ST 37

452 20 2
                                    

Amna selalu marah kalau aku bawa emosi semalam ke hari ini. Katanya, cerita semalam, habis semalam. Setiap hari, adalah cerita baru.

Tapi dia? Tak habis-habis mengungkit tentang aku dan Iza. Sakit hati.

Aku pun, jujur sangat. Kenapa aku bagitahu nama anak yang aku bagi tu pernah ada sejarah aku dan Iza?

Tapi, aku je yang pilih. Aku saja yang bersungguh-sungguh merancang dan berangan hal masa depan aku dan Iza. Iza tak pun.

Lagipun, nama anak aku dan Amna, secara teknikalnya adalah gabungan nama anak yang aku pilih dan Amna pilih.

Kalau ikutkan aku. Aku letak Muhammad Adha dan Nur Nabila. Tapi, aku pernah baca nama Naufal dan Husna yang Amna tulis dalam dairinya. Jadi, aku ambil dan letakkan sebagai nama anak kami.

Muhammad Naufal Adha dan Nur Nabila Husna.

Aku senyum.

"Senyum pula dia. Pergi panggil Amna. Tak turun lagi. Pukul berapa dah ni. Kejap lagi nak urut. Tak nak sarapan ke?" Leter Mak Limah.

Aku bangun dan bergerak naik ke atas. Malas nak melawan. Mak Limah kalau dah berleter, panjang jadinya.

"Allah. Ibu!"

Terus aku berlari mendapatkan Amna yang terbaring dilantai. Dan dia langsung tak bergerak.

"Ibu. Ibu." Panggilku sebaik saja aku memangku kepalanya.

"Mak Limah!!!" Jeritku.

"Amna. Amna Sofea." Aku panggil nama Amna. Dia masih kaku. Masih tak sedarkan diri. Aku tampar-tampar lembut pipinya. Masih juga sama.

"Kenapa ni?" Tanya Mak Limah.

"Tolong call ambulance, Mak Limah. Amna tak sedarkan diri ni. Berkali-kali saya panggil. Dia tak gerak." Kataku.

Mak Limah segera mengambil telefon bimbit Amna yang berada diatas meja. Sambil Mak Limah memberi maklumat kepada pegawai bertugas, aku masih terus memanggil nama Amna.

"Dah."

Dan Mak Limah terus mendekati kami. Dia duduk didepan Amna dan merasai nafas Amna dihidung.

"Allah..." Dan dia terus terkulai. Menangis.

Aku diam. Suasana sunyi seketika sebelum bunyi tangisan anak-anakku.

Terus Mak Limah bangun dan mendapatkan mereka. Dipeluknya mereka berdua silih ganti. Sambil mencium mereka dan air matanya masih mengalir.

"Faiz. Amna dah tak ada." Kata Mak Limah selepas berjaya menidurkan kembali anak-anakku.

"Amna pengsan saja." Bidasku.

Aku sendiri dah rasa. Tiada nafas yang keluar dari hidung Amna. Nadinya juga sudah tiada. Dadanya juga tak bergerak. Tapi, aku tak nak terima hakikat itu. Biar pakar yang nyatakan.

Tak lama kemudian, ambulance sampai. Paramedik yang datang sudah mengesahkan hal tersebut. Namun, tubuh Amna masih juga dibawa ke hospital dan aku mengikut mereka.

Sekali lagi, Doktor mengesahkan Amna telah meninggal dunia. Dan dia dibawa ke bilik mayat untuk dibedah siasat.

Tak lama kemudian, keluarga Amna sampai. Aku masih kaku. Tak tahu. Masih tak dapat nak terima kenyataan. Aku tak percaya. Amna dah tiada.

Sejam lebih menunggu diluar bilik mayat akhirnya surat pengesahan dikeluarkan. Adik ambil untuk dia uruskan pengebumian Amna bila dia lihat aku hanya kaku.

Tak lama kemudian, mak dan abah pun tiba sementara aku menunggu ambulan untuk menghantar jenazah Amna ke rumah mama. Mama kata lebih mudah. Saudara mara nak datang.

Salamku Untuk Kali Terakhir 2 ( Faiz )Where stories live. Discover now