MBSI: 14🎬

777 88 3
                                    

Haneul pov.

Younghoon beri kami berdua satu bilik untuk bermalam.

Kami pandang satu sama lain memandangkan Hyunjae Oppa mahu bincangkan sesuatu.

"Oppa nak cakap apa dengan Haneul?" Soalku.

"Haneul-ah. Oppa sebenarnya....Oppa..."

"Oppa apa?"

"Oppa...nak minta maaf dulu."

"Minta maaf? Kenapa nak minta maaf pulak?"

"Haneul maafkan Oppa?"

"Besar sangat ke kesalahan Oppa dengan Haneul? Cuba Oppa bagitahu Haneul dulu apa kesalahan Oppa?"

"Sebelum tu, Oppa nak cakap yang Oppa tak ada niat langsung pun nak sakitkan hati Haneul."
Kata Hyunjae yang rasa sangat-sangat bersalah.

"Oppa...cuba oppa cakap dulu apa kesalahan oppa?" Pujukku.

"Okey. Oppa...sebenarnya....bu-bu-bukan..."

"Bukan apa?"

"Bukan...Oppa kandung Haneul" beritahu Hyunjae dengan nada yang semakin perlahan.

Aku tercengang memandang Hyunjae Oppa.

"Hahahahahahaha!!!! Apa Oppa cakap ni. Oppa bukan Oppa kandung Haneul? Hahahaha!! Haneul dah selalu dengarlah gurauan macam tu." Kataku dengan gelak ketawa yang besar.

"Haneul, Oppa cakap betullah"

"Eleh Oppa...dah lah Oppa. Baik kita tidur. Esok kita nak pergi jumpa appa" kataku lalu baring.

"Haneul. Oppa cakap betullah..."

Aku kembali bangun lalu menutup mulutnya.

Aku mengelengkan kepala aku minta dia berhenti.

"Dah oppa. Tak payah nak bergurau dalam keadaan macam ni. Baik Oppa tidur" kataku sambil menolak tubuh Hyunjae baring.

"Tapi--"

"Shhh!!!"

"Huhh😧.... selamat malam"

-

No one pov.

"Argh!" Jerit Haneul yang tersedar dari tidurnya.

Dia memandang Hyunjae yang membetulkan rambutnya di depan cermin.

"Oppa, Haneul mimpi buruk" beritahu Haneul ketakutan pada Hyunjae.

Hyunjae datang dekat ke arah Haneul.

"Haneul mimpi apa?" Soal Hyunjae ingin tahu.

"Haneul mimpi Oppa bukan Oppa kandung haneul" beritahu Haneul.

Hyunjae mengeluh kecil lalu memegang kedua-dua belah pipi Haneul.

"Haneul dengar sini. Oppa dah cakap yang Oppa bukan Oppa kandung Haneul" beritahu Hyunjae tekad.

Haneul memandang Hyunjae lalu melemparkan senyuman.

"Eleh Oppa...tak habis-habis nak kenakan Haneul. Ingat Haneul senang-senang nak kena tipu dengan Oppa. Dah lah Oppa, Haneul nak pergi mandi" kata Haneul lalu menepis tangan Hyunjae yang memegang pipinya dengan lembut.

Hyunjae memandang Haneul tak percaya.

-

Hospital Hani

"Awak Lee Hyunjae kan?" Soal seorang doktar pada Hyunjae.

Mereka yang ingin masuk ke dalam bilik Appa mereka terbantut apabila doktar itu menegur Hyunjae.

"Nae. Saya Lee Hyunjae. Kenapa Doktar?" Soal Hyunjae kembali.

"Saya nak bagitahu bahawa appa awak dah sedar. Kami juga dapat melihat perkembangan kesihatan dia" beritahu doktar itu.

"Jinjja?! Baguslah. Terima kasih doktar. Boleh kami jumpa appa kami?"

"Nae."

Hyunjae dan Haneul masuk ke dalam bilik Appa mereka dengan gembira.

"Appa!!" Haneul terus menerpa appanya yang terbaring.

"Ohoho...Anak appa..." Appanya membalas pelukan Haneul.

"Appa okey?" Soal Haneul.

"Appa Okey...mesti Appa dah buat kamu risaukan. Mianhae..."

Haneul hanya tersenyum.

"Appa, Hyunjae Oppakan dia asyik nak kenakan Haneul je. Dia cakap Oppa bukan Oppa kandung Haneul." Ngadu Haneul pada Appanya.

Encik Lee memandang Hyunjae terkejut.

Hyunjae hanya mengeluh kecil.

"Haneul-ah...apa yang Hyunjae Oppa cakapkan tu...memang betul" kata Encik Lee serious.

"Appa pun nak kenakan Haneul? Apa ni appa. Appa sepatutnya menyebelahi Haneul bukannya Hyunjae Oppa" Haneul mencebik.

Encik Lee terkejut dengan balasan dari Haneul. Dia memandang Hyunjae. Hyunjae hanya mengelengkan kepala, pening memikirkannya cara untuk beri kepercayaan pada Haneul.







TBC

My Brother Secret Identity || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now