; 13

2.3K 283 15
                                    

Seoyun menyeluk tangan kedalam poket blazer sementara menunggu bas tiba. Dia berdiri dihadapan perhentian bas.

"Tunggu bas ke? "Soal seseorang. Seoyun menoleh ke sisi. Jungkook berdiri tegak memandangnya.

Haih anak Jeon ni. Mana dia pergi mesti ada lelaki itu.

"Taklah. Tengah tunggu suami jemput ni. "Seoyun memerli. Soalan tak bijak juga yang dia tanya.

"Oh ya? Jomlah sayang. Saya dah datang nak jemput awak. "Jungkook membalas.

Seoyun terus memandang Jungkook dengan kerutan. Usah dikata, dadanya dari tadi berdebar dengan kehadiran Jungkook.

"Tak malu. Suka hati je panggil orang sayang. "Seoyun menjeling Jungkook.

Jungkook tergelak melihat muka masam Seoyun.

"Kau buat apa dekat sini? "Soal Seoyun. Setahu dia, Jungkook selalu pulang dari sekolah dengan pemandu peribadi dia sendiri.

"Emm tunggu bas. Nak balik. " jawab Jungkook. Dia tipu sedangkan dia gigih kejar Seoyun dan suruh pemandu peribadinya pulang.

Seoyun memandang Jungkook ragu-ragu sebelum dia pandang ke tempat lain.

Sebuah kereta bewarna hitam berhenti dihadapan mereka. Cermin kereta dibahagian penumpang dibuka dari dalam.

"Yah Jungkook. Buat apa dekat sini? Mana kereta awak? "Muncul Haerin pula. Seoyun memandang mereka berdua dalam diam.

"Aku saja nak try naik kenderaan awam. "Balas Jungkook. Dalam hati sudah merungut dengan kehadiran Haerin.

"Jomlah naik sekali. Saya hantar balik rumah awak. "Pelawa Haerin. Memandangkan mereka sepupu, jadi dia tahu arah ke rumah Jungkook.

Jungkook memandang bas yang menghampiri mereka.

"Emm tak apalah. Aku nak dating dengan dia. "Jungkook dengan tiba-tiba meraih tangan Seoyun. Dia menarik Seoyun menghampiri bas.

"Jungkook! Jeon Jungkook! "Haerin menjerit memanggil nama Jungkook namun dua manusia itu telah selamat menaiki bas.

Haerin mendengus geram. Dengan perasaan sebal dia menutup cermin kereta.

Seoyun duduk dikerusi yang khas untuk seorang. Manakala Jungkook duduk dibelakangnya.

"Kenapa tak balik dengan Haerin sekali? Kau sepupu dia kan? "Soal Seoyun tanpa memandang Jungkook.

"Tak nak. Aku nak teman kau balik.  "Kata Jungkook.

Seoyun toleh ke belakang dan memandang Jungkook dengan kerutan tapi lain pula yang jadi bila Jungkook merenungnya.

Seoyun toleh ke belakang dan memandang Jungkook dengan kerutan tapi lain pula yang jadi bila Jungkook merenungnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wae? Tergoda ke? " Jungkook senyum sinis.

Mata Seoyun membulat. Dia terus memandang ke hadapan semula. Fuh jantung dia terus tak tenteram apabila direnung oleh Jungkook sebegitu.

Jungkook tergelak perlahan apabila Seoyun mendiamkan diri. Jungkook bersandar pada kerusi. Memandang Seoyun seketika sebelum pandangan tertumpu ke arah lain.

Dua orang budak lelaki yang memakai uniform sekolah lain sibuk memandang Seoyun.

"Cantiklah dia. "

Jungkook terdengar mereka berbisik. Matanya terus mencerlung tajam ke arah mereka berdua.

Mereka tersentak melihat  Jungkook. Terus mereka menoleh ke arah lain. Takut melihat Jungkook memandang mereka macam nak makan.

Jungkook menarik hoodie yang berada didalam blazer Seoyun sehingga menutupi separuh wajah gadis itu.

"Yah kau kenapa? "Seoyun menarik hoodienya kebelakang.

"Tutuplah muka kau. Aku jeles, tengok orang pandang kau. "Kata Jungkook.

"Apa kau cakap ni? Mana ada orang pandang aku. "Ujar Seoyun.

Jungkook menarik hoodie Seoyun semula. Tangannya dilingkarkan pada leher Seoyun seperti memeluk gadis itu dari belakang. Kepalanya disandarkan pada bahu Seoyun.

"Nampak dua orang budak dekat sana? Dari tadi diaorang asyik pandang kau. "Jungkook berbisik ditelinga Seoyun.

Seoyun memandang dengan ekor mata. Bukan dua budak lelaki itu yang dia risaukan.

Debaran tadi tak habis lagi campur pula dengan sekarang. Wajah Jungkook betul-betul sebelah muka dia.

Dia boleh rasa deruan nafas Jungkook. Wangian lelaki itu. Betul-betul buat dia tidak tenteram.

"Cara ni je boleh buat diorang pandang tempat lain. "Bisik Jungkook lagi.

Seoyun diam. Tidak tahu mahu buat apa. Kalau dia toleh kiri sekarang, tak pasal-pasal dia dan Jungkook terkiss.

"Seoyun, kenapa pipi kau merah? "

Ah shit lah Jungkook!

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now