4

21 2 0
                                    

PUKUL 11

AMBER mandi sendiri dan memakai gaun Sofia The First dan dicalitnya sendiri bedak Carrie Junior di mukanya dan badan. Ada kesan kesan lipstick yang di main oleh Amber tadi. Amber menyikat rambut dihadapan cermin besar di ruang tamu. Tuala mandinya dibiarkan tidak terurai dengan baik di situ.

Amber menjenguk ibunya dari luar pintu.

"mami....suke ke main buaian?" tanya Amber. Laura senyap. Kali ini muka Laura sudah kebiru-biruan. Segala-gala urat-urat Laura timbul di leher dan sekitar muka. Lidahnya terjelir.

"mami mami.. lidah mami macam....biawak heheheh" Amber ketawa. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Amber ingin keluar bermain. Tetapi dia tahu maminya mesti marah kalau dia tak bagitahu maminya.

"Laura oh Laura" Amber terkejut lalu dia berlari ke arah pintu apabila ada orang panggil nama ibunya.

"hello auntie" jawab Amber sambil menayangkan giginya itu.

"eh Amber lah. Mami mane?" Amber mengganguk. Dia tunjuk ke arah bilik tengah.

"ade"

"panggil mami Amber jap" Amber sekali lagi mengganguk. Kelihatan makcik-makcik bawang yang semalam tu datang juga menghampiri rumah Laura.

"mami....aunti Noni atang.. angunlah.." Amber menggerakkan kaki Laura. Tetap tiada perubahan.

"Auntie... Mami tak bangun.." Auntie Noni mengerutkan dahi. Tidak pernah-pernah Laura buat aku macam ni?

"haa Noni, orang sombong tu mana nak keluar. Orang kaya tapi miskin sombong lagitu hahahahahah" makcik bawang itu tergelak di hadapan auntie Noni dan Amber. Mereka semua pun pergi.

Amber terbaring di hadapan televisyen. Dia bukan tak mahu tengok tv. Cuma dia nak dadi dia... Dia rindu dadi dia

"Dadi.... Amber lindu dadi... Balik lah.." Amber mengusap gambar dimana ada tiga orang disitu.

Sebelah kiri adalah maminya, Laura. Di tengah dirinya sendiri, Amber dan di kanannya adalah dadinya, Eric

Amber mengusap muka Eric. Dia rindu dadinya. Amber menangis sampai tertidur.

***

AARON terus meluru ke rumah kakaknya di bandar untuk menjenguk mereka sekeluarga. Dia tidak sedap hati dari pagi tadi. Sudah berapa kali Aaron telefon Laura tetapi hanya masuk ke peti suara sahaja.

Dia memecut laju kereta miliknya ke lebuhraya selatan. Dia teringatkan Amber, ye Amber. Anak buahnya yang masih kecil di rumah itu. Semoga tiada apa yang berlaku di sana. Amin:'))

***

PUKUL 2 PETANG

AMBER bangun dari tidur. Dia tidak tahu jam berapa sekarang tetapi dia melihat ke luar rumah sudah terang. Tandanya hujan sudah lama berhenti.

Kenapa mami dia tidak jemur baju? Dah masuk petang dah ni mami masih tidur sambil main buaian ke?

Amber meluru ke bilik tengah dimana tempat ibunya bermain 'buaian' . Tetap sama. Tidak berganjak dari tadi pun. Amber duduk di pintu sambil menongkat dagu

"Mami... Bila mami nak behenti main buaian ni? Amber pun nak main..." Amber bercakap dengan Laura. Laura diam terkutik layu di atas sana.

"mami...dadi mane....Amber lindu dadi la" Amber mengusap air mata kecilnya itu sambil melihat ibunya tidak bernyawa lagi. Amber tidak tahu yang ibunya sudah tiada malah dia beranggapan yang Laura sedang bermain buaian bersama Amber.

"mami... Amber lapar... Nak mamam..." dari pagi Amber menahan lapar walaupun dia sudah makan nasi ayam dadinya yang semalam. Yang sudah rasa lain....

"Mami...bukalah mate mami...Amber nak main buaian ni.. Mami dah lame main.." Ujar Amber. Laura tetap tidak berganjak dari kedudukan asalnya. Amber mengalah lagi..

BuaianWhere stories live. Discover now