Bab 15

199 14 0
                                    

Qayra memandang wajah kedua orang tua nya seakan tidak percaya. Kertas yang ada di depan mata turut dipandang. Kepala nya makin kuat berdenyut. Cuba mengingati segalanya tapi masih tak mampu.

"Biar betul semua ni?" Soal nya lagi tidak mampu menerima kenyataan.

"Betul sayang, kalau kamu tak percaya lagi kamu boleh minta Firdausy kad perkahwinan kamu dengan dia." Jawab papa bagi pihak mama.

Qayra sudah memegang kepalanya.

Kusut!.

Dalam masa beberapa hari semuanya terbongkar. Dulu status nya yang dianggap bujang rupanya tidak. Dia sudah lama bergelar isteri orang. Sejak 7 tahun lalu!. Patutla bila ada lelaki nak mendekati nya papa melarang dan meminta lelaki itu berjumpa dirinya. Walaupun sekadar memegang title kawan. Jadi ini sebabnya?.

Waktu ini Qayra merasakan semua orang dalam rumah ni kejam!. Sembunyikan sesuatu perkara penting dalam hidupnya selama 7 tahun. Tapi kejap. Firdausy tah ke tak benda ni.

"Mama, Firdausy tahu ke tentang ni?" Soalnya lagi.

Dan mama menganggukkan kepalanya. Cis!. Memang nak kena mamat tu. Pandai betul dia berlakon eh.

"Mama call dia. Suruh dia balik KL sekarang."

Bingkas Qayra bangun dan meninggalkan semua orang di ruang tamu. Dia perlu berehat sekarang ni. Sel-sel otak nya terlalu banyak berhubung hari ini.

Puan Mariam sibuk mengelap meja dapur sambil bernyanyi kecil. Tetapi kelakuan nya terhenti saat ternampak kelibat anak sulungnya.

"Fatih, baru balik ke?"

Fatih yang baru melangkah anak tangga hanya menganggukkan kepalanya.

"Adik kamu pun baru je balik tadi, dia pergi jumpa isteri dia." Beritahu Puan Mariam pada Fatih.

Mungkin untuk Firdausy hatinya sedikit lega kerana anak nya itu patuh terhadap perintah tuhan. Tapi untuk anak nya yang ini. Hati nya sentiasa gusar. Keluar malam pulang pagi. Entah apa yang dilakukan diluar sana pun tidak dapat dia ketahui. Bila ditanya pasti akan dimarahi olehnya. Dalam diam Puan Mariam menyesal manjakan Fatih lebih daripada Firdausy sewaktu mereka berdua kecil dahulu.

"Dia jumpa Qayra?" Soal Fatih pada ibunya.

Dalam diam tangan nya dikepal. Mana mungkin. Rasanya dia dan suruh anak buah dia jauhkan Firdausy daripada Qayra tapi macam mana pula Firdausy boleh datang jumpa Qayra di sini.

"Ye sayang, kenapa? Fatih, kamu jangan buat perkara yang bukan-bukan lagi ya pada adik kembar kamu. Bagila peluang dia nak bahgia dengan isteri dia." Nasihat Puan Mariam.

Bukan nya dia tak tahu krisis antara Firdausy dan Fatih. Antara anak kembarnya. Fatih memang selalu suka mengambil barang kepunyaan Firdausy. Dan sentiasa mahukan segalanya daripada Firdausy. Jikalau boleh dia la yang paling bagus diantara adik beradik nya yang lain. Pening kepalanya sebagai seorang ibu.

"Apa ummi cakap ni, Apa ummi ingat Fatih ni jahat sangat ke?" Bentak Fatih tidak puas hati.

Tak tunggu lama dia terus meniti anak tangga. Hatinya dah membara tambah pula dengan ibunya yang sentiasa nampak salah nya sekarang ni. Ha memang Firdausy bagus pun kan!. Kau tunggu Firdausy. Aku takkan biarkan kau bahgia. Desisnya sendiri. Bibirnya mengulum senyuman sinis.

To be continued

Dia Lelaki IdamanWo Geschichten leben. Entdecke jetzt