~05~

5 0 0
                                    

"Sohyun,nanti kau sekolah dengan aku,tau?" Aku memandang Sohyun sambil tersenyum senyum.

"Taknak la asyik muka kau je."

Terbeliak mata aku. Terus aku cubit lengannya. Dia mengaduh kesakitan namun aku hanya beriak biasa.

"Aku nak pergi sana jap"

"Haa. Okay." Sohyun membelek telefonnya tanpa memandang aku.

    Aku berjalan mendekati kerusi yang disediakan disitu yang berhadapan sungai Han. Aku terus merebahkan punggung aku di situ. Aku memejamkan mata aku menghirup udara segar pada pagi itu. Angin meniup anak rambut aku yang dibiarkan berjuntai jatuh. Rambut gaya bun menyukarkan rambut aku terbang ditiup angin.

Mata ku meliar melihat sekeliling.

'Pagi tak ramai sangat orang'

Aku terlihat 7-Eleven yang sudah mula beroperasi. Kaki aku melangkah perlahan ke situ.

'Aku craving samyang..'

Aku cuba menarik pintu di kedai serbaneka itu tapi tidak boleh. Sudah aku cuba berkali-kali tapi tetap hasilnya sama.

'Tutup ke bukak ni'

Aku menjenguk ke dalam. Cermin itu gelap kerana tintednya menyukarkan pandangan aku. Namun aku tetap tidak berhenti berusaha. Terus kutarik.

Tiba tiba pintu itu ditarik dari dalam. Aku yang masih memegang pemegang pintu turut terdorong ke hadapan.

Buk!

Aku terhempap pada dada seseorang. Apabila aku mengangkat kepala. Mata aku terbuntang sebelum menjarakkan diri.

"Mian"

Aku menoleh ke belakang semula namun lengan aku pula ditarik hingga hampir membuatkan aku terpeluk dia tapi sempat aku tahan badanku.

"Apa?!" Aku pandang dia dengan tajam tanda tidak suka dengan perlakuannya.

Cho Seungyoun menjuihkan bibirnya pada pintu kedai tersebut. Mata aku turut melihat pintu tersebut. Aku menepuk dahi aku kerana terlalu cuai dan tidak peka pada keadaan sekeliling.

Tertera di situ perkataan PUSH namun aku tetap menariknya. Dengan perasaan malu yang kian menebal aku kembali menoleh untuk meninggalkan tempat itu. Mati selera aku walaupun aku memang  sangat-sangat menginginkan samyang. Tapi kerana malu dengan Seungyoun, aku membatalkan niat aku di situ.

Lengan aku dipegang erat. Kali ini dia tarik aku mendekati dirinya. Entah mengapa aku tidak selesa dibuat begitu dengannya.

"Kau nak pergi mana?"

"Balik."

"Kau nak masuk sangat kan tadi. Sekarang pintu dah terbuka. Tak nak masuk ke?"

Aku hanya mendiamkan diri. Mata aku melilau di belakang Seungyoun namun hanya diri aku dan dia sahaja di situ. Aku memandang wajahnya kembali.

'Wait wait. Kenapa kau perlu nak malu dengan mamat ni. Lebih baik ignore'

Aku melangkah masuk tanpa menghiraukannya. Dia juga melangkah keluar dari situ.

Aku menarik nafas lega. Terus aku melangkah mencari samyang. Terpegun aku melihat pelbagai jenis samyang dijual di situ. Namun mata aku lebih tertarik pada samyang yang berada di bahagian paling tinggi sekali.

'Ada dua..cukup cukup untuk aku dengan Sohyun'

Aku tersengih sebelum cuba mengapai samyang itu. Namun ketinggian aku tidak membantu.

'Haih,aku tak cukup tinggi lagi ke?'

Aku cuba lagi. Tiba-tiba ada tangan lain yang terlebih dahulu mencapai.

Love DiariesWhere stories live. Discover now