8

494 52 25
                                    

Kringggg

Jam loceng berbunyi. Aku melihat jam. Sudah pukul 8.

"Hyung.. Hyung bangun." Aku yang masih mamai meraba-raba ruang di sebelah katil aku.

eh hyung mana?

Aku terkejut. Biasanya aku akan kejutkan Taehyung sebab dia berkongsi bilik dengan aku.

Aku terus bangun dan pergi ke bilik air untuk mencuci muka. Kejap lagi aku turun lah. Aku dengar diorang dah bising-bising dekat bawah. Mesti Taehyung pun dah turun dulu.

....

"Hi hyung! Semua dah makan ke?" tanya aku pada Jin.

Jin dan yang lain tersenyap dan memandang aku dengan ekspresi pelik.

"Kenapa tengok macam tu?" tanyaku.

"Err Jungkook okay?" tanya Hoseok.

"Okay lah apa tak okay pulak." balas aku lalu menarik kerusi di meja makan untuk duduk.

"Oh..okay, kitorang belum makan. Jom lah makan sama-sama." Sambung Hoseok lagi.

"Haah. Kitorang tunggu kau sebenarnya ni." Kata Namjoon pula.

"Okay."

Mereka mula mengambil makanan.

"Eh kejap! Dah nak makan ke?" tanya aku sambil memandang wajah mereka satu persatu.

"Yelah. Kau dah turun. Nak tunggu siapa lagi?" balas Yoongi.

"Baru enam orang ni. Tae hyung mana? Daripada tadi tak nampak dia." tanya aku.

Mereka semua menarik nafas lalu memandang muka aku.

"Erm.. Kau lupa ke.." tanya Jimin hyung pada aku.

"Lupa apa pulak ni."

"Taehyung mana ada." kata Yoongi hyung.

"Ah..lupa.. Patutlah kosong je sebelah Kook bangun tadi." Aku baru teringat yang Taehyung dah tiada dekat dunia ni.

"Tak apa, jomlah makan. Lepas ni hyung nak tunjukkan sesuatu." Arah Jin.

"Baik."

Selepas makan kami pun berkumpul di bilik aku. Kami berkumpul di atas lantai. Jin meletakkan sekeping kotak dan laptop di hadapan.

"Nak buat apa ni hyung?" tanya aku.

"Tengoklah ni."

Aku dan yang lain termasuk Jin berkumpul di hadapan skrin. Tiba-tiba muncul wajah Tae hyung.

"...Tae" gumam Jimin hyung di sebelah aku.

Video itu pun dimainkan.

"Annyeong! Hi korang. Sihat?" Tae hyung bersuara dan diam buat beberapa ketika. Video itu agak bergoyang.

"Jin hyung rakam la betul-betul."

"Yelah betul-betul la ni."

𝗵𝘆𝘂𝗻𝗴 Where stories live. Discover now