; 37

2.3K 265 57
                                    

"Betul ni tak nak eomma temankan? Eomma risaulah. "Kata Puan Lee. Seoyun hanya tersenyum dengan sikap ibunya.

"Betul Seoyun nak bersendirian sekejap. Eomma janganlah risau. Seoyun cuma nak jalan-jalan dekat hospital ni je. "Kata Seoyun.

"Baiklah. "Puan Lee mengangguk.

Seoyun bangun dari katil. Walaupun badannya rasa lemah tapi dia masih ada tenaga untuk berjalan.

"Hati-hati tau. Eomma tunggu dekat sini. Apa-apa jadi terus call eomma. "Pesan Puan Lee.

Seoyun mengangguk. Tiang yang digunakan untuk mengantung IV drips ditolak bersamanya.

Seoyun berjalan-jalan tanpa arah tuju. Suka dia melihat pesakit-pesakit yang semakin pulih. Senyuman mereka membawa kegembiraan pada Seoyun. Andai dia dapat hidup lebih lama seperti mereka.

"Tenung apa? "Tiba-tiba telinganya ditiup. Segera Seoyun menoleh kerana terkejut.

"Jungkook. "

--

Jungkook dan Seoyun duduk bersama di ruang rehat. Tak ada sesiapa di situ. Mungkin kerana waktu melawat sudah habis.

"Kau buat apa dekat sini? "Soal Seoyun. Tanya soalan kurang bijak.

"Melawat kau. "Balas Seoyun.

"Tapi waktu melawat dah habis. "

"Look like I care? "Jungkook menjungkit kening.

Seoyun hanya diam. Dia kembali memandang kehadapan.

"Sebab ini kan kau nak jauhkan diri dari aku? "Jungkook menoleh memandang Seoyun.

Seoyun mengeluh. Tak ada guna dia menipu lagi. Semua kenalan sudah tahu yang dia sedang sakit sekarang. Seoyun mengangguk.

"Seoyun, kau sakit macam mana pun. Aku tetap sayang kau. Jangan jadikan sakit sebagai penghalang. Aku sanggup jaga kau walaupun keadaan kau tak sihat. "Kata Jungkook.

"Janganlah sia-sia kan masa kau dengan jaga aku. Hidup aku tak.. "

Ayat Seoyun terhenti apabila jari telunjuk Jungkook melekap pada bibirnya.

"Tolonglah Seoyun. Aku tak suka kau cakap macam tu. Kematian bukan kau yang tentukan. Selagi kau hidup, teruskan berusaha untuk sihat. "Kata Jungkook.

"Tapi.. "

"Marry me. "Ucap Jungkook.

Mata Seoyun membulat memandang Jungkook. Terlalu terkejut.

"Jangan merepeklah Jungkook. "Marah Seoyun.

"Tak. Aku serius. Aku nak kahwin dengan kau. Aku nak jaga kau. Aku tak tipu. "Kata Jungkook.

"Mengarut. Kau nak musnahkan hidup kau semata-mata nak jaga aku? Kahwin bukan boleh buat main-main Jungkook. "

"Kahwin dengan kau tak akan musnahkan hidup aku. Aku ada duit, aku boleh jaga kau. Tolonglah Seoyun. Aku betul-betul cintakan kau. Aku nak jaga kau sampai bila-bila. "

Seoyun terdiam. Tak tahu mahu reaksi apa. Tiba-tiba dia menangis. Perasaanya bercelaru.

"Jungkook, tarikh pembedahan aku tak lama lagi. Andai pembedahan aku tak berjalan lancar, aku tak nak kau sedih dengan pemergian aku. Pujuklah hati kau untuk terima orang lain. Simpan aku hanya sebagai kenangan. Aku tak nak kau terseksa. "Kata Seoyun.

Jungkook mengeluh. Dia memandang Seoyun lama. Air mata yang mengalir di pipi Seoyun dikesat dengan jarinya.
Tanpa amaran, Jungkook menarik leher Seoyun. Bibir gadis itu dikucup.

"Aku nak kau. Aku tak akan menyesal jaga kau. Percayalah. Andai kau pergi, aku redha. Buat masa ni, tolong izinkan aku tunaikan janji aku untuk jaga kau."

Jungkook merenung dalam mata Seoyun.

"Marry me. "

--
Tbc.
Eii ingatkan nk buat scene sad dgn romantik tapi tak jadi lol
Btw ff ni dh nak habis hehe.

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now