019

68 21 1
                                    

| jeong eunwon

eunsang cepat-cepat beredar selepas perasan akan kehadiran aku di tanah perkuburan itu. nampaknya, eunsang dah bencikan aku. dia selalu mengelakkan dirinya daripada bertembung dengan aku.

tapi memang patut pun aku terima semua ni. sebab aku jahat. aku tak pandai hargai orang yang sayangkan aku.

sehari selepas kematian yunseong, yohan pula yang tinggalkan aku. dia cakap dia dah jumpa perempuan yang lebih baik daripada aku. dia cakap selama ni dia tak pernah cintakan aku pun. aku hanya ditipu.

bodoh. aku langsung tak dapat bezakan antara orang yang betul-betul cintakan aku dengan orang yang hanya mahu mempermainkan aku.

aku mahu putar masa semula. aku dah menyesal sangat. aku nak mulakan semuanya dari awal. tapi aku tahu aku tak ada kuasa untuk buat semua tu.

aku tak patut ambil ringan kata-kata eunsang hari itu. aku tak akan maafkan diri aku sendiri!

aku menangis di atas kubur yunseong. berapa lama aku menangis di situ, aku sendiri tak tahu. tiba-tiba, kepala ku rasa berpusing sebelum semuanya bertukar gelap.

aku pun dah mati ke?

disease • h.yunseongWhere stories live. Discover now