; 12

2.4K 294 2
                                    

"Jap siapa nama dia tadi? "Soal Sujin. Mereka berdua berjalan ke bilik muzik beriringan.

"Jeon Haerin "Balas Seoyun.

"Ha Haerin! Kau percaya tak dia sepupu Jungkook? Tak sama pun muka. "Kata Sujin.

Seoyun mengeluh. Tak habis lagi isu sepupu Jungkook. Itu sahaja yang Sujin gosipkan dari tadi.

"Sepupu tak semestinya muka sama kau ni. "Kata Seoyun.

"Iyalah. Jungkook tak pernah cakap apa-apa pun. Mesti dia budak baru kan? Aku belum pernah nampak muka dia dekat sekolah kita. "Ujar Sujin. Dia menoleh memandang Seoyun.

Seoyun hanya diam. Pandangannya tertumpu di lantai. Kaki laju berjalan sampai tak perasan dia hampir melanggar orang. Nasib baik Sujin sempat menarik Seoyun.

"Hey kau boleh termenung masa aku cakap? "Mereka berhenti berjalan.

"Sorry aku sakit kepala lah Sujin. Tak payah fikirlah pasal dia. "Kata Seoyun.

"Kau okey tak? Nak pergi bilik kesihatan? "Soal Sujin. Risau pula tengok Seoyun. Dah beberapa hari dia mengadu sakit kepala.

"Tak. Sakit sikit je ni. "Balas Seoyun. Tak mahu Sujin risau. Ubat tahan sakit yang dia telan di rumah tadi sedikit sebanyak mengurangkan sakit di kepalanya.

Mereka masuk ke dalam bilik muzik. Sujin dan Seoyun mengambil tempat berhadapan dengan Mingyu.

"Altright class, salin nota yang saya bagi ni dulu lepastu kita sambung presentation minggu lepas. "Kata guru muzik.

"Nae. "Semua pelajar menyahut.

Seoyun mengeluarkan buku nota muziknya. Pen dikeluarkan dari bekas pensil.

Seoyun memandang papan putih. Berkerut dahinya cuba membaca tulisan yang tercatat di papan putih. Namun hampa, pandangan dia kabur.

"Fuh aku nervous lah nak menyanyi lepas ni."kata Sujin.

"Eleh tak payah nak nervous sangat. Suara kau bukan sedap pun. "Balas Mingyu.

"Kalau aku dapat markah tinggi daripada group kau dengan Seoyun, kau kena belanja aku makan. "Sujin buat perjanjian.

"Tak nak! Aku tak nak belanja kau. Aku dengan Seoyun mesti dapat markah lagi tinggi daripada kumpulan kau. "Mingyu menjelir lidah pada Sujin.

"Sujin, tengok nota kau. Aku tak nampak lah cikgu tulis apa. "Kata Seoyun.

Sujin dan Mingyu berhenti bergaduh. Mereka memandang Seoyun hairan.

"Seriously Seoyun? Jarak kau dengan papan bukan jauh pun. "Kata Mingyu.

"Entah aku tak nampak. Pinjam buku kau. "Seoyun menarik buku Sujin.

Satu jam kelas berlalu, beberapa kumpulan telah menghabiskan persembahan mereka. Kini tiba kumpulan terakhir iaitu Seoyun dan Mingyu.

"So guys, kitaorang dah sediakan lagu-lagu hit dan mashup kan. Kami akan sampaikan dalam bentuk acoustic. "Kata Mingyu.

"Cikgu boleh kami mulakan? "Soal Mingu. Guru muzik tersenyum sebelum mengangguk.

Jari Seoyun bergerak diatas laptop yang tersedia dihadapan. Muzik dihidupkan.

Suara merdu Mingyu dan Seoyun menarik perhatian semua. Guru muzik juga suka dengan persembahan mereka.

Mata Seoyun memerhati seisi kelas. Lega hati apabila mereka suka dengan persembahan itu.

Pandangan Seoyun terhenti di tingkap. Tidak ada siapa sedar, Jungkook memerhati disitu.

Seoyun sedikit terkejut. Apa Jungkook buat dekat situ?

Jungkook menghadiahkan senyuman apabila Seoyun memandangnya.

 Persembahan berakhir. Semua pelajar menepuk tangan. Seoyun memandang tingkap semula.

Jungkook tak ada. Sudah balik kelas mungkin.

--
Tbc.
Siapa data byk ,tgk lah video tu baru feel hahaha

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now