saya akan hubungi Faizal dan bincangkan berapa duit raya kita nak bagi kepada pekerja. Bulan depan saya ada jemputan mengadili rancangan masakan dekat Dubai. Tarikh tu nanti Faizal akan confirmkan. Dan... tolong jaga budak kecik ni baik-baik. Saya tak nak restoran saya huru-hara."

"ORKED..." SYED Haidar berdiri berpeluk tubuh sambil memanggil. Langsung tiada tindak balas. Malah Orked kelihatan tidur nyenyak.

"Orked..." panggil Syed Haidar lagi. Memang mustahillah dia nak kejut Orked macam tengah hari tadi. Tak fasal-fasal bocor pula usus dia kali ini.

Tukang Masak Cik Mafia - Aein DhiyauddinWhere stories live. Discover now