4

515 63 14
                                    

Setelah bersarapan kami bertujuh bertolak ke funfair yang mengambil masa kira-kira dua jam.

2 hours later

"Bangun-bangun. Kita dah sampai." ujar Jin.

Aku membuka mata dan menggeliat perlahan.

"Huwarghh penatnyaaa!" kata Taehyung dan Jimin.

"Aku yang drive korang yang penat pahal pulak." jeling Jin.

"Dah jom pergi makan dulu." ajak Namjoon.

"Makann!" jerit kami berenam serentak.

Setelah makan Jin mengajak aku untuk pergi ke kedai makanan ringan di sebelah restoran itu.

"Kook, teman hyung beli jajan? Nanti hyung lanje cekelat ocey?" hm tudia si rentua ni main aegyo pulak lahai nasib baik comel.

"K"

Setelah membeli makanan ringan aku dan Jin bergerak ke restoran semula.

"Semua dah siap makan kan, jomlah." ajak Jin.

"Okay" jawab kami berenam.

"WAHAHAHHAHAHAH SERONOKNYAAAA!" Kami terdengar jeritan pengunjung yang menaiki roller coaster itu.

"...hyung, seriously kita nak main ni?" tanya Hobie dengan muka cuak.

"Alang-alang dah sampai, main jelah. Rugi la tak naik." kata Namjoon.

"Jom jom. Jungkook kau pasti nak naik jugak?" tanya Yoongi pada aku. Aisehh Yoongeh hiyong prihatin kat tite la auch terharu!

"Ya okay!" jeritku bersemangat. Aku nak pastikan harini kami bergembira sahaja.

⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫

"Eommmaaaaaaa!"

"Hyung Hobie taknak Hobie taknak HUWARGHHH!"

Aku hanya tergelak sahaja mendengar jeritan demi jeritan daripada mereka. Terutama Jimin dan Hobie. Diorang memang tidak suka ketinggian.

Hampir tiga jam menghabiskan masa di sini. Semua permainan aku dan yang lain naik. Seronok! Walaupun sibuk berseronok, aku tak lupa mengambil gambar dan video kami bertujuh sebagai kenangan.

"Jomlah gerak ke pantai. Nanti boleh tengok matahari terbenam!" jerit Taehyung.

Setengah jam selepas itu kami bertujuh pun sampai di pantai. Wahh, nasib baik sempat sampai sebelum matahari terbenam.

Kami membina khemah di bawah pokok lalu menghidupkan unggun api. Aku menghidupkan kamera lalu merakam suasana di situ.

"Hyung! Cepat datang sini!" Aku memanggil Taehyung untuk masuk sekali dalam rakaman.

"Ok ok!" Taehyung berlari-lari pergi ke aku dengan pelampung harimau nya tu.

"Tae hyung, hana, dul, set!"

"WELCOMEEEE BACKKK! YEYEAHHH TO MY CHANNEL!" Aku dan Taehyung tergelak-gelak selepas itu. Pengaruh Bella Khan hiks.

"Ok, Taehyung-ssi, kita bertujuh buat apa dekat sini?" Tanya aku pada Taehyung. Acah-acah blogger jap.

"Okay~ Harini kita bertujuh nak seronok-seronok! Ni semua permintaan Jungkook-ssi ehe!"

"Nextt! Kita pergi dekat Jin-ssi!"

Aku dan Taehyung pergi ke arah Jin yang sedang membakar sosej dan ayam.

"Jin-ssi! Buat apa tu?" Tanya Taehyung.

"Basuh baju."

"K." Balas Taehyung.

"Dah nampak hyung bakar ayam lagi tanya." Namjoon di sebelah menyampuk.

Wah, betul ke apa aku nampak ni? Namjoon akhirnya pegang pisau dengan betul!

"Okay abaikan hehe! Jin hyung, Namjoon hyung cepat aku tengah record ni!"

"Annyeong! Worldwide handsome heree~"

"Hi guys! It's Namjoon Kim."

"Baiklah, Namjoon-ssi, ini pertama kali saya tengok kamu pegang pisau dengan betul! Ada rahsia?" Tanya Taehyung.

"Mana ada~ Jinnie hyung yang ajar tadi."

"Oh, Jin-ssi! Baiknya awak!"

"Baik laa sangat. Punyalah hyung dengar dia duk menjerit membebel dekat Namjoon."

Tiba-tiba muncul Yoongi hyung dan Jimin hyung.

"Yoongi hyung! Apa perasaan anda kita bertujuh dapat berkumpul?"

"Penat. Tapi seronok sangat!" balas Yoongi hyung ceria.

Haha, aku suka Yoongi hyung yang ni!

"Hey Jimin! Seronok?" tanya aku pada Jimin. Saja biadap jap.

"Yak panggil aku hyung la. Aku dua tahun lebih tua daripada kau! Aku dah makan 2130 mangkuk nasi lebih daripada kauuuuu!" As expected, Jimin menjerit. Takpe, dia bukan jerit mengamuk tu.

"Hehe alo-alo Jiminnie hyung. Sayang hiyong!"

Aku meneruskan rakaman. Semasa matahari terbenam, kamj bertujuh menyanyikan lagu Spring Day dan semestinya aku merakam semua itu.

𝗵𝘆𝘂𝗻𝗴 Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz