1

1.3K 80 31
                                    

••

Aku membuka mata. Bau ubat yang kuat menusuk hidungku. Aku cuba untuk bangun tapi tak mampu. Sakit, hanya itu yang aku rasa sekarang.

"Jungkook dah sedar, hyung!" jerit seseorang.

Pandangan aku masih kabur tapi aku pasti itu suara Taehyung.

"Kamu semua tunggu di luar dahulu. Saya perlu periksa keadaan pesakit"

"Baik, doktor"

Aku hanya mengeluh. Bulan ini sahaja hampir lima kali aku dikejarkan ke hospital. Aku hanya mendiamkan diri.

"Jungkook-ssi, ada rasa apa-apa?" soal Doktor Lily.

"Sakit" balasku sepatah.

"Baik, saya akan beri awak ubat. Tapi awak kena makan dulu. Kalau keadaan awak semakin baik, petang ni boleh balik ya."

"Baik doktor" balasku sambil tersenyum tawar.

Setelah Doktor Lily keluar, mereka pun masuk ke dalam wad aku.

"Jungkook, kau okay?" soal Jin hyung. Jelas terpapar kerisauan di wajahnya.

"Bolehlah, sakit sikit je" balas aku sambil tersenyum.

"Doktor kata petang ni kau boleh keluar" kata Jimin hyung sambil mengusap kepala aku.

"Ya.. tadi doktor ada cakap." balas aku. Aku memandang wajah mereka satu per satu.

Pandangan aku terhenti pada Taehyung. Dia memandang tepat ke arah aku. Ada kesayuan di matanya.

"Erm... hyung aku laparlah.." aku cuba untuk memecahkan suasana. Aku tak mahu mereka bersedih sebab aku. Dah banyak kali aku menyusahkan mereka berenam.

"Okay, kau nak makan apa? Cakap je nanti hyung dengan Hobie pergi belikan." ujar Namjoon.

Aku berfikir seketika dan menjawab

"Cendol"

"Yahh! Main-main" jerit mereka semua.

"Aku gurau je hehehe.. japchae please?" kata aku sambil memuncungkan bibir.

"Okay , jom pergi beli!" kata Hobie ataupun Hoseok separa menjerit.

Aku hanya tersenyum. Selepas Hoseok dan Namjoon keluar, seorang jururawat masuk untuk memberi ubat yang perlu aku ambil.

"Seokjin-ssi, Doktor Lily mahu berjumpa dengan awak. Ada perkara yang perlu dibincangkan."

"Baik. Yoongi, teman aku jom." kata Jin sambil menarik lengan Yoongi meninggalkan aku, Taehyung dan Jimin bertiga.

"Hyung.. Berapa lama dah aku tak sedarkan diri?"

"Tiga hari. Tiba-tiba kau jatuh dan tak sedarkan diri" balas Jimin.

Aku hanya mengangguk dan memandang Taehyung yang menunduk daripada tadi.

"Hyung!" jeritku.

"Hah, ya ya kenapa Jungkook, sakit ke?" balas Taehyung panik. Aku dan Jimin hanya tergelak kecil.

"Tak ada apa, hyung tu. Kenapa diam daripada tadi?"

"Oh... Hyung cuma risaukan keadaan kau je." balas Taehyung.

"Ala.. ni yang sayang ni! Jangan risau, aku okay je hyung." kataku sambil menepuk-nepuk otot aku yang semakin lama semakin hilang.

"Taehyung je? Aku?" soal jimin.

"Jungkook sayang semua oranglah!" kata aku lalu menarik mereka berdua ke dalam pelukan aku.

"Okay, cukup. Bau ketiak kuat sangat" kata Taehyung dengan nada selamba. Jimin pula tertawa.

"Oh? Tak apalah, Jungkook tak peluk" kata aku perlahan.

"Aku gurau je. Kau sentiasa wangi" ujar Taehyung lalu menarik Jimin untuk memeluk aku lagi.

Tidak lama selepas itu yang lain pun muncul.

Tbc.

𝗵𝘆𝘂𝗻𝗴 Where stories live. Discover now