Bab 26

208 18 0
                                    

"Mama dengan papa jahat! Mama papa penipu! Qayra benci semua orang!" Jerit Qayra kuat.

Sepanjang perjalanan ke rumah mama dan papa Qayra tadi hanya dipenuhi dengan suara dj sahaja. Tapi sebaik tiba di sini. Qayra terus membentak dan memberontak tidak puas hati.

Firdausy hanya diam. Dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan lagi. Segalanya telah terbongkar. Tiada satu rahsia lagi yang perlu disimpan rapi.

"Qayra, maafkan mama Qayra... mama terpaksa." Tubuh badan anak perempuan nya ditarik dan dipeluk tetapi pantas sahaja Qayra menolak.

"Qayra cakap Qayra benci kan? Boleh tak jangan dekat!"

Air mata Qayra deras sahaja mengalir. Mama nya turut menangis. Papa pula hanya memandang sayu. Tiada apa yang dapat dia rahsiakan lagi sama seperti Firdausy.

Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Mana mungkin Qayra menerima semuanya. Dia terus lari masuk ke dalam bilik di tingkat atas.

"Abang..."

Dato' Taufiq memegang tubuh isterinya. Ibubapa mana je tak sakit apabila meluhat segala rahsia yang mahu disimpan agar anak nya tak menderita akhirnya terbongkar. Dia berdoa kepada Allah agar anak nya tetap tabah menghadapi segalanya.

Firdausy terus melangkah meniti anak tangga. Pintu bilik diketuk perlahan. Kemudian tombol pintu dipulas. Dilihat Qayra sedang termenung di balkoni. Badan nya terhinjut-hinjut. Daripada situ dia tahu gadis itu sedang menangis.

"Kenapa awak kahwin dengan saya Fir?" Soalan yang patut ditanya 7 tahun lepas. Akhirnya dapat Qayra ungkapkan hari ini.

Firdausy kelu lidah. Masa tu dia sendiri tak pasti kenapa dia hendak bertanggungjawab pada Qayra di atas kelakuan adik kembarnya.

"Saya tanya kan? Jawab la!" Suara Qayra naik satu oktaf. Muka Firdausy dipandang geram.

"Sebab saya cintakan awak." Jawab Firdausy jujur.

Ya benar sebab dia cintakan gadis itu. Cuma entah dia sendiri tak pasti. Serabut!.

Qayra senyum sinis.

"Betul awak cintakan saya? "

Firdausy memandang tepat ke arah mata Qayra yang kini sudah ada didepan nya.

"Ya saya cintakan awak, saya sanggup korban apa sahaja demi kebahgiaan awak." Balas Firdausy yakin. Kali ini dia sedikit yakin.

"Kalau macamtu. Lepaskan saya."

"No! Qayra, no! Awak minta jela apa saja tapi tolong jangan tu. Saya tak sanggup Qayra. Saya tak sanggup berpisah selama nya dengan orang saya sayang. Cukupla saya terseksa selama 7 tahun. Saya terlalu sayangkan awak Qayra. Tolong jangan."

Badan kecil milik Qayra dirangkul nya kemas. Tak semena-mena air mata lelaki nya mengalir. Sungguh dia takut kehilangan orang yang dia sayang. Tolong la jangan pisahkan dia dengan Qayra lagi.

Qayra hanya keraskan tubuh badan nya. Kenapa semua nya terjadi. Rungsing dia jadinya.

Dia Lelaki IdamanDonde viven las historias. Descúbrelo ahora