3

18 1 0
                                    

AMBER terbangun dari tidur apabila mendengar alarm ibunya. Amber turun katil perlahan-lahan. Dia mejeling jam di tepi katil ibunya.

1 2 3 4 5 6 7....

"7?" Amber pergi ke tandas kerana dia tidak tahan dari malam tadi menahan air kencing.

"Mana mami?" Amber berjalan terkedek-kedek untuk melihat katil. Ye kosong. Amber pelik. Dia terus keluar dari bilik. Dia cek ruang tamu. Mami pun takda...

Cek bilik mandi. Pun takde..
Cek dapur. Pun takde..

Selepas itu, Amber meluru ke bilik tengah iatu stor simpanan barang lama. Dia melihat ibunya

"Hello mami. Oning.. Kiss kiss" Amber mengucapkan selamat pagi kepada Laura yang sudah tidak bergerak lagi. Tali di leher Laura membuatkan Amber berkata itu adalah buaian.

"Mami, nak main buaian macam mami?" Amber bertanya dengan loghat budak kecilnya itu. Laura tidak menyahut.

Tali panjang menjerut leher Laura. Badannya kejang. Rambut Laura terurai. Adakah itu buaian?

"Mami, lapar.." Rengek Amber yang berusia 3 tahun itu. Dia menggerakkan kaki Laura yang berjuntai itu.

"Ello mami.. Amber nak mamam" Amber masih menggerakkan kaki Laura yang masih berjuntai di udara.

"Mami, nak main buaian... Macam mami.." Amber bercakap dengan Laura. Laura senyap.

"Mami..." Amber masih bercakap dengan Laura yang tidak mahu bercakap dengannya. Akhirnya Amber mengalah, dia terus keluar dari bilik itu.

***

PAGI ITU Aaron membuat segelas kopi untuk dirinya sebelum ke tempat kerja. Sedang asyik mengacau kopi, dia teringatkan kakaknya dia bandar sana bersama dengan anak buah pertama keluar mereka, si Amber.

Aaron teragak-agak untuk ke sana kerana kekangan masa.

Duk! Gelas yang berisi kopi tadi jatuh ke lantai menyebabkan kaca itu berderai.

"ada benda yang berlaku kah?" dia terus mendail nombor kakaknya. Sungguh dia rasa tidak sedap hati sekarang itu.

***

PUKUL 9

AMBER ke ruang tamu untuk mencari sesuatu untuk di makan. Dia nampak plastik yang berisi makanan di atas meja terus di bukanya. Dia makan. Walaupun itu sisa semalam yang diberikan oleh dadinya sebelum keluar dari rumah.

"tedap!" Amber makan nasi ayam itu dengan lahap sekali. Memang lapar Amber ketika itu. Dia masih belum mandi. Selepas itu, Amber membiarkan nasinya terdedah seperti itu sebelum dia meluru ke arah pintu rumahnya. Amber cuba untuk membuka tetapi tidak cukup sampai.

Haaa!

Amber ada idea. Dia mencari kerusi di dapur lalu di bawanya dengan menggeser kerusi itu ke pintu rumah. Amber memanjat pintu itu dan dibukanya.

"hu..jan" kata Amber.

Amber berlari laju menuju maminya, Laura di bilik tengah. Amber mendekati kaki Laura yang berjuntai itu

"mami.. Ujan.." Amber menoleh ke atas kerana muka maminya di atas siling. Amber ketawa.

"mami.. main buaian ye?" Amber menggoyangkan kaki ibunya ke depan dan ke belakang. Seolah-olah seperti buaian. Amber berhenti.

"mami....bangunlah.." Laura senyap.

"u...jan..mami" pelat Amber

Amber mengalah lagi. Dia terus ke ruang tamu untuk bermain mainannya.

KRING!!! telefon rumah berbunyi. Terlalu tinggi untuk Amber capai. Dia naik sofa untuk menjawab panggilan itu tetapi tidak sampai juga.

Akhirnya panggilan itu senyap. Amber meluru ke bilik tidur ibunya dengannya malam tadi. Dia naik ke katil.

"pe ni?" Amber terjumpa lipstick kepunyaan Laura di atas katil. Dicapainya dan diicalitkannya di muka. Sangat merah muka Amber kerana bermain dengan lipstick itu.

BuaianTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang