BLURB

1.7K 20 0
                                    

Tajuk: HARTINI
Penulis: IMAN FADIA
Harga: RM24 / RM27
ISBN: 978-967-2116-71-4

Hartini yang kematian ibu bapa dalam kemalangan jalan raya, kini tinggal menumpang dengan bekas orang gajinya, Minah. Kehidupan Hartini menjadi semakin tertekan dengan kejadian misteri di dalam sebuah bilik berkunci di rumah Minah. Hampir setiap malam, suara ketawa budak kecil dan bunyi tapak kaki berlari-lari berlaku. Tidak cukup dengan itu, bunyi lontaran barang ke dinding dan ke lantai.

"Mak cik, apa sebenarnya dalam bilik berkunci tu?" – Hartini

Bukan itu sahaja, Hartini juga sering mengalami mimpi ngeri bertemu dengan seorang perempuan yang tidak mempunyai wajah. Tidak cukup dengan itu, di kampus pula Hartini menerima sebuah buku nota misteri yang bertulisan Siam dan seutas gelang kaki emas.

"Apa yang saya sempat baca, tulisan tangan dalam bahasa Siam tu sebenarnya berupa satu catatan diari seseorang. Dan catatan tu juga ada mantera. Mungkin mantera sihir." – Chad

Dengan bantuan Chad, Hartini menyiasat tentang buku nota itu dan penyiasatan mereka telah membawa kepada satu rahsia yang tidak pernah terjangka oleh Hartini selama ini. Rahsia yang membawa kepada pembongkara benda di dalam bilik berkunci, perempuan tanpa wajah dan buku nota serta gelang kaki emas dan siapa dalang di sebalik semua kejadian itu.

​​​POS PERCUMA

Untuk melanggan
http://www.wasap.my/+60132588069
http://www.wasap.my/+60132588069
http://www.wasap.my/+60132588069 

HARTINIWhere stories live. Discover now