BAB 9 THOSE AROUND ME

120 5 0
                                    

#INTRO SONG#

[Ryuusei]
Artist: Eir Aoi

#STORY#

"Sampai bila kau tak nak bercakap dengan aku?" Firash terhenti lalu memalingkan tubuhnya memandang ke arah Airine yang berdiri jauh di belakangnya.

"Sial? Kau masih menganggap aku sebahagian daripadanya?" Soal Airine lagi.

"Kalau ya, kenapa?"

"Kenapa kau tak keluar dari tempat setan ni?" Firash tersentak.

"Kenapa? Apa masalahnya dengan kau?" Soal Firash dan Airine tersenyum sinis.

"Kau juga menganggap semua ni adalah satu sial. Sedangkan kau tak sedar yang ini adalah dunia mafia. Mafia sentiasa ada sial yang menanti. Jadi, pemikiran seperti kau tak sesuai berada dalam dunia ni."

"Apa yang kau kisah sangat hidup aku dengan kau?" Soal Firash lagi.

"Entahlah." Airine memalingkan tubuhnya lalu beredar.

"Tak padan dengan umur 7 tahun." Firash terus beredar menuju ke arah bilik gerakan.

~The Last Mafia~

Yuusha dan Robert berjalan ke bilik masing-masing. Yuusha merenggang tubuhnya sambil menghembuskan nafas leganya.

"Akhirnya, dapat juga rehat."

"Itulah. Dah hampir 1 minggu kita tak balik bilik sendiri." Sokong Robert sambil tersengih. Mereka berdua terhenti di depan bilik Robert dan lelaki itu memandang ke arah Yuusha.

"Aku balik dulu ya?" Robert mengangguk dan Yuusha mula beredar. Baru saja melangkah beberapa tapak, langkah terhenti saat telinga menangkap suara Robert menjerit. Yuusha tersentak lalu berlari semula ke arah bilik Robert.

"Robert?! Kenapa?!" Yuusha tergamam melihat keadaan di dalam bilik itu. Penuh dengan darah di dinding dan lantai bilik. Yuusha mendekati Robert yang terduduk di atas lantai itu.

"Apa yang dah jadi..." Robert terkedu melihat mayat yang terkulai di depan matanya.

Tak mungkin...!!

~The Last Mafia~

Mereka semua berkumpul di dalam bilik perbincangan selepas menyelesaikan majlis pengebumian Michelle.

"Jadi, kita lost contact dengan Michelle untuk 2 hari?" Soal Leoner.

"Kau tahu, kan? Aku dengan Robert dapat tugasan di Singapore. Jadi, kita orang memang tak ada di Malaysia selama 1 minggu. Balik-balik, dah jadi macam ni." Kata Yuusha.

"Kesan kelaran di heler dan pergelangan tangan juga agak dalam. Aku tak pasti ianya memang motif atau ada apa-apa pergelutan." Kata Ryan.

"Tapi, apa yang pasti anak mereka berdua selamat. Cuma tak cukup bulan."

"Baru berapa bulan?" Putra memandang ke arah Raex yang menyelak laporan itu.

"Baru masuk 8 bulan. Mujur saja budak tu tak mati." Weishart memandag ke arah Raex.

"Jadi, siapa jaga budak tu?"

"Aku terpaksa serahkan budak itu di bawah Virus sementara menunggu Robert menjadi stabil semula. Aku tahu mental dia sekarang agak celaru." Mereka terdiam dan Tuan Tyhros memandang ke arah Queen.

THE LAST MAFIA SPECIAL: THE DOWNFALLWhere stories live. Discover now