One

19 0 0
                                    

  Fuwa dan Ui baru sahaja tiba di wilayah utara Vulcan City. Mereka berdua sedang memburu Persona terakhir. Persona adalah 'kembar jahat' yang lahir dari manusia yang terdedah kepada satu cahaya aneh yang dipanggil Persona Ray. Individu yang mempunyai Persona pula dipanggil Host. Setakat ini, Anti Persona Squad (APS) telah berjaya menghapuskan 65 Persona. Anti Persona Squad atau nama singkatannya APS merupakan satu unit khas yang ditubuhkan untuk menghapuskan Persona. Persona perlu dihapuskan sebelum mereka membunuh Host masing-masing. Persona boleh hidup bebas tanpa Host mereka. Namun, mereka makhluk yang agresif dan ganas. Mereka mahu membunuh Host masing-masing kerana mereka ingin menjadi kewujudan tunggal. Selepas berbulan-bulan bertempur dengan Persona, pihak APS berjaya menghapuskan 99% Persona yang ada. Kini Fuwa selaku ketua APS sedang ligat memburu Persona terakhir bersama Ui.

  Ui bukanlah ahli APS tetapi dia sudah banyak berjasa pada skuad itu. Hal ini demikian kerana dia mempunyai deria keenam. Dia mampu mengesan Dark Aura daripada Persona. Terima kasih atas kerjasama Ui, APS dapat menjalankan misi mereka dengan mudah. "Kau yakin Persona066 ada di kawasan ni?" tanya Fuwa kepada Ui sebaik sahaja keluar dari perut kereta. Ui mengangguk sahaja. "Mari cari dia dan tamatkan semua ni dengan segera" kata Fuwa. Dia nampak bersemangat. "Saya tak faham kenapa awak tak bawak anak-anak buah awak untuk misi terakhir kita. Itukan lebih mudah" ujar Ui. "Sebab ini misi terakhir APS lah aku tak bawak anak-anak buah aku. Aku nak bunuh Persona terakhir dengan tangan aku sendiri. Aku nak dapat penghormatan dengan membunuh Persona terakhir" jelas Fuwa. Sedang asyik mereka berdua berbual kosong, Ui ternampak seseorang. "Persona066!" jerit Ui.

  Dia ternampak Persona066 menuju ke lorong belakang. Fuwa membawa keluar senjata yang dipanggil Shotriser dan bersiap-sedia untuk menembak Persona66. Ui menghalangnya dan berkata "Jangan bertindak melulu. Kita patut ikut dia dulu". Fuwa tiada pilihan selain menuruti sahaja permintaan Ui. Tanpa melengahkan masa lagi, Fuwa dan Ui mengekori Persona066 dengan berhati-hati. Selang beberapa saat kemudian, mereka ternampak Persona066 bertemu dengan seseorang. Seseorang itu adalah Hostnya. Fuwa dan Ui menyorok di belakang tong sampah. Mereka perhatikan sahaja Persona066 dan Hostnya dari jauh. Fuwa dan Ui tidak dapat mendengar perbualan antara Persona066 dan Hostnya kerana mereka berdua berada terlalu jauh. Namun, berdasarkan bahasa tubuh mereka berdua, perbincangan itu nampak penting. Tiba-tiba, Persona066 menolak Hostnya sehingga terjatuh. Dia kelihatan seperti sedang marah. Fuwa mula bertindak. Dia mengeluarkan Shotriser lalu menembak Persona066.

  "Hati-hati!" Host kepada Persona066 bangun dengan pantas lalu menolak Personanya. Dia berjaya menyelamatkan Persona066. Fuwa keluar dari tempat persembunyian lalu mengacu Shotriser ke arah Persona066. "Pergi dari sini cepat" kata Fuwa kepada Host yang bernama Yeeun itu. Yeeun berdiri di hadapan Persona066 lalu mendepakan tangannya. "Jangan bunuh dia!" katanya. Pada waktu yang sama, Ui pula keluar dari tempat persembunyian dan mendekati Fuwa. "Kenapa kau lindungi dia sedangkan Persona tu cuba cederakan kau tadi" "Persona?" Yeeun tidak mengerti maksud Fuwa. "Perempuan yang menyerupai kau tu dipanggil Persona. Persona adalah kembar jahat manusia yang patut dihapuskan" jelas Fuwa. "Kau siapa untuk tentukan yang semua Persona tu jahat?" tersentak dengan kenyataan Yeeun, Fuwa menurunkan Shotrisernya. Yeeun (Persona066) tiba-tiba melarikan diri kerana dia terasa terancam. Fuwa mengarahkan Ui untuk mengejar Yeeun (Persona066). 

PERSONA [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now