MBSI: 15🎬

811 89 2
                                    

Dalam perjalanan pulang ke rumah Younghoon, Hyunjae cuba lagi untuk memberitahu Haneul tentang identitynya.

"Haneul-ah. Nah" Hyunjae beri sekeping gambar lama kepada Haneul.

"Eh? Inikan gambar Haneul dengan Oppa masa kecil" kata Haneul sambil memerhati gambar itu.

"Haneul-ah. Lelaki dalam gambar tu adalah Oppa kandung Haneul. Lelaki yang ada depan Haneul sekarang ni bukan Oppa kandung Haneul" kata Hyunjae dengan wajah yang serious.

"Ala Op--" Hyunjae terus menutup mulut Haneul.

"Oppa kandung Haneul dah mati selepas 1 tahun dia duduk dengan appa Haneul. Dia mati sebab kena langgar kereta semasa dia nak lintas jalan." Beritahu Hyunjae.

Haneul tergamam.

Air matanya mula bergenang.

"Haneul-ah. Oppa tak main-main. Oppa cakap betul sekarang. Oppa bukan Oppa kandung Haneul"

"Oppa tipu! Kalau Oppa bukan Oppa kandung Haneul, kenapa nama Oppa sama dengan nama Oppa kandung Haneul?!" Soal Haneul tidak percaya.

"Lee Jaehyun. Itu nama sebenar Oppa" beritahu Hyunjae.

Sekali lagi Haneul tergamam mendengarnya.

"Appa Haneul ambil Oppa sebagai anak angkatnya." Sambung Hyunjae.

"O-Omma...tahu pasal ni?"

Hyunjae menganggukan kepalanya tanda 'ya'

Haneul terus terduduk. Haneul merasakan dia dipermain-mainkan oleh Appa, Omma dan...Hyunjae.

Haneul mendongakkan kepalanya memandang Hyunjae dengan pandangan yang tajam.

"Jahat!" Haneul terus pergi meninggalkan Hyunjae.

"Haneul!" Hyunjae mengejar Haneul.

Baru sahaja Haneul ingin melintas jalan, tiba-tiba ada sebuah van hitam berhenti di depan Haneul dengan pintu van terbuka.

Hanya sekelip mata, Haneul di bawa masuk ke dalam van. Van itu terus memecut laju.

Hyunjae yang terkejut dengan situasi itu terus dia berlari mengejar van itu.

4 tayar lawan 2 kaki memang sah-sahlah Hyunjae tidak dapat kejar Van itu.

Hyunjae tercungap-cungap dengan keadaan yang marah.

-

"Geng Yoon dah culik Haneul!" Beritahu Hyunjae yang marah.

"Apa?! Bukan ke Haneul dengan kau?" Soal Younghoon.

Hyunjae terdiam apabila dia mengimbas semula kejadian itu.

"A-Aku..."

"Dahlah Hyunjae. Aku tahu apa yang terjadi. Jadi sekarang, apa plan kau?"

"Pl--"

Ding! Dong!

Kata-kata Hyunjae terhenti apabila bunyi lonceng rumah Younghoon berbunyi.

Younghoon buka pintu dan terpapar wajah Hyunsuk.

"Yah! Kau buat apa dekat sini?! Kau dah culik Haneul, lepas tu datang sini dengan wajah yang tak bersalah?!" Tengking Younghoon.

"Younghoon. Sabar. Dia tak bersalah" kata Hyunjae sambil memegang tangan Younghoon yang ingin menumbuk Hyunsuk.

Younghoon memandang Hyunjae pelik.

"Dia memihak pada kita" beritahu Hyunjae.

"Dia?" Younghoon memandang Hyunsuk tidak percaya.

Hyunsuk memandang Younghoon dengan pandangan menjengkelkan.

"Kalau bukan di sebabkan Hyunjae Oppa Haneul, tak adanya aku buat benda ni" gumam Hyunsuk.

"Apa?" Soal Hyunjae terdengar gumaman Hyunsuk.

"Ha? T-Tak ada apa...emm..apa plan kau?"

"Plan aku...-"

-

Hyunjae, Younghoon dan Hyunsuk bersembunyi di sebalik semak melihat bangunan usang dimana geng Yoon letakkan Haneul.

Bukan mereka bertiga sahaja yang ada. Hyunjae mengumpulkan budak-budaknya untuk turut serta.

"Aku dah tengok, Haneul ada dalam bangunan tu" beritahu Hyunsuk.

"Kau..memang dah berubah ke?" Soal Younghoon pada Hyunsuk.

Hyunsuk tidak menjawab malah hanya menjeling Younghoon.

"Eh dia ni. Orang tanya dia menjeling pulak" marah Younghoon.

"Dah-dah. Jangan bergaduh. Jom kita bergerak"







TBC


My Brother Secret Identity || Hyunjae TBZHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin