ST 5

427 14 1
                                    

Kenapalah susah sangat kisah cinta I ni?
Kenapa orang yang I suka, bencikan I?

I suka je you.
You sweet pe.

You tak suka I.
You kata I tak fresh.

That doesn't mean I tak suka you.

Ayat nak sedapkan hati I.
I know you tak suka pun I.

I suka je you.

Apa yang you suka pasal I?

Entah.

Mesti ada something yang buat you suka I.

Serious tak tahu.
I just suka you.
Maybe the way you talk.
You tak ada pun nak kona sana sini.
Straight je.
Or maybe I dah memang suka you from the beginning.
I pun tak tau.

Tapi you selalu kata I tak fresh.

That's so true, kan?
You love her so much.
Make it you, not fresh anymore.
I mean, you heart.

Tapi you suka I.
Macam tak percaya.
Seriously you suka I?

Amna diam. Lama.

Aku mula rasa dia bermain dengan kata. Takkan Amna betul-betul suka aku. Dia tu, seakan manusia yang tak endahkan dengan cinta. Dari gaya dia. Dia tak...

Ting!

Aku segera memandang telefon. Dari Amna. Aku buka.

Tak salah pun kalau I suka you.
I suka. Then, I sukalah.

Macam tu, bagi I nombor telefon you.

Nak buat apa?

Nak call you.
You kan nak jadi girlfriend I.

Siapa kata I nak jadi girlfriend you?

Dah tu?
Nak jadi wife I?

Then, dia, you nak letak mana?

Dia pun tak pernah nak hargai I.
Apa salahnya I bagi peluang pada orang lain.
Yang lebih hargai I.

Tak yah lah you.
I tolak.
Suka tak makna I nak lebih dari tu.
I suka you. That's it.
Situ je.

Tak salahkan mencuba.

Salah.
Terutama kalau kita tau orang tu ada orang lain dalam hati dia.
Yang kita ni hanya persinggahan.
Yang boleh ditinggalkan bila-bila masa.
I tak nak rasa sakitnya ditinggalkan.
So, I refuse nak mencuba.

Aku terdiam.

Tak tahu nak rasa gembira atau sedih. Gembira sebab ada juga orang yang sukakan aku. Dan tak sangka, perhatian yang dia bagi selama ni kerana dia sukakan aku.

Teringat dia pernah cakap. Kalau dia sukakan seseorang, dia tak akan cakap tapi akan buat melalui tindakan.

Ya. Dia memang sayangkan aku.

Aku senyum.

Tapi dia tolak aku. Dia tak nak jadi sesiapa pun dalam hidup aku. Dia...

Fikirkan balik. Betul kata Amna. Aku tak mampu nak cintakan orang lain selain Iza. Iza terlalu besar maknanya dalam hidup aku. Terlalu besar. Sampai, aku tak pandang perempuan lain selain dia. Aku tak mampu nak buka hati untuk orang lain. Hati aku hanya ada Iza.

Salamku Untuk Kali Terakhir 2 ( Faiz )Where stories live. Discover now