009

75 24 2
                                    

| hwang yunseong

aku meregangkan tangan yang lenguh kerana menulis terlalu lama. buku sejarah yang terbuka aku pandang sekejap. ada lagi 2 soalan yang masih belum siap.

aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh terlupa nak siapkan kerja sejarah ni kat rumah. jadi, aku ambil keputusan untuk tidak pergi ke kantin hari ini dan hanya menyiapkannya di dalam kelas.

nak atau tak, aku terpaksa berlapar hari ini :( hm tak apalah sebab itu lebih baik daripada kena denda dengan han seonsaeng kalau tak siap kerja sejarah.

baru sahaja aku mencapai pen untuk kembali menulis, aku terdengar bunyi ketukan di pintu kelas. kelihatan jeong eunwon berada di luar kelas sambil melambaikan tangannya ke arahku.

aku tersenyum dan memanggil dia masuk.

"tak pergi rehat ke?" soal ku. aku mengangkat muka memandang eunwon yang sudah menarik kerusi dan duduk di hadapanku.

"saya bertugas angkat buku ke bilik guru hari ini. selalunya kalau hari bertugas, saya memang tak pergi rehat sebab tak sempat. awak pula?"

"saya tak pergi rehat juga sebab nak siapkan kerja sejarah ni." pen di tangan aku pegang kemas dan meneruskan kembali kerja yang terhenti tadi.

eunwon mengangguk sebagai respon. kemudian, dia meletakkan bekas makanan yang dibawanya di atas meja. "mesti lapar kan? nasib baik saya ada bawa bekal. kita boleh share."

macam tahu-tahu je aku lapar ehe. (⁎˃ᆺ˂)

eunwon membuka penutup bekas makanan itu. di dalamnya ada empat keping sandwich telur.

"awak tak kisah ke kalau kita share?" tanyaku, ragu-ragu.

dia menggeleng sambil tersenyum. bekas makanan itu ditolak ke arah ku. "ambil lah."

aku ambil satu sandwich itu. sambil makan, aku sempat berborak dengan eunwon. tangan kiri ku masih ligat menulis sementara tangan kanan pula aku gunakan untuk menyuap sandwich ke dalam mulut.

tidak lama kemudian, loceng tamat waktu rehat berbunyi serentak dengan masa aku menyiapkan kerja sejarah.

eunwon bangun dan meminta diri. sebelum dia beredar, aku sempat menahannya dengan memegang pergelangan tangannya.

"eunwon, terima kasih."

dia ketawa kecil. "hal kecil je la."

aku tersenyum mendengar jawapannya. nampaknya aku dah mula rasa selesa dengan eunwon.

disease • h.yunseongWo Geschichten leben. Entdecke jetzt