Bab 11

213 14 0
                                    

Tok ! tok!

"Masuk."

Tombol pintu dipulas dan sekejap sahaja lelaki berbadan tegap itu masuk ke dalam ruangan pejabat tersebut. Di dalam nya kelihatan seorang lelaki sedang bersandar disofa menghadap slidding door.

"So, apa perkembangan baru yang aku perlu tahu?" Soalnya pada lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam pejabat.

"Diorang dah jumpa dan kenal antara satu sama lain cuma Qayra masih belum mampu mengingati siapa sebenarnya Firdausy pada diri dia."

Bibirnya mengorak senyuman sinis. Bagus. Kalau boleh jangan kau ingat siapa Firdausy. Tapi buat seketika sahaja senyuman sinis tersebut terlata dibibir mungilnya.

"Aku taknak Qayra rapat dengan Firdausy, kalau boleh aku nak kau buat sesuatu supaya Qayra balik Kuala Lumpur dengan kadar segera."

"Baik boss."

Lelaki itu terus berpusing dan berlalu keluar daripada bilik lelaki itu.

"Qayra, Qayra... aku dah cakap kalau aku tak dapat kau. Kembar aku pun takkan dapat kau dan merasai apa itu erti bahgia."

Seketika bergema bilik itu dengan dekahan tawa lelaki itu.

----

"Eish, saya dah cakap kan saya boleh buat. Yang awak sibuk sangat kenapa?"

Galah panjang yang ada di tepi pokok Qayra cuba ambil tapi disambar segera oleh Firdausy.

Geram betul jadinya. Ustaz tiga suku ni sejak dua menjak ni. Tak habis nak menganggu keteteraman dirinya. Elok-elok angin kampung ni tenang. Haru jadinya dengan perubahan 360 darjah perangai ustaz tiga suku ni.

"Laa apa salah nya aku tolong kau, lagipun kau kena la sedar diri. Kau kan pendek."

Terbuntang mata Qayra apabila selamba badak Firdausy ni je mention diri nya pendek. Weh perkataan pendek paling pantang tahu tak dalam hidup dia.

"Hey, awak ingat awak tu tinggi sangat ke ha? Eish dah la tepi biar saya buat!"

Galah panjang itu ditarik kasar oleh Qayra daripada tangan Firdausy. Menyesal betul cakap dekat Nenda teringin nak makan rambutan belakang rumah. Alih-alih lelaki ini muncul dan menganggu dia disini.

Firdausy angkat tangan mengalah. Bibirnya mengulum senyuman. Okay kita tengok sejauh mana dia berusaha untuk dapatkan apa dia nak. Tangan disilang kedada. Menanti dan melihat apa yang bakal terjadi.

Peluh yang mengalir di dahi Qayra lap guna hujung lengan baju. Dah dekat 15 minit dia mengait. Masih juga tak berhasil. Aduh. Dia ingat kan senang la nak mengait ni sebab tengok Nenda buat mudah je. Tak sangka pula susah macam ni. Firdausy pula sedang sibuk memerhati sambil ketawa.

"Penat?" Soalnya sambil tersenyum sinis.

Qayra berdecit. Galah dicampak ke bawah dan dia terus masuk ke dalam rumah Nenda. Air mata terus mengalir. Bukan apa. Sedih rasanya bila tak dapat nak makan buah rambutan!.

Firdausy pula mengelengkan kepalanya. Tak pernah berubah. Masih dia ingat zaman sekolah dahulu.

"Weh, aku yang dapat dulu kut benda tu takkan kau nak makan. Serius weh aku teringin bagila aku." Rayu Qayra padanya.

Firdausy pula ketika itu memang suka membuli Qayra. Sebab nampak comel bila Qayra marah dan merayu begitu. Dengan puppies eyes dia tu.

"Mana boleh, benda siapa bayar dia punyala so move, aku nak cari tempat nak makan mee goreng ni."

Qayra sudah menghentak kaki tidak puas hati.

"Takpa, macam ni. Aku bayar asalkan aku dapat please..."

Firdausy buat tak tahu dan terus menyuap mee goreng ke dalam mulutnya. Suapan pertama dikunyah dengan wajah nikmat sekali. Qayra sudah terkaku. Tanpa sedar air mata nya mengalir. Kejam!. Tak tunggu lama Qayra terus berlari pulang ke kelas.

Bingkas Firdausy bangun dan mengambil galah. Tak sampai 5 minit sudah pernuh tanah dengan buah pokok rambutan milik Nenda.

"Fir, seorang je? Mana Qayra." Soal Nenda yang baru keluar daripada dapur.

Firdausy senyum memandang Nenda.

"Tadi dia ada sini. Berusaha teruk juga nak kait buah, alih-alih putus asa. Tu mesti menangis dekat dalam bilik sebab tak dapat buah rambutan Nenda ni."

"Laa sebab itu je menangis? Manja betul cucu perempuan Nenda ni. Takpela biar Nenda bagi dia."

"Kamu kalau nak masuk marilah" pelawa nenda

Beberapa tangkai buah rambutan yang ada di tanah diambil dan dibawa masuk ke rumah.

"Takpela nenda, Fir balik dulu."

Terus Firdausy pusingkan badan dan melangkah ingin pulang ke rumah.

"Bukan main abang dengan cucu nenda tu ye?" Sindir Wardah.

Memang daripada tadi dia ada di sebalik pokok. Kebetulan dia hendak kedai kerana hendak beli barang dapur yang dipesan oleh Umi nya tetapi lain pula yang dia nampak.

Bibir Firdausy bergerak-gerak. Cuba untuk berfikir ayat apa yang perlu disusun.

"Kalau abang suka dia. Baik abang lupakan jela, sebab Wardah rasa dia tak suka abang tapi dia suka dekat Ustaz Irfan,"

"Mana Wardah tahu benda ni? Tak baik fitnah, Wardah tahukan memfitnah itu dosa besar?"

Firdausy cuba menasihati adik sedaranya. Walaupun hakikatnya hati nya jua membara. Qayra suka Irfan? Mana mungkin.

"Huh, abang... satu kampung dah tahu. Lagipun abang tak perasan ke? Yang Irfan tu selalu teman Qayra bila dia habis kerja dekat kantin tahfiz?"

Apabila memerhati Firdausy seakan mati kata. Wardah tahu dia dah berjaya bolak balikkan hati lelaki itu. Tak tunggu lama dia terus beredar dari situ.

Dia Lelaki IdamanWhere stories live. Discover now