Two

7 0 0
                                    

  Yeeun membiarkan sahaja Ui mengejar Yeeun (Persona066) kerana dia yakin Ui tidak akan mengapa-apakan Personanya. "Jadi kau nak kata tak semua Persona jahat?" tanya Fuwa. "Aku tak tahu pasal Persona lain tapi Persona aku tak jahat. Dia dah banyak tolong aku" balas Yeeun. "Tolong kau?". Sementara itu; Ui berjaya mendapatkan Yeeun (Persona066) kerana dia seorang pelari yang pantas. "T-T-Tolong jangan bunuh saya!" rayu Yeeun (Persona066). "Jangan takut. Saya kejar awak bukan sebab saya nak bunuh awak. Saya kejar awak sebab saya nak tahu sesuatu" jelas Ui. Yeeun (Persona066) memandang sahaja Ui. Dia masih kelihatan takut. "Kenapa dia (Yeeun) lindungi awak? Kenapa dia nampak macam tak takut dengan awak?" tanya Ui. ~FLASHBACK~ Beberapa bulan yang lalu; tamat sahaja waktu persekolahan, Yeeun tidak pulang ke rumahnya. Dia pergi ke sebuah bangunan terbiar.

  Dia naik ke bumbung bangunan tersebut. Tujuan Yeeun ke situ adalah kerana dia mahu membunuh diri. Dia sudah tidak tahan dengan kehidupan sehariannya. Hal ini demikian kerana ibu dan bapanya sering bertengkar dan bergaduh di rumah. Yeeun menjadi terlampau stress kerana ibu dan bapanya selalu bergaduh walaupun berlakunya salah faham kecil. Yeeun hanya rasa gembira apabila berada di sekolah mahupun tempat lain selain rumah sendiri. Oleh itu, hari ini Yeeun mengambil keputusan untuk meragut nyawanya sendiri dengan cara membunuh diri. Dia tiada pilihan lain selain itu. Semasa Yeeun hendak lompat dari bumbung bangunan itu, satu cahaya aneh tiba-tiba menyinari dirinya. Yeeun jatuh terduduk ke belakang kerana cahaya itu terlalu terang. Tiba-tiba, Yeeun terdengar suara seorang perempuan. Yeeun toleh ke belakang dan terkejut melihat perempuan itu ~END~

  "Mula-mula aku memang terkejut dan rasa hairan dari manalah datang Yeeun yang kedua ni. Tapi semua perasaan tu hilang selepas aku mula dapat satu idea gila" "Idea gila apa?" Fuwa ingin tahu cerita selanjutnya daripada Yeeun. Sementara itu; "Awak tukar kehidupan dengan dia?" Ui terkejut selepas mendengar cerita Yeeun (Persona066). "Ya. Dia nak saya jalani kehidupan seharian sebagai seorang gadis bernama Yeeun sementara dia berhijrah ke sini dan tinggal dengan sepupu dia" jelas Yeeun (Persona066). Kembali kepada Fuwa dan Yeeun; "Jadi mulai hari tu dia jadi kau?" soal Fuwa. "Ya. Aku mintak dia jadi aku sebab aku memang tak tahan dengan kehidupan aku. Aku jugak kata kat dia kalau dia tak nak penuhi permintaan aku, aku akan bunuh diri" balas Yeeun. Pada masa yang sama, Ui pula muncul bersama Yeeun (Persona066).

  Dia berdiri di belakang Ui kerana dia masih takut dengan Fuwa. Fuwa memberitahu Ui yang dia sudah tahu kisah sebenar antara Yeeun dan Yeeun (Persona066). Ui juga memberitahu Fuwa perkara yang sama. Mereka cuma tidak tahu mengapa Yeeun (Persona066) pergi ke wilayah utara Vulcan City dan bertemu Yeeun. "Mak dan Ayah saya, tak, Mak dan Ayah Yeeun kemalangan semalam dan keadaan diorang semakin kritikal. Doktor minta saya kumpulkan semua ahli keluarga yang ada. Sebab itulah saya ke sini cari Yeeun. Yeeun patut jumpa diorang berdua sebelum terlambat" Yeeun (Persona066) memberitahu sebab sebenar dia bertemu Yeeun. "Tapi kenapa kau tolak dia tadi? Aku ingat kau nak bunuh dia" tanya Fuwa. "Saya tolak dia sebab saya tak tahan dengan perangai dia. Saya tak kisah jalani kehidupan sebagai Yeeun. Saya boleh terima semua tu" 

PERSONA [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now