Four

6 0 0
                                    

  Ui keluar dari perut kereta sambil tersenyum lebar. Dia juga sempat ketawa terbahak-bahak. "Mana Fuwa dan lain-lain?!" tanya Tachibana. ~FLASHBACK~ "Kita nak ke mana?!" tanya Ui yang masih panik. "Pergi ke bangunan terbiar di hujung bandar tapi sebelum tu kau kena turunkan aku dan kedua-dua Yeeun kat tempat lain dulu" jawab Fuwa. "Kenapa saya kena buat macam tu?" tanya Ui lagi. "Aku nak bawak kedua-dua Yeeun ke hospital tapi diorang tak boleh tahu lokasi sebenar kita. Sebab itulah kau kena umpan diorang ke bangunan terbiar tu" jelas Fuwa. "Saya tahu tempat yang sesuai untuk kita bertiga pergi" sampuk Yeeun (Persona066). ~END~ Tachibana dan APS terus beredar dari situ setelah mereka mendapati mereka telah dibawa ke lokasi palsu. Namun, Tachibana masih belum berputus asa. Sementara itu; Fuwa, Yeeun, dan Yeeun (Persona066) berada di perhentian bas.

  Perhentian bas itu terletak agak jauh dari hospital ibu dan bapa Yeeun ditempatkan tetapi itulah tempat paling selamat untuk mereka bertiga. "Kita naik bas dan terus pergi ke hospital" Fuwa membuka bicara. "Kalau diorang patah balik macam mana?" tanya Yeeun (Persona066). "Jangan risau. Diorang takkan patah balik sebab Ui dah bawak diorang pergi jauh dari sini" balas Fuwa. Sementara menunggu ketibaan bas, Fuwa sempat berkata sesuatu pada Yeeun. "Kau patut bersyukur sebab kau masih berpeluang merasa kasih sayang seorang ibu dan bapa. Aku tak sempat merasa semua tu sebab mak dan ayah aku meninggal dunia masa aku masih bayi lagi. Kau juga patut bersyukur sebab kau tak perlu tinggal di rumah anak yatim selama bertahun-tahun" kata Fuwa dengan panjang lebar. Yeeun tersentak. Yeeun (Persona066) memandang sahaja wajah Hostnya tanpa berkata apa-apa.

  "Dari tadi aku nak tahu pasal ni. Kenapa kau tak sama macam Persona lain? Persona lain semua nak bunuh Host masing-masing tapi kau..." tanya Fuwa kepada Yeeun (Persona066). "Saya tak tahu. Saya sendiri tak pasti mengapa saya tak sama seperti Persona lain" kata Yeeun (Persona066). "Kau tak sama macam Persona lain sebab kau 'lahir' dari Host yang jahat sementara Persona lain 'lahir' dari Host yang baik" sampuk Yeeun. "Saya tak rasa awak jahat. Saya kata begitu sebab awak masih ambil kisah pasal Mak dan Ayah awak. Sebab itulah awak minta saya ambil alih tempat awak. Kalau awak jahat, awak takkan lakukan semua itu" ujar Yeeun (Persona066). "Jangan merepek. Aku mintak kau buat macam tu pun sebab aku tak nak kau hidup merempat dan bukannya sebab aku kesiankan mak bapak aku"

  "Aku cuma gunakan kau" kata Yeeun dengan jujur. Yeeun (Persona066) ketawa sendiri. Yeeun bertanya apalah yang kelakar tentang itu tetapi Yeeun (Persona066) sengaja tidak menjawab soalan Yeeun. Dipendekkan cerita, mereka bertiga tiba di hospital tanpa sebarang masalah. Yeeun (Persona066) meminta Yeeun menjenguk ibu dan bapanya di wad ICU tetapi Yeeun terasa sedikit janggal. Dia juga berasa malu kerana dia sudah lama tidak menziarahi ibu dan bapanya. "Kenapa awak perlu rasa malu? Diorang berdua Mak dan Ayah awak. Awak tak patut rasa malu" kata Yeeun (Persona066) kepada Yeeun. Mereka berdua termasuk Fuwa berada di perkarangan hospital. "Baik kau ziarah diorang berdua cepat. Kita tak boleh lama kat sini. Nyawa Persona kau mungkin dalam bahaya" gesa Fuwa. Selepas puas berfikir, Yeeun akhirnya membuang ego dan rasa malunya dan terus pergi ke wad ICU.  

PERSONA [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now