BAB 5 MANUSIA

142 7 0
                                    

#SONG INTRO#

[Stay Gold]

Artist: (K)NOW_NAME

#STORY#

Rama-rama yang menyinggah di kelopak bunga terbang menjauh setelah dikejar oleh Airine.

Lisa dan Luzman hanya tersenyum melihat anak bongsu mereka berlari di taman itu. Sungguh tak tergambar perasaan mereka ketika itu.

"Mama, Papa." Luzman dan Lisa memansang belakang dan melihat Virus mendekati mereka.

"Afza, kamu masih ada banyak kerja ke?" Virus mengangguk lalu duduk di antara mereka berdua. Virus tersenyum melihat adiknya sedang bercangkung sambil memetik beberapa kuntum bunga lavender.

Virus meletakkan tangannya di tepi mulutnya lalu menjerit. "Adik, janganlah rosakkan bunga tu!"

Airine tersentak lalu memandang belakang. Terus saja dia tersenyum saat melihat susuk tubuh berada di antara ibu bapanya lalu berlari ke arah mereka.

"Kakak!!" Dia melompat lalu memeluk tubuh kecil kakaknya.

"Ops, kamu berdua ni..." Luzman hanya tersenyum sambil mengeluh manakala Lisa dan Virus tertawa.

"Sorry, kakak asyik sibuk dengan kerja kakak. Kamu tentu sunyi, kan?" Airine bangun dari menindih kakaknya lalu mengangguk.

"Aiyen sunyi sangat. Asyik main dengan mama je."

"Ouh, jadi kamu nak kata kamu bosan dengan mama? Nak merajuk la macam ni..." Airine tergamam melihat Lisa sudah menarik muka. Virus hanya tersengih lalu tertawa kecil.

"Aiyoo, Airine. Mama dah merajuk..." Airine terus berjalan ke arah Lisa.

"Mama janganlah majuk... Sape nak kawan dengan Aiyen..."

"Aiyen kawan la sorang-sorang." Terus saja sebek muka budak itu lalu terduduk. Air matanya mengalir perlahan-lahan dan bahunya terangkat-angkat.

"Mama tak cayang Aiyen..." Akhirnya Airine menangis melalak di taman itu. Luzman hanya mengeluh kecil manakala Virus tersengih-sengih.

Luzman dan Virus bangun lalu berjalan ke arah bangunan mafia itu. Baru saja melangkah beberapa tapak, mereka memandang kembali ke arah Lisa dan Airine yang tertidur di dalam dukungan Lisa.

"Kami pergi dulu." Lisa mengangguk dan mereka beredar. Maka, tinggallah Lisa dan Airine di bawah pohon yang rendang itu.

Dalam tak sedar, William memandang tajam ke arah Lisa dan Airine dari jauh. Memandang tanpa apa-apa reaksi.

~The Last Mafia~

Teh dituang ke dalam cawan yang sudah kosong itu.

"Jadi, kau akan pergi ke mesyuarat di kota German itu? Di Hall Of Hell?" Soal Michelle. Lisa mengangguk lalu dicapai cawan teh itu lalu disisip perlahan.

"Mesyuarat tentang apa? Secara tiba-tiba saja."

"Tentang Zyphiller Crystal. Penciptaan itu walaupun Robert yang mereka benda itu, tapi Robert mengarahkan aku untuk menggunakan nama aku." Kata Lisa laku dikunyah biskut coklat.

"Kristal itu mesti mendakan cecair dadah Zyphiller. Dimampatkan untuk dijadikan sebuah kristal?" Soal Michelle lalu dituang teh lagi ke dalam cawannya sendiri.

"Boleh dikatakan, begitulah jalannya. Kalau aku nak terangkan lebih terperinci, jalannya agak rumit."

"Tak mengapa. Aku faham. Jadi, bila flight kau ke German?"

THE LAST MAFIA SPECIAL: THE DOWNFALLWhere stories live. Discover now