MBSI: 05🎬

831 97 0
                                    

Hyunjae pov.

"Eh? Bila masa kau suka gantungkan keychin ni?" Tegur Younghoon, kawan baiknya.

"Haneul yang pasangkan" kata Hyunjae sambil masukkan semua bukunya ke dalam begnya.

"Haahlah. Aku lupa nak tanya pasal adik angkat kau tu. Aku tengok korang rapat betul. Kau tak rasa bersalah ke tak bagitahu perkara yang sebenar?"

Hyunjae mengeluh kecil.

"Aku tak sanggup nak bagitahu dia."

Kali ni Younghoon pula mengeluh.

"Kau buatlah apa-apa yang terbaik untuk dia. Aku akan sentiasa sokong kau" kata Younghoon sambil menepuk-nepuk bahu Hyunjae.

-

🌙🏠

Tok! Tok! Tok!

Hyunjae bangun lalu membuka pintu biliknya.

Terpampar wajah Haneul di depan pintu.

"Wae?" Soal Hyunjae.

"Oppa...boleh tak tolong Haneul?"

"Tolong apa?"

-

"Haih...aku tak sangka aku akan buatnya..." rungut Hyunjae lalu masuk ke dalam kedai runcit.

Dia menjadi blur apabila masuk ke dalam kedai itu.

Hyunjae pergi ke arah kuanter pembayaran.

"Emm...mana tempat...tu-tuala yeoja?" Soal Hyunjae malu-malu.

Penjaga kuanter itu menunding jari ke arah bahagian kanan kedai runcit.

"Kamsahamnida"

Hyunjae pergi ke bahagian itu dan mula rasa segan melihat pelbagai jenis tuala yeoja itu.

Walaupun tiada orang dekat situ, dia masih rasa segan.

Dia ambil beberapa bungkus dan terus pergi kuanter pembayaran.

-

Semasa Hyunjae berjalan pulang ke rumah, Hyunjae terserempak dengan seseorang.

Riak wajah Hyunjae terus berubah apabila bertemu dengannya.

Hyunjae cepat-cepat sembunyikan bungkusan yang dia belinya tadi apabila orang yang berada di hadapannya perasan.

Orang yang berada di hadapannya tersenyum sinis.

"Woah! Betul ke apa yang aku tengok sekarang ni?" Katanya dengan gelak tawa.

Hyunjae hanya menayangkan wajah datar.

Memandangkan Hyunjae malas nak layan, Hyunjae terus melanggar bahunya dan berlalu pergi.

"Yah!" Jerit orang itu.

Hyunjae tidak menghiraukannya. Dia perlu pulang cepat untuk beri bungkusan itu kepada Haneul.

-

"Nah"

"Gomawo Oppa. Mesti susahkan...eh? Banyaknya Oppa beli. Sebungkus pun dah cukup." Kata Haneul.

"Oppa tak tahu. Oppa beli je. Tak pe yang lebih tu buat untuk bulan depan"

"Gomawo Oppa"

-

Tok! Tok! Tok!

"Haih..apa lagilah..." gumam Hyunjae.

Hyunjae bangun dari katilnya dan buka pintu.

Sekali lagi terpampar wajah Haneul di depan pintu.

"W--" tak sempat Hyunjae nak bertanya, Haneul sudah menolak Hyunjae masuk ke dalam dan menutup pintu.

"Oppa dah basuh muka?" Soal Haneul.

"Dah. W-Wae?" Soal Hyunjae ketakutan.

"Bagus. Kalau macam tu, cepat baring." Arah Haneul sambil menolak Hyunjae jatuh ke atas katil.

Hyunjae ketakutan melihat kelakuan liar Haneul.

Haneul meletak topeng muka di wajah Hyunjae.

"Apa ni?" Soal Hyunjae pelik.

"Topeng muka. Kalau Oppa selalu pakai topeng ni, nanti muka Oppa lagi handsome" kata Haneul yang sedang memakai pada wajahnya.

Haneul baring di sebelah Hyunjae.

"Rasa sejukkan muka?" Soal Haneul sambil memandang Hyunjae di sebelahnya.

Melihat sahaja Haneul dengan jarak yang cukup dekat, mampu membuat jantung Hyunjae berdegup dengan laju.

"N-Nae..."








TBC

My Brother Secret Identity || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now