~08~

6 0 0
                                    

Taehyung menerpa ke arah aku yang sedang menunggunya bersama Sohyun.

"Yah! Nayeonie..kau cari pasal dengan si Jiwon ke tadi?" Taehyung mula risau. Aku hanya mengeluh. Lemah.

"Aku tak cari pasal lah. Aku geram dengan dia je. Suka hati dia je nak marah Sohyun padahal Sohyun dah minta maaf tadi . Apa masalah dia,tah?" Aku memandang Sohyun. Kesian.

'Takkan hari pertama dah jadi masalah untuk kau,Sohyun. Aku takkan biarkan.'

"Yah,Nayeon! Aku tau kau boleh tewaskan Jiwon macam yang kau buat sebelum ni tapi.." Aku memegang tangan Taehyung. 

"Kau jangan risau. Aku okey. Yahh. Makan cepat. Nanti dah sejuk dahtak sedap." Aku menghulurkan chopstick kepada Sohyun yang hanya diam,kaku. Aku tahu dia mungkin rasa takut tapi aku sentiasa ada untuk tolong dia.

"Sohyun..makanlah kau kan dah lama tak makan benda ni." Aku meletakkan sekeping kimchi di atas nasinya.

----

Aku menarik keluar buku notaku dari bawah meja. Terjatuh sekeping nota.

Pergi belakang bangunan A waktu rehat.-Kim Jiwon

P/S: Jangan berani ajak sesiapa terutamanya chingu kau! Kalau kau nak tempah kubur untuk                 dia. Silakan.

Aku terkejut dengan nota daripada Jiwon itu. Rasa takut mula terbit di hati aku. Rasa yang kurang enak.

'Andwae..Nayeon tak boleh tahu pasal benda ni. Tapi...kalau aku tak pergi tak boleh ke?'

Aku mengeluh berat sambil menggengam tangan aku dengan kuat.

Kring! Kring!

-waktu rehat

Aku memejamkan mata aku rapat untuk menenangkan hati aku. Aku mula mengorak langkah ke belakang bangunan A. Bangunan yang agak tersorok.

'Pandai Jiwon pilih tempat'

   Aku berdoa dalam hati agar aku tidak diapa-apakan Jiwon. Setibanya di belakang bangunan tersebut mata aku menangkap kelibat Jiwon sedang menunjal kepala seorang pelajar perempuan yang agak berisi. Aku mula tak sedap hati.

Aku nak pergi dari situ alang-alang Jiwon masih tak nampak aku. Aku menoleh ke belakang untuk beredar semula.

"Sohyun~naa. Datang pun kau" Aku terus membekukan diri sambil memejamkan mata aku rapat. Aku menoleh kearah Jiwon dengan perlahan-lahan.

Aku mengangkat kepalaku untuk melihat wajah Jiwon. Wajah dia tidak ada yang menakutkan bagi aku. Dia hanya tersenyum ceria kepada aku.

"Sohyun~shii. Sinilah..Aku nak minta tolong kau sesuatu ni." Tangannya jelas mengamit kedatangan aku. Aku cuba untuk bersangka baik terhadapnya.

'Mungkin dia tak sekejam yang kau sangkakan..Sohyun'

Aku melangkah perlahan ke arahnya sebelum berdiri betul betul di hadapannya.

"A..ada apa,Sunbaenim?" Aku menyoalnya terlebih dahulu.

"Tak payah laa formal sangat" Jiwon menepuk-nepuk bahu aku sambil tergelak kecil.

"Btw,aku cuma nak minta kau buat sesuatu je untuk aku." Mata aku merenung jiwon takut-takut.

"A..Apa?" 

"Aku nak kau tolong buat prank sikit dekat kawan baik kau tu."

"P..prank? Prank apa?" Aku mula tak sedap apabila melihat senyuman Jiwon.

"Ala..kita kenakan dia sikit je. Tak boleh ke?" Jiwon mula menampar lembut pipi aku.

"Ta..tapii awak kata kalau saya datang sini..Dia dah tak ada kaitan dengan a..wak.." Aku mula rasa teraniaya. Menyesal aku datang.

"Yahh! Kau ingat aku cakap elok-elok dengan kau sebab nak persetujuan kau ke,hah?!?!" Aku terdiam dengan jerkahan Jiwon. Aku memejamkan mata aku rapat nak buang perasan takut yang mula menerpa dalam hati aku.

"Ni arahan!!Kau faham tak? Kalau kau taknak kena macam apa yang budak tadi kena lebih baik kau buat je apa yang aku suruh." Aku hanya diam. Angguk tidak geleng pun tidak. Fikiran aku buntu.

'Perlu ke aku buat semua ni..Nayeon~nie..Mianei.' Aku terduduk menangis sendirian apabila kelibat Jiwon dan rakan-rakannya sudah hilang dari pandangan aku.

----

Aku menilik jam di tangan dengan gelisah.

'Sohyun ni pergi mana. Dahla lepas rehat tak masuk kelas. Tup tup beg sekolah dia dah hilang sekali tuan dia hilang sampai sekarang ni.'

Aku mengeluh mengenangkan sifat Sohyun yang agak pelik lepas kejadian Jiwon menggangu kami tempoh hari.

'Takkan dia takut dengan aku kut. Aku nampak mcm gangster ke lagipun aku buat semua tu sebab nak tolong dia'

Aku menunggu Sohyun di bangku dalam kawasan rumah aku. Gunwoo baru je keluar tadi. Pergi mana tah.

Selang beberapa minit aku dengar selak pagar rumah aku dibuka. Terus aku bangun dan berlari ke arah Sohyun. Risau dengan keadaan dia.

"Yahh. Kau pergi mana,huh? Dah nak malam baru balik. Ehh kau dah pandai ponteng kelas,ek?" Mata aku tertangkap kelibat namja beredar dari rumah aku. Dia hantar Sohyun balik ke?

"Yahh! Kenapa kau diam je ni..?" Aku memegang kedua-dua belah pipinya untuk memeriksa keadaannya. Mata Sohyun sedikit sembap seperti selepas menangis.

    "Waeyo?" Aku jadi risau dengan keadaan Sohyun. Namun Sohyun tiba tiba sahaja menepis tangan aku kasar dari memegang pipinya. Mulanya aku ingatkan hanya gurauan semat-mata kerana Sohyun memang tidak suka orang menyentuh wajahnya. Tapi..wajahnya menunjukkan dia sangat meluat dengan aku.

"Kau jangan sibuk,boleh tak." Walaupun kami sudah berkawan lama tapi aku agak terasa dengan kata-kata Sohyun itu.

'Kenapa tiba-tiba je,Sohyun?' Sayu aku memandang kelibat Sohyun memasuki pintu rumah.

"Mungkin dia datang bulan kut.." Aku kembali tersenyum.

      'Tapi siapa lelaki yang hantar Sohyun balik  tadi?Namchin dia ke? Tapi sejak bila...? Emm.. Aku rasa dia marah sebab malu la tu aku tau dia dah ada namchin. Hehe' Aku berlari masuk ke dalam rumah untuk mengorek rahsia dari Sohyun pula.

Love DiariesWhere stories live. Discover now