~09~

5 0 0
                                    

"Woonie..Kenapa dengan Sohyun? Dia asyik elak nak bercakap dengan Yeon je.." Aku mengeluh perlahan. Ingatkan sikit-sikit je dia nak merajuk rupanya sehari suntuk. 

Contohnya harini,selalu kami bertiga akan berjalan kaki bersama-sama ke sekolah tapi hari ini...awal-awal lagi dia dah tak ada kat rumah.

"Kau ada buat benda yang menyakitkan hati dia ke?"

"Buat apa..? Selama ini Yeon pernah je kenakan dia tapi tak pernah pulak dia terasa sampai macam ni sekali...Pelik la" Aku menggaru daguku. Sambil menggaru sambil berfikir.

  "Mungkin kau ada ejek benda-benda sensitif ke atau kau suka dekat crush dia ke namchin dia ke,hah? Boleh je jadi. Perempuan ni kan complicated sikit..." Aku menampar bahu Gunwoo. Dia ni suka main-main la. Aku mencebik geram. Gunwoo hanya tergelak.

"Saja kann sempat lagi nak buat lawak kering tu. Ada nampak Yeon gelak ke?"

"Taklah. Mana tau kann. Dahlaa Woonie pergi dulu. Baii" Gunwoo meninggalkan aku di tepi jalan sebelum dia melintas untuk ke sekolahnya di seberang sana. 

-------

Aku melangkah lemah masuk ke dalam kelas. Aku lihat tempat duduk Sohyun di sebelah aku kosong tidak bertuan tapi begnya ada.

"Nayeon..kau oke tak?" Taehyung tiba-tiba je muncul. Macam  tau-tau je aku tengah alone sekarang ni. Aku cuma tersenyum nipis kepadanya.

"Er..kau tau tak Sohyun pergi mana?" Kening Taehyung terangkat.

"Asal kau tak call dia je.."

"Takpelah . Aku saja tanya kau. Hehe. Rindu nak cakap dengan kau macam dulu-dulu." Aku hanya tersengih menyembunyikan kedinginan antara aku dengan Sohyun.

"Eleh..gedik kau ni" Taehyung mencuit hidung aku. Aku bagaikan terpana dengan tindakan dia. 

'Dia nak bagi aku sayang dia ketat-ketat ke?'

Mulalah otak aku berjiwang karat semua.

----

Aku duduk di  'port fav' aku macam biasa. Aku hirup susu strawberry aku perlahan-lahan sambil mata aku ralit melihat pelajar lelaki bermain bola keranjang. Tiba-tiba aku ternampak sebiji bola melantun kuat ke arah aku. Aku teringat kejadian haritu.

'Takkan sekali lagi kut?' Aku mengeluh sebelum mengelak tapi ada seorang namja tiba tiba je tarik aku ke dalam pelukan dia. Aku tergamam dengan situasi tu.

Dup dap dup dap!

Tu la bunyi jantung aku.

'Siapa namja ni? Yang pasti dia bukan Taehyung sebab dia pakai tshirt bola keranjang. Dia ni antara yang main bola keranjang tadi ke?

Semasa dia mula menjauhkan diri dia dari aku,mata aku naik untuk memandangnya.

"Kau oke tak? Lain kali jangan laa berangan dekat sini lagi. Ni dah kali keberapa kau menyusahkan aku tau tak?"

Aku mengeluh.

"Mian. Aku takde niat pun nak menyusahkan kau, Cho Seungyoun." Aku menjeling dia sebelum melakangkah pergi dari situ.

'Aku ingat siapalah tadi. Rupa-rupanya dia. Haih takde orang lain ke yang aku perlu jumpa. Kalau jumpa dia je hati aku mesti akan sakit sebab perangai dia. Ishhh!'

Aku menyumpah seranah dia di dalam hati.

"Yahh!"

Langkah aku terhenti disebabkan panggilan itu. Aku menoleh semula ke arah Cho Seungyoun. Jelas menunjukkan dia berjalan ke arah aku dengan matanya memandang tepat ke arah mata aku. Entah kenapa aku bagaikan terpana dengan pandangannya. 

Love DiariesWhere stories live. Discover now