BAB 4 ANAK

182 10 0
                                    

#SONG INTRO#

[Bukalah Matamu]

Artist: Aisyah Aziz ft Bunga

Album: Ejen Ali The Movie

#STORY#

Setahun kemudian....

Budak perempuan lena di dalam pangkuan Michelle. Selepas diberikan susu, Airine tertidur dengan lenanya di dalam dodoian ibu angkatnya. Michelle mengalihkan pandangannya pada Robert yang sedang menyiapkan dirinya.

Robert menyarungkan baju formalnya. Baju seperti ketenteraan berwarna putih.

"Kamu tak nak bersiap, Michelle?" Michelle mengeluh seketika lalu menyandarkan tubuhnya pada sofa berwarna kelabu.

"Saya rasa tak sedap hati. Abang pasti nak dedahkan identiti Airine pada mereka? Hari ni?" Robert memalingkan tubuhnya lalu tangannya diseluk ke dalam poket seluarnya.

"Lambat laun mereka akan tahu juga dengan kehadiran Airine. Cuma, kita perlu jaga keselamatan anak ni dengan ibu dia. Sebab abang tahu, William akan memburu mereka berdua."

Michelle terdiam seketika sebelum mengangguk. "Baiklah, kalau itu yang abang katakan."

"Majlis akan bermula sekitar jam 10 pagi. Masih ada lagi 2 jam." Ujar Robert sambil melihat jam di pergelangan tangannya. "Kalau perlukan apa-apa bantuan, panggil Virus. Okay?"

Michelle mengangguk dan Robert beredar.

~THE LAST MAFIA~

Raex menyalakan api rokoknya lalu asap rokok itu dihembus perlahan. Menikmati asap rokok yang berkepul-kepul.

"Hey." Raex memandang ke kanan dan melihat Yuusha dan Putra mendekatinya. "Kau buat apa dekat sini?"

Raex tersenyum lalu ditunjukkan rokok di celahan jarinya. "Ambil sarapan kejap."

"Bodoh. Sarapan kepala angguk kau." Carut Putra sambil tersengih. Yuusha dan Raex tertawa mendengar balasan Putra yang spontan itu.

"Korang ada dengar khabar pasal William?" Soal Raex lalu disedut asap rokok itu sedalam-dalamnya.

"Aku dengar yang dia ada rancangan. Dia nak kata pada semua saintis di persidangan pagi ni yang dia akan tingkatkan kadar dadah dalam eksperimen dia. Kononnya mungkin dari kadar kenaikkan dadah itu, dia dapat temui sesuatu yang dapat menggantikan projek Zyphiller tu."

"Kita akan lihatnya nanti." Puntung rokok dibuang lalu dipijak kuat.

~THE LAST MAFIA~

Kelihatan persidangan agung itu masih berjalan dengan lancar. William berdiri di hadapan sambil menyampaikan laporannya.

"Kenapa perlu diubah eksperimen yang dijalankan?" William memandang ke arah ahli majlis yang bertanya tadi.

"Ini kerana pihak kami tidak dapat menjumpai rumus yang sesuai untuk dipadankan dengan sampel DNA yang pihak tuan berikan. Lagipun-"

"Bukankah kami dah kata sejak awal lagi tentang perkara ni? Jangan berikan alasan yang tidak munasabah." William tersentak dan terdiam seketika.

"Tuan-tuan usah khuatir tentang perkara ni." William tersentak saat mendengar suara itu.

Robert? Apa yang dia buat dekat sini?!

THE LAST MAFIA SPECIAL: THE DOWNFALLOnde histórias criam vida. Descubra agora