BAB 8 JUST KILL ME

96 9 0
                                    

#INTRO SONG#

[Abnormalize]
Artist: Ling Toshite Sigure

#STORY#

"Michelle!" Langkah Michelle terhenti lalu dipalingkan tubuhnya ke belakang. Maria mendekati wanita itu dengan wajah yang agak marah.

"Sampai bila kita perlu simpan budak tu?" Soal Maria.

"Budak? Maksud kau, Airine?" Maria memutarkan bebola matanya sambil mengeluh panjang.

"Bukanlah! Si Ziyad dan Zack!" Michelle bercekak pinggang sambil menjongketkan keningnya.

"Kenapa dengan mereka berdua? Buat hal lagi?"

"Kalau diaorang tak buat hal, aku tak mengamuk sampai begini sekali!" Marah Maria.

"Apa yang mereka dah buat kali ni?"

"Bagitahu mereka lepas ni supaya jangan rosakkan apa-apa pelan dalam bilik strategi lagi lepas ni! Benda ni aku amik masa dalam 2 minggu untuk siapkan semua ni, kau tahu?!" Marah Maria sambil menunjukkan blueprint miliknya yang telah dirosakkan.

"Nantilah aku bagi tahu mereka. Aku kena cepat ni." Ujar Michelle lalu memalingkan tubuhnya kembali ke hadapan. Wajah Maria yang tadinya bengis tiba-tiba berubah baik.

"Kenapa? Ada apa-apa yang berlaku?"

"Aku dapat berita tentang speed meeting. Kau tak tahu?" Maria menggeleng perlahan dan mereka berdua bergegas ke dewan mesyuarat.

Saat mereka melangkah masuk, mesyuarat itu tergendala seketika dan semua mata-mata itu memandang ke arah mereka.

"Ke-Kenapa?" Adolf dengan wajahnya yang bengang terus mendekati isterinya lalu ditarik Maria ke tengah-tengah bilik mesyuarat itu.

"Kenapa ni, abang? Apa yang berlaku?" Soal Maria dengan ketakutan. Tuan Thyros memandang tajam ke arah Maria.

"Maria, awak berada di mana saat Lisa dibunuh?" Soal Leoner. Maria tersentak lalu memandang ke arah mereka.

"Di Jepun. Saya ada urusan dengan seseorang. Tentang senjata api yang diseludup masuk." Christ tersenyum lalu memandang ke arah Maria yang sedang ketakutan itu.

"Hairan sekali. Kenapa tiada rekod urusan masuk senjata api seludup? Malah, nama orang yang awak berurursan juga tidak pernah wujud." Kata Christ. Maria tersentak lalu tertunduk.

"Saya..."

"Awak menipu kami semua ke, Maria?" Soal Leoner. Adolf hanya menjeling tajam ke arah wanita itu. Firash yang melihat dari jauh hanya mampu berharap tiada apa yang buruk bakal terjadi.

"Saya..." Adolf menampar isterinya dengan kuat. Maria dan Michelle hanya tergamam melihat tindakan Adolf manakala Weishart dan Queen terdiam seketika.

"Apa yang awak buat ni?!" Jerit Michelle.

"Abang..."

"Untuk pengetahuan awak, cap jari awak berada di tempat Lisa dibunuh." Maria terkedu dan wajahnya menjadi pucat. Sepucat-pucatnya. Firash turut tergamam.

"Dan, pistol awak yang dikatakan hilang turut dijumpai di sana. Jadi, apa kata awak, Maria?" Soal Christ.

"Saya kecewa dengan awak, Maria."

"Semuanya fitnah! Saya tak pernah bunuh sesiapa!" Jerit Maria dengan kuat.

"Baik awak mengaku!!"

"Saya tak buat!!"

"Jujur saja, Maria!"

"Tidak!!"

THE LAST MAFIA SPECIAL: THE DOWNFALLWhere stories live. Discover now