◈ 19 ◈

176 18 0
                                    

Malique POV

7:04 PM

Malique memandang dua cek bernilai RM1,000,000. Peristiwa waktu petang tadi berlegar di fikirannya.

Petang itu, seperti biasa, Malique akan menunggu kedatangan Arvynne lebih awal berbanding jam yang dijanjikan.

"Again?" sapa Arvynne lalu tergelak melihat Malique yang memandangnya sejak tadi.

Malique hanya tersenyum lalu membawa Arvynne menuju ke studio photoshoot untuk menyambung pekerjaan mereka.

Ketika di dalam lif, Arvynne menyelongkar beg tangannya lalu memberikan dua cek berwarna putih kepada Malique.

"What is this?" soal jejaka tersebut, menerima cek itu dengan wajah bingung.

Malique tersentak. Wajah Arvynne ditenung lama seolah-olah terkejut melihat kuantiti yang besar daripada gadisnya.

"Pay it with these." ujarnya ringkas sebelum melangkah keluar saat pintu lif terbuka.

Malique memandang cek itu seolah-olah tidak percaya. Arvynne sanggup menghulurkan duit sebanyak itu untuk membantu dirinya keluar daripada hutang ayahnya.

Arvynne, gadis yang pemurah.

"Maliq, jom makan sayang." ajak Puan Wendy saat mengetuk pintu bilik anaknya yang kekal membisu di dalam.

"Keluarga Daniel dan Arishya dah sampai." sambung beliau pula. Pintu Malique dikuak lalu menonjolkan reaksi bekunya.

"Maliq, mama faham kamu tak nak terlibat dalam hal ni. Mama tak ganggu keputusan Maliq. Setiap keputusan Maliq, mama akan sentiasa sokong." pujuk Puan Wendy kemudian mengulas pipi anaknya dengan wajah sayu.

Langkah dua beranak itu menuruni anak tangga menuju ke meja makan. Keadaan ketika itu riuh dengan gelak tawa para ibu bapa yang bergurau senda.

"Maliq, turun pun kamu akhirnya!" ayah Malique memeluk anaknya dengan erat sementara wajah jejaka itu ditenung tajam.

"Layan Aris dengan baik." bisik beliai sebelum memalingkan wajahnya kearah dua tetamu besarnya.

"Wah, semakin kacak kamu Maliq. Lama betul kamu tak lawat rumah kami." ayah Arishya sempat bergurau lalu memandang wajah anaknya yang membisu.

"Jadi, kamu setuju dengan tawaran pakcik tak?" soalan itu terus ditujukan kearah Malique yang masih mendiamkan diri.

"Jawab Maliq." desak Daniel lalu menyiku bahu Malique secara senyap.

"Tak." jawab Malique dengan jujur. Ayah Malique memandangnya seolah-olah tidak percaya. Dia sudah berjanji untuk memperbaiki syarikat ayahnya dengan apa jua cara sekalipun.

"Maliq." ayah Malique merenung anak bongsunya dengan tajam. Dia seolah-olah menghantar isyarat agar bersetuju sahaja dengan tawaran selamat itu.

"Jawapan Maliq tetap sama. Maliq tak akan ubah keputusan sendiri." tuturnya dengan spontan sambil meraba-raba poket seluarnya.

"Nah. Selepas ni, syarikat papa tak akan ada hutang lagi dengan syarikat lain. Hutang papa dah selesai dan tawaran itu boleh diabaikan sahaja." ujarnya kemudian menghulurkan kedua cek itu kepada ayah Daniel dan Arishya.

"Maliq, dimana kamu dapat duit sebanyak ni dalam masa singkat?" Soal ayah Daniel, tidak percaya melihat cek tersebut di hadapan matanya.

"Dimana duit tu datang, tak perlu tahu. Sekarang ni, syarikat papa dah langsai dengan hutang. Maliq akan baiki syarikat papa selepas 2 bulan di sini." Tegasnya sebelum mempamitkan diri untuk berlalu pergi.

The Gumusservi ✓Where stories live. Discover now