BAB 11

6.7K 113 37
                                    

SEAWAL pagi Adel sudah terpacak di hadapan rumah Adam. Setelah pintu pagar automatik terbuka, dia menolak masuk skuter pinknya ke arah garaj.

Lantas dia menanggalkan helmet lalu diletakkan di atas cermin sisi skuternya itu. Beg plastik yang berisi makanan dicapai lalu dia berjalan pantas untuk memulakan tugasnya.

Nampak saja kelibat Adel di muka pintu, segera Adam berlari untuk menyapa.

"Selamat pagi. Awal awak datang ya bibik," ujar Adam lantas menyembunyikan senyum yang hendak terukir.

"Sewel," kutuk Adel selamba.

"Apa? Tak dengar."

"Tak ada apalah. Ni saya ada bawakan sarapan. Saya masak nasi lemak tadi. Ada lebih. Jadi saya bawalah ke mari. Anak-anak dah siap ke? Kalau belum, saya masuk dululah. Nak uruskan mereka."

"Biasanya Airin dan Airisya la akan lewat sikit. Biasalah, perempuan kan. Nak sikat rambutlah, apa la. Tak apalah, awak pergi tengok budak berdua tu. Soal Adib, jangan risau. Dia dah siap awal-awal lagi. Bagi sini plastik tu. Biar saya hidangkan. Awak pergilah uruskan kakak dan adik ya," ujar Adam panjang lebar.

"Okey." Sepatah Adel menjawab.

Lantas dia berlari anak untuk ke tingkat atas. Pintu bilik diketuk. Setelah mendengar suara dari dalam, barulah dia memulas tombol pintu.

"Tak siap lagi kakak?" soal Adel prihatin.

Airisya menarik muncung 14. Rambutnya yang kusut dikuak ke belakang.

"Kenapa ni sayang? Pagi-pagi lagi dah masam muka ni kenapa? Nanti rezeki lari tahu."

"Papa tu. Kakak tak siap lagi ni. Biasanya papa sikatkan rambut kakak. Tapi hari ni tak ada pula nak sikat rambut kakak. Kakak dah lambat pula tu," rajuk anak kecil itu.

"Oh ingat apalah tadi. Mari sini Kak Adel tolong sikatkan. Tak mahu masam-masam macam ni. Senyum dulu. Kalau tak Kak Adel tak nak sikatkan rambut kakak," ugut Adel lantas berpeluk tubuh.

Wajahnya sengaja diseriuskan. Setelah melihat senyuman lebar Airisya baharulah dia mengambil sikat di atas meja lalu disikat rapi rambut gadis kecil itu.

Tak semena-mena dia teringat kenangannya semasa kecil. Sering kali dia merengek manja agar mama mengikat rambutnya. Entah mengapa hatinya tiba-tiba disapa rindu. Entah apa khabarlah wanita yang telah melahirkannya itu.

Di manakah lagi ingin dia mencari wanita itu? Sedangkan rumah lama mereka seakan-akan sudah tidak berpenghuni. Sebuah keluhan berat dilepaskan perlahan.

"Kak Adel kenapa? Ada masalah?" soal Airisya saat tangan Adel tiba-tiba terhenti menyikat rambutnya.

"Ha? Err... apa kakak kata tadi?" soal Adel setelah tersedar daripada lamunan.

"Kakak tanya tadi, Kak Adel ada masalah ke? Termenung je," tutur Airisya prihatin.

"Tak ada apa sayang. Eh! Cepat kakak. Dah lambat ni. Kasihan papa tunggu kat bawah lama sangat," tutur Adel.

Lantas dia menyelesaikan kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Usai itu dia mencapai beg sekolah Airisya yang terletak di atas katil.


MENGGELENG kepala Adam saat melihat Airisya yang baru menuruni anak tangga itu. Sesekali dia mengerling jam di tangannya. Airin sudah pun turun tidak lama selepas Adel naik ke tingkat atas untuk memanggil Airisya.

"Sayang, cepat sikit. Kejap lagi papa ada mesyuarat ni. Ni makan dulu. Kak Adel buat nasi lemak. Mari makan cepat. Sedap ni. Abang dengan adik makan bertambah dah ni."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JODOHKU BABYSITTERWhere stories live. Discover now