BAB 5

856 25 3
                                    

HARTINI bersiap ala kadar. Malam itu, bersungguh Zenot mengajaknya makan di sebuah restoran mahal tidak jauh dari kampus. Dia terpaksa mengalah memandangkan Zenot sudah banyak menolongnya selama ini. Hanya Zenot yang tidak memandang serong padanya sejak mereka berkawan.

"Zenot, kau nak jumpa siapa kat sini?" tanya Hartini sebaik saja dia masuk ke dalam restoran.

Restoran itu agak ramai pelanggan. Meja hanya ada satu dua saja yang kosong.

"Aku nak kenalkan kau dengan seseorang," balas Zenot seraya menarik tangan Hartini menuju ke sebuah meja.

Hartini hanya menurut saja rentak Zenot. Sebuah meja kosong yang terletak di sudut restoran itu menjadi pilihannya. Belum sempat punggung dihenyak ke atas kerusi, pelayan restoran tiba untuk mengambil pesanan. Zenot mula memesan minuman.

"Zenot, kau nak kenalkan aku dengan siapa?" Hartini pandang Zenot yang terjenguk-jenguk ke luar sebaik sahaja pelayan tadi beredar.

"Ha! Tu dia!" Zenot menuding ke satu arah.

Serentak itu juga Hartini menoleh. Seorang lelaki dengan kemeja-T dan berseluar denim kemas mengatur langkah masuk ke dalam restoran. Dia menoleh pada Zenot yang sudah tersengih-sengih.

"Dah lama tunggu?" tanya Dato' Zainuddin itu sebaik saja sampai di meja.

"Baru aje. Duduklah," pelawa Zenot dengan senyuman lebar.

Hartini diam. Hanya mata memerhati lelaki itu yang kini sudah duduk di sebelah Zenot. Nampak mesra. Wajah lelaki itu ditatap sejenak.

"Kenalkan, ni ayah aku, Dato' Zainuddin." Zenot melakar senyuman lebar pada ayahnya sebelum mata dialih kepada Hartini.

Dato' Zainuddin melemparkan senyuman manis.

Hartini membalas senyuman lelaki itu walaupun terasa kekok. Lelaki itu tampak kacak dan maskulin di matanya. Daripada raut wajahnya, mungkin usia lelaki itu baru mencecah 40-an. Kagum bila usia seperti itu sudah bergelar Dato'.

"Ayah sembang dulu ya. Saya nak ke toilet." Zenot bergegas bangun menuju ke belakang restoran.

Hartini yang kini berdua dengan ayah Zenot semakin terasa kekok. Tenungan lelaki itu seperti ada sesuatu saja. Serba tak kena dibuatnya. Pertama kali dia ditenung lama dengan senyuman kekal di bibir.

"Maaf, saya yang suruh Zenot ajak Tini datang ke sini dan saya yang nak jumpa Tini."

Hartini menelan liur kelat. Dari tadi lelaki itu tidak lekang dengan senyuman. Segala persoalan mula bermain di mindanya. Kenapa ayah Zenot beria-ia mahu berjumpanya? Dan... lelaki itu membahasakan dirinya, saya?

"Err.. kenapa pak cik nak jumpa saya?"

"Saja nak kenal kawan Zenot. Semua kawan Zenot, saya kenal. Jadi tak salah kan kalau saya nak kenal Tini?"

Hartini mengangguk. Dahinya terasa berpeluh. Kali ini dia merasa benar-benar pelik. Kekok dengan pandangan mata ayah Zenot, dia membuang pandang ke sekitar restoran pula.

Zenot kembali semula ke meja. "Sembang apa?"

Hartini dan Dato Zainuddin hanya membalas dengan senyuman.

"Ayah dah cakap kat Tini?" soal Zenot sambil matanya dialih kepada ayahnya.

"Oh, lupa. Sebenarnya, saya mencari pekerja part time kat restoran saya tu. Tini nak kerja?" tanya Dato' Zainuddin.

"Kalau weekend bolehlah." Hartini pandang Zenot yang mula tersengih-sengih.

"Boleh. Dah nama pun part time. Tapi saya tak paksa. Belajar tu lagi penting. Kalau nak cari duit saku, bolehlah kerja," ujar Dato' Zainuddin.

Lega bila Hartini bersetuju.

PULANG dari restoran, Hartini dan Zenot berehat santai di atas katil masing-masing di apartmen kolej kediaman. Zenot pandang Hartini yang mula membaca novel. Dia perasan, ayahnya tadi seperti teruja berjumpa dengan Hartini.

"Tini, kau suka ayah aku?"

Terbatuk-batuk Hartini mendengar pertanyaan Zenot. Wajah Zenot nampak serius. Ketawa yang cuba ditahan akhirnya meledak juga.

"Wei, aku serius ni. Kau suka ayah aku?"

"Kenapa kau cakap macam tu? Weh, ayah kau kut," balas Hartini dengan tawa yang masih bersisa.

"Aku bukan apa, ayah aku tu dah lama sendiri. Sebenarnya, dia pak su aku, tapi aku panggil dia ayah sebab dia yang jaga aku dari aku lahir. Orang tua aku meninggal dalam kemalangan bersama dengan nenek aku. Sampai sekarang dia tak kahwin."

"Maafkan aku." Hartini berkata sugul.

Patutlah Zenot berbintikan nama lain. Bukan Dato' Zainuddin.

Matanya masih tidak beralih dari wajah Zenot. Satu-satunya kawan baik yang dia ada di kolej kediaman ini. Nadia musuh ketatnya dari sekolah lagi. Sharina pula tidak berapa kamceng. Yang lain macam ada geng sendiri.

"Kenapa ayah kau beria-ia nak jumpa aku?"

"Dia tu suka kenal kawan-kawan aku. Tapi aku perasan dengan kau, lain sikit. Macam teruja nak jumpa," usik Zenot.

"Mulalah tu. Jangan nak ulang soalan tu. Aku respek ayah kau macam ayah aku sendiri. Dah nak pukul 12.00 ni, aku tidur dululah. Mengantuk." Hartini segera baring di atas katil dan berselimut litup.

Zenot yang melihat Hartini sudah pejam mata, dia juga turut merebahkan tubuhnya ke katil. Dia pandang Hartini yang nampaknya sudah mula lena. Bunyi nafas dihembus kedengaran halus di telinga.

Dalam keadaanterkebil-kebil itu, fikirannya kembali padaperbualan mereka bertiga di restoran tadi. Riak ayah seperti teruja dapatberjumpa dengan Hartini. Malah, sikap ayah yang melayan Hartini dengan mesraitu membuatnya merasa pelik. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 09, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HARTINIWhere stories live. Discover now