◈ 46 ◈

202 15 0
                                    

Rumah

"MALIQ!"

Badan Malique terus diburu oleh kelima-lima ekor beruk lalu disambut dengan hingus meleleh disebabkan rasa risau yang melampau.

Malique seperti biasa. Membisu dan tiada reaksi. Pelukan rakan-rakannya tidak diendahkan. Penjelasan Aathif tadi memberikan impak yang besar.

"A-A-Apa?"

Malique menggeleng kepala berkali-kali. Mustahil! Tak cukup wang berjuta yang Arvynne berikan, dia mahu melarikan diri pula?

"Sekarang ni Maliq, berita tentang papa kau lari sebab syarikat dia dijatuhkan, dan diburu oleh para penagih hutang. Dia pun berhutang dengan bank."

"A-A-Apa yang kau cakap ni? Papa aku banyak duit. Semua hasil pemberian Arvy." Malique menidakkan penjelasan tersebut. Dia tak percaya! Peristiwa yang mengganggu fikirannya benar-benar berlaku.

"Dia berjudi Maliq. Judi. Dia pun guna duit dia untuk permainan bertaruh. Tak cukup dengan tu, dia ada bil bayaran yang belum berbayar. 20 juta dollar. Dia muflis. Dan dia larikan diri. Dan sekarang ni, kau mangsanya."

Malique cuba membaca air muka Aathif. Sakit. Perangai ayahnya sekarang membahayakan dirinya. Menghilang selepas menghabiskan 4 juta dollar.

"Jap, macam mana dia boleh berhutang dengan bank? Dalam akaun bank dia, cuma 4 juta dollar dimasukkan. Mana datangnya 16 juta tu?" Malique menyoal.

"Aku tak tau, Maliq. Khabar dia langsung tak wujud. Mungkin dia ada telefon kau, tapi kau tak angkat. Mungkin dia bersembunyi daripada diorang." Aathif meraup wajahnya dengan kasar.

"J-J-J-Jadi, aku mangsa?" Soal Malique, menginginkan kebenaran.

"Yeay. Penagih hutang tau dia ada anak lelaki di Malaysia. Dan sekarang, kau diburu Maliq. Dan kami semua sudah naik gila sebab risaukan kau. Aku fikir—hiks, hiks—kau kena tangkap dengan diorang. Babi—mati-mati aku risau dengan kau. Hiks." Aathif mengelap air matanya yang jatuh. Dia memukul lengan berisi Malique, geram.

Malique tersentak. Badan Aathif dipeluk. Dia cuba menenangkan jiwa jejaka itu. Jika jiwa kental seperti Aathif boleh menangis begitu, tak mudah keempat-empat rakannya turut meratap kepadanya.

"Terima kasih."

Aathif menolak badan Malique, kemudian menarik hingus. Pelik.

"Aku bersyukur ada kawan yang masih ada dengan aku. Keadaan macam ni, korang masih risaukan aku." Malique tersenyum hambar namun ikhlas. Tubir matanya mulai berair namum sempat disekat.

"Aku nak balik rumah."

"MALIQ! BODOH, AKU FIKIR KAU DAH MATI SEBAB KENA JUAL DI PASAR GELAP THAILAND!" Jacinto sudah merengek seperti bayi kecil. Terkecil hati namun senang melihat jejaka itu masih wujud di hadapannya.

"Kau okey tak?" Harrell memandang anggota badan Malique, memastikan agar jejaka itu tiada sebarang kecederaan sepanjang dia berada di situ.

Jejaka itu sekadar mengangguk. Harrell bila risau, riak wajah dia tak boleh ditafsir lagi. Sekadar beberapa kata normal namun penuh dengan pelbagai soalan berkait. Cuma, dia tak tahu macam mana untuk terus bertanya keadaan Malique.

"3 hari aku jumpa pakcik ramal untuk pastikan yang kau masih hidup ke tak. RM150 aku habiskan untuk kau, tau tak?! Hiks, hiks,hiks." Fuadzi memukul belakang Malique. Air matanya disapu menggunakan lengan baju.

Steven sekadar memeluk jejaka itu. Tiada sebarang soalan mahupun kata cacian risau yang diberikan. Dia memeluk erat bagaikan tiada lagi hari esok.

"Aku okey. Korang boleh lepaskan aku."

The Gumusservi ✓Where stories live. Discover now