2

686 69 34
                                    

"Jungkook ambil ni japchae. Hyung ada belikan susu pisang sekali" kata Hoseok sambil menghulurkan plastik berisi makanan itu.

"Terima kasih hyung" ucapku sambil tersenyum ke arah Namjoon dan Hoseok.

"No problem. Dah makan dulu, mesti kau lapar " balas Namjoon.

Aku membuka bekas plastik berisi japchae itu. Aroma japchae yang sedap itu menusuk ke dalam hidung aku. Aku menyuap sedikit lalu menutup kembali bekas japchae itu. Tiba-tiba aku rasa mual.

"Eh.. kenapa tak makan?" soal Jin.

"Memang lapar.. Tapi bila makan rasa nak muntah.." balas aku perlahan.

"Yah, kau kena makan juga. Kalau tak kau tak ada tenaga. Kata nak balik." omel Yoongi sambil bergerak ke tepi katil.

"Betul tu. Cuba tau, dapat makan sikit pun boleh alas perut kau" ujar Jimin pula.

"Maaf semua, aku tak habis-habis susahkan hyung semua kan?" kataku dengan perlahan.

"Mana ada! Kitorang tak kisah, kitorang sayang kau. Yang lain hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Terima kasih hyungs!"

"Okay jom sambung makan. Sini aku tolong suapkan kau.

"Aaahh" aku mengangakan mulut menunggu suapan.

"Kapal terbang nak lalu. Buka mulut luas-luas." Taehyung menggoyangkan sudu itu seperti roket yang sedang berlepas.

Setelah habis makan Jimin memapah aku untuk ke tandas. Selepas itu aku pun baring di katil semula. Masih awal lagi.

"Jungkook, kau tak rasa mengantuk? Tidurlah dulu." kata Namjoon.

"Tapi barang belum kemas lagi, nanti kelam-kabut nak balik."

"Tak apa tu nanti aku dengan yang lain kemaskan" kata Yoongi.

⚫⚫⚫⚫⚫

"Tadi doktor jumpa kau ada apa?" tanya Namjoon.

Aku baru sahaja hendak membuka mata tapi aku terdengar perbualan mereka. Aku membuat keputusan untuk berdiam dahulu.

"Ah itu.. Doktor Lily kata masih tak ada penderma untuk Jungkook.." balas Jin hyung perlahan.

"Macam mana ni hyung? Aku tak nak kehilangan permata kita ni. Dia dah stage 3.. Bahaya kalau tak buat pembedahan cepat." ujar Yoongi hyung.

Aku tersenyum kecil. Nampak sangat Yoongi tak mahu tunjuk yang dia sebenarnya sangat prihatin dan sayang pada aku.

"Betul tu. Berapa lama lagi kita kena tunggu? Aku kesiankan Jungkook menahan sakit lama-lama."

"Doktor Lily kata kalau kita bawa Jungkook pergi ke hospital di luar negara, pembedahan boleh dijalankan dengan lebih cepat." balas Jin hyung.

"Dah tu kenapa tak pergi je? Kita bukannya tak ada duit" tanya Jimin pula.

"Duit memang bukan masalah. Masalahnya, doktor kata keadaan dia akan bertambah teruk kalau dia naik pesawat. Badan dia terlalu lemah nak sesuaikan diri" sambung Jin hyung lagi.

"Bulan lepas kita semua ada buat ujian kan? Hati aku sesuai untuk dermakan dekat Jungkook." balas Taehyung yang sedari tadi mendiam.

"Kau tahu Jungkook tak akan setuju." kata Hobie.

"Haish... Tapi keadaan dia makin teruk hyung! Aku tak mahu kita semua kehilangan dia. Kau tahu macam mana rapatnya kitorang. Mana mungkin aku sanggup tengok dia terseksa tahan sakit lama-lama!" kata Tae hyung. Aku lihat terdapat beberapa butir air mata jatuh di tangannya.

Ya, aku tak akan setuju kalau Taehyung nak dermakan hati dia pada aku. Sebabnya doktor pernah cakap, risiko pembedahan ni sangat tinggi. Aku tak kisah kalau aku mati sebab kanser ni. Tapi aku tak nak sahabat kesayangan aku mati sebab aku. Peluang untuk aku hidup pun hanya 50-50 kalau lakukan pembedahan tu. Buat apa jalankan pembedahan kalau akhirnya dua-dua mati?

"Dah, nanti dia dengar pula." ujar Jin.

Aku berpura-pura menggeliat dan terkebil-terkebil membuka mata.

"Eh, baru je sebut Jungkook dah bangun. Kau nak air?" tanya Hobie pada aku. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Jungkook kau dah boleh balik, nak balik sekarang?" Jimin bertanya

"Ya. Bosanlah duduk sini. Balik boleh main game dengan hyung."

........

Setelah menukar pakaian aku duduk di katil dahulu. Menunggu sementara mereka ambilkan ubat.

"Okay semua dah siap, jom kita balik" ajak Namjoon.

"Okay! Hyung, nak dukung boleh?" tanya aku pada Taehyung.

"Sure" balas Taehyung sambil mengangkut aku gaya bridal style.

Yelah, kang dia piggyback, tersepit pulak hati jantung aku semua.

Setelah sampai di luar hospital, Jin dan yang lain mengambil kereta. Tinggal Taehyung meneman aku.

Tak lama selepas itu kereta Jin hyung pun berhenti di hadapan aku. Aku dan Taehyung masuk ke dalam.

"Kau ada nak pergi mana-mana tak?" tanya Jin .

"Tak nak pergi mana-mana. Jungkook nak balik terus." aku membalas lalu memeluk Taehyung.

Tbc.

Allahuu apa aku merapu jugak ni? Kelakar ayat aku weh! Huhu.. Amacam? Aku ni tak pandai laa nak buat sedih" sgtt. So aku hargai kalau korang guna tisu untuk bab yang akan datang hiks. Muah ciked🙈❗

𝗵𝘆𝘂𝗻𝗴 Where stories live. Discover now