9

504 45 15
                                    

"Hyung, Dia tak bangun lagi ke?

"Tak. Dia penat sangat tu." balas Jin.

"Cuba kejut dia. Dah lama tidur tu." arah Namjoon.

"Kejap." Kata Jimin lalu naik ke bilik Jungkook.

Beberapa minit selepas itu Jimin pun turun sambil memapah Jungkook.

"Jungkook kau kenapa ni? Muka merah-merah." Tanya Yoongi

"Badan dia panas la hyung. Demam ni." Kata Jimin.

"Hah? Demam? Jom pergi hospital!" Jerit Hoseok.

"Tak nak.. Bawakkan aku pergi jumpa Tae hyung."

Mereka pun bersetuju untuk membawa Jungkook ke memorial park.

||

"Hyung.. Aku rindu sangat dengan hyung.. Akj tak kuat lah nak teruskan hidup tanpa hyung.." Jungkook yang disandarkan di bahu Jimin itu bersuara.

Dia mengusap batu yang terukir nama mendiang Taehyung itu sambil mengalirkan air mata.

"Jungkook.. Janganlah macam ni.. Sedih kitorang tengok.." Hoseok memujuk Jungkook yang semakin banyak mengalirkan air mata.

"Tuhan, beratnya ujian yang kau berikan. Aku tak sanggup tengok Jungkook asyik bersedih.." Bicara Jin di dalam hatinya.

"Jungkook, jom, kita balik? Dah nak hujan ni. Esok kita datang lagi ya?" Ujar Namjoon selepas beberapa titis air hujan menitik di wajahnya.

"Tapi Jungkook nak teman Tae hyung. Mesti dia sejukkk!" Jungkook menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

"Jangan macam ni Jungkook.. Kita tak bawa payung, kau dah la demam. Nanti makin melarat, lepastu tak dapat jumpa Tae. Haa, nak ke?" Soal Jimin.

"Erm.. Tapi ni last Kook melawat Tae hyung.. Bagi lah lama sikit please?" Jungkook memandang wajah yang lain.

"Last? Kook dah tak nak lawat Tae ke lepas ni?" Soal Yoongi kebingungan.

"Erm.." Balas Jungkook.

"Okay.. Tapi kalau hujan turun je, janji kita terus lari balik tau." Kata Jin sambil tersenyum.

》》

Hampir 25 minit mereka di situ. Walaupun hujan belum turun tetapi guruh mula kedengaran.

Tidak lama lepas itu hujan pun mula turun setitis demi setitis.

"Cepat masuk kereta!" Jin mengarahkan semua untuk berlari ke kereta.

Setelah semua masuk ke dalam kereta Jin pun menghidupkan enjin kereta.

"Fuh nasib baik sempat masuk sebelum hujan lebat lagi." Kata Namjoon sambil mengelap hidungnya.

"Tulah. Tapi basah jugaklah kita ni." Kata Hoseok sambil mencapai tuala yang memang tersedia di dalam kereta untuk mengelap rambutnya.

"Jungkook balik ni terus mandi tau? Kang makin teruk demam kau tu." Kata Jin.

"Erm.." Balas Jungkook lalu melelapkan matanya.

"Jimin, lapkan air hujan kat dahi budak tu." Arah Yoongi.

Jimin mengangguk lalu mengambil tisu untuk mengelap dahi Jungkook.

𝗵𝘆𝘂𝗻𝗴 Where stories live. Discover now