Bab 1

49.5K 697 12
                                    

"please. Jangan buat I macam ni. Babeeeee" Rayu Aurora melulut sambil memeluk kaki suaminya yang masih berdiri memandangnya.

"kau tipu aku Aurora!! Kau keluar dengan jantan tu bila aku tak ada!! Betina tak guna!! Kau menyundal dengan dia selama ni kan!!" pekik suara Colline memenuhi ruang bilik tidur mereka.

Puan Roselle hanya diam meniskus di ruang tamu mendengar anak menantunya bergaduh di dalam bilik. Dia juga sakit hati apabila Suzanne menyerahkan sampul surat berisi beberapa keping gambar di dalamnya kepada mereka berdua pagi tadi. Sebaik saja gambar dalam sampul tersebut dikeluarkan, masing masing terbeliak apabila melihat gambar Aurora sedang berpeluk dengan Danny di tempat awam.

Puan Roselle tidak menyangka perbuatan Aurora sampai begitu sekali. Walaupun gambar tersebut sudah cukup untuk membuktikan bahawa Aurora curang di belakang Colline, namun penjelesan daripada Aurora perlu didengari. Itu yang bermain di dalam ruang fikiran Puan Roselle. Namun untuk mengeluarkan pendapatnya, dia tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi.

Tiba tiba, pintu bilik Colline dan Aurora terbuka. Memandangkan bilik mereka hanya berhadapan dengan ruang tamu, maka terpampanglah wajah Aurora yang sedang menangis dan wajah berang Colline yang tidak berhati perut.

Rambut Aurora ditarik Colline keluar dari bilik tersebut.

"babeee please. We need to talk. U salah faham babe" rayu Aurora smbil tangannya memegang tangan Colline yang menarik rambutnya itu.

Perut Aurora yang memboyot itu tidak dihiraukan Colline lagi. Emosinya dikuasi amarah.

Colline menarik rambut Aurora menuju ke arah pintu utama. Puan Roselle terus mengikut langkah Colline yang menarik rambut Aurora hingga ke pintu utama.

Sebaik itu, Colline melepaskan cengkamannya dari rambut Aurora dan lantas membuka pintu utama. Tubuh Aurora di tolaknya keluar. Puan Roselle menekup mulut melihat menantunya terduduk di depan pintu tersebut. Tapi apakan daya, dia tidak mampu menenangkan amarah anaknya itu.

"babeeeee u salah faham. Beri peluang untuk I ceritakan semuanya. Kalau u tak kesiankan I, tolong kesian anak kita dalam perut I ni. I nak pergi mana malam malam macam ni?" rayu Aurora teresak esak memandang ke arah Colline.

"ahhhhhh!! Aku tak peduli, kau berambus dari rumah aku sekarang. Aku jijik tengok kau!!!! Aku haramkan kau pijak kaki di rumah aku lagi!! Aku tak nak ada isteri yang gatal macam kau!!" suara Colline melenting melawan bunyi lebatnya hujan.

Dengan itu, Colline terus menutup pintu. Aurora masih mengetuk pintu itu dari luar. Rayuannya masih didengari. Colline pula tidak menghiraukan rayuan Aurora itu.

Colline terus melangkah ke arah mini bar yang terletak di dapur rumahnya itu. Puan Roselle memerhatikan perlakuan anaknya itu. Dia ingin membuka pintu, namun takut Colline akan menghalaunya sekali.

Colline mengambil sebotol Jack Daniel. Langkahnya diatur kembali ke ruang tamu dan masuk ke dalam bilik tidurnya semula. Puan Roselle masih kaku di hadapan pintu utama rumah mereka yang sudah tertutup rapat itu.

Apabila memastikan Colline tidak keluar lagi, Puan Roselle membuka pintu tersebut. Berharap menantunya itu masih disitu.

Namun sayang, mahupun tubuh, bayangan Aurora juga tidak lagi berada di situ lagi. Puan Roselle diamit perasaan gusar. Sudahlah hari hujan, Aurora pula dihalau tanpa pakaian ditambah pula perutnya yang sedang memboyot itu.

"Aurora. Mana kamu?" tanya Puan Roselle.

Hatinya  bertambah risau apabila melihat gate rumah mereka terbuka. Pasti Aurora sudah beredar dari situ. Puan Roselle masuk semula ke dalam rumah dan menutup pintu. Bimbang Colline akan keluar dari biliknya. 





























Aurora melangkah perlahan-lahan meredah hujan lebat. Guruh berdentam dentum. Kilat sabung menyabung. Aurora tetap melangkah. Mencari tempat untuk berteduh seketika sementara menunggu siang. Air matanya yang turun dibasuh oleh air hujan yang turun. Jiwanya bagai dirobek, hatinya musnah. Kemana dia perlu membawa diri? Keluarga? Dia sudah yatim piatu sejak dulu lagi. Dia tidak pernah melihat keluarganya sejak kecil lagi. Yang dia hanya tahu, Puan Roselle menjaganya sejak kecil apabila dia diletakkan di depan pintu rumah Puan Roselle semasa dia masih bayi lagi. Akibat simpati, Puan Roselle menjaganya. Colline pula tua setahun dari nya. Akibat sudah lama menetap bersama puan Roselle, Colline telah menaruh hati terhadap Aurora. Mereka berkahwin sebaik saja Colline mengambilalih syarikat Puan Roselle.

Aurora berjalan terjengket jengket kerana menahan sakit kakinya yang memijak batu batu kecil di atas jalan tersebut kerana dia tidak berselipar. Tangannya memeluk tubuhnya sendiri. Badannya habis basah lecun. Tiba tiba, Aurora ternampak sebuah pondok bas di seberang jalan tidak jauh darinya.

Aurora yang sedang sejuk itu, lantas berlari untuk mendapatkan pondok bas tersebut. Sebaik saja melayang, tiba tiba sebuah kereta datang. Aurora menutup mukanya yang silau itu dengan tangannya sambil memandang ke arah kereta tersebut. Bunyi tayar bergesel dengan permukaan jalan tersebut memenuhi sunyi malam itu. Pandangan Aurora terus menjadi gelap. Tubuhnya jatuh menghempap bumi. 

Ex-Wife Revenge [completed]Where stories live. Discover now