Three

6 0 0
                                    

  "Tapi saya tak boleh terima kalau dia masih berdegil tak nak jumpa ibu bapa dia sendiri" balas Yeeun (Persona066). "Tak kira apa yang berlaku diorang tetap Mak dan Ayah awak. Awak patut ziarahi diorang berdua sebelum terlambat" kata Yeeun (Persona066) kepada Yeeun. "Diorang memang mak bapak aku tapi pada diorang, aku ni anak perempuan diorang ke? Mak bapak jenis apa yang langsung tak ambik kisah pasal perasaan anak sendiri? Aku dah banyak kali mintak diorang berhenti bergaduh tapi..." belum sempat Yeeun menghabiskan ayatnya, Yeeun (Persona066) mencelah. "Saya tahu diorang kerap bergaduh tapi dua minggu selepas saya jadi awak, diorang berdua dah tak bergaduh. Diorang berdua dah banyak berubah. Percayalah cakap saya" "Kau jangan tipu akulah. Takkanlah semudah itu diorang boleh berhenti bergaduh" Yeeun enggan mempercayai kata Yeeun (Persona066).

  "Terpulanglah pada awak nak percaya atau tidak. Tapi awak kena ingat satu perkara. Jangan menyesal bila awak dah kehilangan segala-galanya nanti" ujar Yeeun (Persona066). Tiba-tiba, anak-anak buah Fuwa seramai lapan orang muncul entah dari mana. Mereka berlapan mengacu senapang ke arah kedua-dua Yeeun. Fuwa dan Ui terkejut dengan kehadiran anggota APS. "Tolong bagitahu kami yang mana satu Persona" pinta salah seorang anggota APS. "Turunkan senjata. Persona066 tak perlu dibunuh" terkejut dengan kenyataan Fuwa, mereka bertanya mengapa Persona66 tidak patut dibunuh. "Tak semua Persona jahat. Persona066 dah banyak tolong Host dia. Dia juga tak ada langsung niat nak bunuh Host. Jadi biarkan dia hidup" jelas Fuwa. "Tapi Tuan, pihak atasan minta kami hapuskan Persona terakhir demi keselamatan orang awam" kata anggota tadi. "Korang ni faham bahasa ke tidak?!" jerit Fuwa tiba-tiba.

  "Bagitahu cepat yang mana satu Persona sebelum aku arahkan diorang tembak kedua-duanya sekali!" kata Tachibana yang muncul secara tiba-tiba. Tachibanalah individu yang banyak menyumbang dana dalam pembentukan APS. Jadi secara tidak langsung dia juga mempunyai kuasa dalam APS. "Aku bagi peluang ni pada kau sebab aku percaya kau mampu bunuh Persona terakhir dengan mudah. Tapi rupa-rupanya aku dah tersilap. Kau ketua yang gagal Fuwa" sambung Tachibana. "Ini semua tak ada kena mengena dengan saya menjadi ketua yang gagal. Saya buat perkara yang betul. Persona066 layak hidup seperti kita semua walaupun dia bukan manusia" tegas Fuwa. Tachibana tersenyum sinis dan berkata "Dengar sini wahai semua anggota APS! Mulai sekarang aku adalah ketua skuad yang baru. Fuwa bukan lagi ketua korang. Sebagai ketua yang baru, aku arahkan korang semua tembak diorang berempat!"

  Anggota APS jadi teragak-agak. Kalau boleh mereka tidak mahu mengikut arahan Tachibana. "Tunggu apa lagi! Tembak sekarang!" pekik Tachibana. Fuwa melepaskan satu tembakan ke udara dan meminta Ui membawa Yeeun dan Yeeun (Persona066) pergi dengan kadar segera. Dia pula ikut sahaja dari belakang. Tachibana masih belum mahu mengalah. Dia mengarahkan anggota APS mengejar Fuwa dan lain-lain. Dipendekkan cerita, Fuwa dan lain-lain sempat kembali ke kereta walaupun situasi agak tegang ketika itu. Fuwa meminta Ui memandu kerana dia perlu menjaga keselamatan mereka semua. "Kita nak ke mana?!" tanya Ui yang masih panik. 30 minit kemudian; Ui dan lain-lain tiba di hadapan bangunan terbiar dengan selamat. Pada masa yang sama juga, anggota APS muncul dan mengepung kereta Fuwa. Tachibana masih ada bersama anggota APS. Dia meminta Fuwa dan lain-lain serah diri sebelum dia bertindak lebih kejam. 

PERSONA [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now