◈ 39 ◈

187 17 0
                                    

Boss

Jadi Maliq tak dapat join la event Hera tu di LA?

Macam tu la. Lagipun, dia demam. He's fever and stress. Apa-apa pun, thank you sebab offer Maliq datang ke sana.

Hm, tak apalah. Saya faham. Beritahu dia supaya cepat sembuh. Gaji tak jalan kalau tak dapat kerja tau.

Hahaha, baiklah. Saya faham.

Nombor pengurus Company Window Magazines ditutup. Aathif mengeluh lalu memandang keadaan Malique yang bagaikan dipanah petir di hatinya.

Sakit.

"Kenapa tu?" Soal Fuadzi, baru sahaja selesai mandi. Rambutnya yang basah digosok perlahan. Juntaian rambut panjang itu diraup ke belakang.

"Aku bagitau boss Maliq yang dia tak dapat join event Hera di Los Angelas. Kau tengok la keadaan si Maliq ni, tak sihat dan murung je. Gila ke nak lepaskan dia ke sana selama 3 hari?" Aathif menjeling Malique yang mengurungkan diri di dalam bilik tetamu.

"Bila event tu?"

"Hujung minggu ni."

"Sekarang haribulan berapa?" Soal Fuadzi dengan wajah serius.

"Selasa."

"Kalau macam tu aku je la yang ganti." Dengan senang hati Fuadzi meminta sambil bernyanyi kecil ke biliknya.

"Tak tahu malu betul anak sorang ni!" Kusyen kecil dibaling tepat kearah kepala Fuadzi dengan menyampah. Sehari kalau tak gaduh dengan lelaki ni, memang haram jadinya.

"Maliq. Dah lah. Jom keluar. Aku ajak kau makan. Hurm, kita makan di Kenny Rogers ya?" Aathif memujuk sambil mengetuk pintu bilik yang terkunci rapat.

"Apa? Kenny Rogers? Aku nak ikut!" Suara Fuadzi yang mencelah sekali lagi membuah perasaan menyampah Aathif. Epal yang berada di meja kopi dicapai lalu dibaling kasar.

Dan tepat kena di dahi Fuadzi.

"Woi, sakit tau tak?!" Marah Fuadzi lalu menutup daun pintu dengan kasar tanda merajuk. Dia hanya ingin makan di luar, apa salahnya jika Aathif sendiri nak belanja?

Lagipun, dia sudah bosan melihat abang food panda yang sama sepanjang hari. Gerun jugak jika abang itu jodoh dia.

Euw.

Sunyi.

Tiada balasan.

Tiba-tiba, telefon di poket seluarnya berbunyi. Pelik apabila melihat nama gerangan yang menghubunginya.

Hello bang?

'Kenapa Morgan tiba-tiba call aku ni?' Bisik hatinya.

Hello Thif!

Eh eh bang, slow talk bang. Take a full breath an—

There's no time for taking a full breath! Bagitau Maliq yang mama kritikal sekarang ni!

Eh HAH?!

The Gumusservi ✓Where stories live. Discover now