~02~

5 0 0
                                    

Aku membelek buku nota yang hampir 2 tahun aku simpan. Aku mengeluh kerana tidak dapat mencari pemilik sebenar buku itu.

    Kandungan di dalam buku itu lebih banyak tertulis tentang kisah hidupnya tapi aku berminat dengan salah satu kisah 'si penulis' yang membuatkan aku untuk teruskan menyimpan buku 'si penulis misteri' itu . Kisah di mana 'si penulis misteri' itu sendiri menaruh perasaannya kepada sahabat baiknya sendiri. Tapi yang menjadi tanda tanyanya apabila 'si penulis misteri' itu tidak mencatatkan nama sahabat baik aka crushnya itu.

'Takut kawan dia baca le tuw'

Aku tersenyum senget.

'Mesti yeoja ni jenis cengey'

'Boleh pulak kau kutuk dia, kalau dia tau macam mana tak ke marah dia nanti.'

Aku tersengih lagi. Kali ini lebih lebar.

'Dia takkan tahu. Buktinya tiada siapa yang menuntut buku itu darinya selama dua tahun buku itu dengannya'

Sedang aku menyelak untuk ke helaian seterusnya. Terjatuh sekeping gambar lama dari buku itu. Aku mengerutkan dahiku apabila melihat gambar itu. Gambar seorang kanak kanak perempuan dan lelaki tersenyum mesra di hadapan kamera sambil merangkul bahu masing masing.

'Comel'

Aku percaya itu merupakan gambar  'si penulis misteri' itu bersama sahabat baiknya aka crush 'si penulis misteri' itu.

'Aku akan cari kau, Nayeon!' Aku bertekad dengan kata-kata aku.

-----

Aku tersedak selepas menghirup hot chocolate di hadapanku. Aku terbatuk batuk kecil sebelum Gunwoo menepuk-nepuk bahuku perlahan.

'Siapalah mengumpat aku petang-petang ni?' Aku menepuk-nepuk dadaku pula supaya batuk itu cepat hilang.

"Tula minum tak ingat dunia" Aku mencebik geram sambil memandang tajam abang keduaku itu.

"Diamlah!"

  "Ishh budak ni biadap sungguh" Aku sempat mengelak apabila sebiji bantal berbentuk segi empat melayang ke arahku.

Aku tersenyum bangga sebelum menjelirkan lidahku kepada Gunwoo.

"Budak~!" Belum sempat Gunwoo menghabiskan ayatnya. Hyung sik selaku abang sulungku mencelah.

"Korang ni dah besar panjang pun macam budak budak lagi!" Aku dan Gunwoo berpandangan sesama sendiri sebelum masing masing mula ketawa.

"Kami sekolah lagi laa!" Kami jawab serentak.

"Ceh!" Hyung Sik mencebik.

------

   Aku melangkah perlahan supaya dapat berjalan beriringan dengan abangku,Gunwoo. Kaki aku semakin pulih tapi tetap tidak boleh berlari. Aku melangkah sambil bernyanyi riang. Seronok apabila dipelawa keluar dengan menggunakan duit abangku tanpa mengeluarkan duitku sendiri. Maklumlah Gunwoo baru mendapat gaji pertama disebabkan oleh part time jobnya itu.

Aku yang mengetahui tentang rahsianya itu mengambil peluang untuk turut menghabiskan duit abang aku  bersama sama .

Hehe. Baikkan saya :3

"Yeon dengar ada Cafe baru buka. Cafe tu jual air boba yang tengah trend sekarang ni. Nama Cafe tu Xin Fu Tang" Mata aku bersinar-sinar apabila membayangkan rasanya nanti. 

'Emm,sedapnya' Aku tersenyum.

"Ikut Yeon la nak beli apa. Woonie beli je" Selamba sahaja Gunwoo bersuara. 

   "Yes!" Aku melompat keriangan. Akhirnya aku dapat juga nak rasa benda tu tanpa mengeluarkan duit aku sendiri. Salah satu sebab aku suka dengan abang kedua aku. Walaupun mulutnya berbisa tapi hatinya baik tak terkata.

    Pakaian aku pada petang itu agak hipster. Maklumlah aku tinggal dekat korea so kena ikut trend la. Even sekarang ni ada adik kawan aku umur 9 tahun pun dah hipster. Kalau aku dulu selalu kena kecam dengan Gunwoo dan  Taehyung sebab aku dulu noob. Hyung Sik je yang baik dengan aku dulu.

Hoodie kuning cair dipadankan dengan seluar jeans koyak-koyak sangat sepadan di tubuhku. Hadiah pemberian Taehyung kepada aku sangat dihargai. 

Maklumlah crush bagi kan :p

------

"Yeon! Woonie tak boleh teman kau pergi Comic Book Cafe tu..Manager Woonie call tadi suruh ganti tempat orang. Mian..." Gunwoo berasa serba-salah. 

   "Gwenchana. Yeon okay aje pergi sorang lagipun kalau ada Woonie nanti bukan boleh duduk lama lama kan" Aku cuba menenangkan hati abangku. Walalupun aku sedikit terkilan kerana tidak dapat meluangkan masa bersama-sama seperti dulu lagi. Hyung Sik juga busy menyiapkan tesisnya untuk dihantar tak lama lagi.

   Gunwoo menarik tangan aku sebelum diletakkan sejumlah duit di atas tapak tangan aku untuk ke Comic Book Cafe itu. Buat aku membeli makanan atau teringin untuk membeli beberapa buah komik di situ.

"Woonie call Taehyung suruh teman Yeon kat sini,nak? Lagipun kaki Yeon baru sembuh kan mana tau tiba tiba terseliuh balik" Sempat lagi Gunwoo menyakat aku.

  Teringat pula aku akan  mamat yang menyebabkan kaki dan dahiku sakit tempoh hari. Sudah hampir seminggu,syukur juga aku kerana harapan aku untuk tidak berjumpa lagi dengan mamat itu tercapai.

"Taknaklah. Yeon nak pergi seorang je. Perangai Taehyung pun sama je dengan Woonie" Gunwoo tergelak kecil sebelum berlalu meninggalkan aku sendirian di situ.

    Aku melangkah menaiki bas mengikut giliran. Bas agak lenggang masa ni. Banyak juga tempat duduk kosong untuk aku. Aku tertarik pada satu tempat duduk sebelah tingkap itu. Aku mengeluarkan earphone dari beg sandangku sebelum disumbatkan di telingaku. Aku menghayati lagu tersebut sambil melihat pandangan di luar bas.

------

Aku melangkah masuk sebelum menunduk hormat kepada salah seorang pekerja yang berkhimat di kaunter Comic Book Cafe tersebut.

    Aku membetulkan kedudukan cap di kepalaku apabila menyedari ada beberapa orang perempuan  yang sedang memandang aku sambil tersenyum-senyum. Aku hanya jalan memintas mereka tanpa ingin membalas senyuman mereka kembali.

   Hobi aku ialah lepak di tempat ni bila bosan yang teramat melanda. Tangan aku dimasukkan ke dalam poket Hoodie sebelum melangkah ke arah rak-rak buku yang menempatkan pelbagai jenis komik.

   Semasa aku memasuki satu lorong di situ,mata aku terpandang seorang perempuan yang memintas aku dari tepi.

'Macam kenal?' Aku hanya membiarkan tanda tanya itu sebelum kembali meneruskan langkahku.

Aku berhenti di salah satu rak kerana terdapat beberapa komik yang menarik perhatian aku.

'Alah aku dah baca yang ni. Kat sana kut' Mata aku melilau memandang sekeliling sebelum aku terlanggar seseorang di hadapanku.

'Haishh'

    Aku mengeluh apabila melihat seorang perempuan yang mengaduh kesakitan di hadapan aku sambil mengosok pinggang danpergelangan kakinya. Mata aku turut terarah kepada beberapa jenis komik yang terjatuh di atas lantai. Aku tunduk mengutip sebelum aku mengangkat kepala untuk memandang perempuan itu bagi melihat keadaannya.

"Tak nampak orang ke?"

    Mata aku terpaku tatkala mata kami bertembung. Jelas aku terkejut. Wajah yeoja itu juga turut mempamerkan rasa terperanjatnya.

"Cis,patut la macam kenal. Rupanya kau."

Aku tersenyum sinis sambil memandangnya tajam. Jelas dia juga memandang aku seperti hendak membunuh aku. Dia juga turut mencebik kepadaku.

'Minah cengey'


Love DiariesWhere stories live. Discover now