Bab 2

23.4K 556 2
                                    

Aurora membuka matanya perlahan-lahan. Cahaya di sekelilingnya menyilaukan matanya. Sebaik saja matanya dibuka, figura seorang lelaki menyapa matanya. Kelihatan lelaki itu sedang tidur di atas sofa.

Aurora memerhatikan sekelilingnya. Hospitalkah? Aurora bangun perlahan lahan dari perbaringannya. Dia terus menyandar di atas kepala katil hospital tersebut.

Tangannya automatik membelai perutnya. Namun, perutnya sudah rata, tidak memboyot lagi. Aurora terus melihat perutnya yang sudah rata itu.

"mana anak aku?" Aurora bercakap sendiri.

Dia cuba bangun dari katil tersebut untuk mencari bayinya. Namun akibat tubuhnya yang masih lemah, Aurora tidak dapat menstabilkan dirinya lagi. Dia terus terjelopok jatuh sebaik saja kakinya cuba melangkah.

"auchhh" Aurora mengaduh kesakitan akibat terhempap di atas lantai.

Perutnya yang sudah dibedah itu sedang kesakitan. Mujurlah jahitan pada perutnya itu tidak berdarah.

Xavier yang masih tidur itu terbangun apabila mendengar suara Aurora mengaduh kesakitan. Dia terkejut apabila terlihat Aurora masih terduduk di atas lantai sambil memegang perutnya.

Xavier segera bangun dari sofa tersebut dan melangkah laju ke arah Aurora. Bimbang luka di perut gadis itu terbuka.

"kau masih lemah sangat ni." kata Xavier lalu mengangkat tubuh kecil milik Aurora ke atas katil.

"kau baring sini dulu. Aku nak pergi panggil doktor dulu. Nanti dia check keadaan kau. Boleh?" Xavier berura ura mahu beredar dari situ.

"encik, mana baby saya?" tnya Aurora.

Riak risau jelas terpampang padah wajahnya yang putih itu. Xavier menghembus nafas berat untuk memberitahu Aurora tentang keadaan bayinya itu.

"hmmmm. Nanti doktor beritahu kau. Okay?" pujuk Xavier.

Aurora hanya mengangukkan kepalanya.

Xavier terus berlalu keluar dari bilik tersebut. Tidak sanggup hatinya memandang wajah milik Aurora itu. Sungguh malang nasib gadis itu pada fikirannya. Mujurlah dia sempat menekan brek keretanya malam tadi, kalau tidak, sudah tentu Aurora sudah dikebumikan pagi ini.















"doktor tipu!!" raung Aurora di dalam bilik tersebut.

Doktor dan nurse memandang pilu ke arah Aurora. Xavier pula mendiamkan diri di sebelah Aurora.

"doktor tipu saya. Mana baby saya? Tolong jangan sembunyikan!!" kata Aurora memekik.

Xavier hanya memandang simpati ke arah Aurora yang duduk di atas katil tersebut.

"puan, maaf. Kita orang tak dapat nak selamatkan baby puan. Malam tdi, nyawa baby puan hanya 50/50 saja. Hal ini berikutan pendarahan teruk pada bahagian kepala anak puan. Kami mahu menjalankan pembedahan terhadap anak puan untuk membuang darah yang membeku pada otaknya, tapi dengan keadaan baby puan yang tersngat lemah, kami terpaksa menunda pembedahan tersebut pagi ini sebelum puan sedar. Tapi Tuhan lebih sayangkan anak puan, dia meninggal selepas 2 jam bertarung nyawa." terang doktor tersebut.

Aurora menangis semahu mahunya. Anak yang dikandung 9 bulan dengan penuh kasih sayang kini pergi meninggalkannya dalam sekelip mata. Dia tidak menyangka anaknya itu akan pergi. Sungguh htinya pilu. Dia juga tidak sempat mendukung mahupun menyusukan anaknya itu.

Selepas melihat Aurora yang hanya menangis itu, doktor bersama seorang nurse tersebut lalu keluar dari bilik tersebut. Tinggallah Xavier dan Aurora di bilik itu.

Aurora menekup wajahnya dan menangis teresak esak. Xavier duduk di sebelah Aurora. Tangannya lantas memeluk bahu gadis itu dari tepi.

"kenapa, kenapa nasib saya macam ni? Kenapa anak yang saya kandungkan tak sempat melihat dunia. Saya tak sempat membelainya" kata Aurora yang masih teresak esak.

"shhhhhhhh. Nanti baby kau sedih tinggalkan kau kalau dia tahu kau nangis macam ni. Jangan nangis lagi okay? Nanti kita lawat dia bila kau dah discharge nanti" pujuk Xavier.

Air mata Aurora dilapnya menggunakan ibu jari. Aurora terus memeluk tubuh sasa Xavier dan menyambung tangisnya disitu. Xavier mengusap ngusap kepala Aurora. Rambut gadis itu dibelainya.

Akhirnya, Aurora terlelap dibuai mimpi.

Ex-Wife Revenge [completed]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora