016

76 24 9
                                    

"mana eunwon ni?" yunseong memandang ke sekeliling taman permainan itu. kelibat eunwon masih tidak kelihatan di mana-mana.

sebenarnya yunseong yang mengajak eunwon berjumpa di situ. dia mahu membaiki hubungan mereka kembali.

yunseong menarik nafasnya panjang. sepatutnya eunwon dah tiba pada pukul 5:00 petang tadi tapi sekarang dah pukul 5:55 petang.

yunseong mengambil keputusan untuk menunggu sekejap sahaja lagi. sebab yunseong takut kalau dia balik nanti, eunwon baru datang pula.

✿ ✿ ✿

6:40 petang.

yunseong mendongak. matahari semakin terbenam meninggalkan langit petang. hujan rintik-rintik yang turun tadi semakin lebat. namun, yunseong masih tidak berganjak dari tempatnya walaupun sedikit.

kting!

yunseong memeriksa notifikasi mesej yang baru masuk itu. mesej itu daripada eunwon.

eunwon
online

saya tak dapat datang taman.
maaf sebab lambat beritahu.

tadi saya pergi tengok wayang
dengan yohan.
                                              ✓✓ seen

yunseong mematikan telefon bimbitnya tanpa membalas mesej itu. dia tunduk dan menangis. bajunya yang basah lencun kerana terkena hujan tidak dihiraukan lagi.

apa salah aku?

tangisannya kini berselang dengan batuk. batuk yang mengeluarkan kelopak-kelopak bunga.

disease • h.yunseongOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz