MBSI: 10🎬

803 89 9
                                    

"Haneul, malam ni awak pergi?" Soal Hyunsuk.

Malam ni ada jamuan sekolah. Aku tak tahulah jamuan sempenan apa.

Yang penting aku datang dan habiskan makanan yang dihidangkan.

"Pergi" jawabku.

"Nak saya ambil awak?"

"T-Tak payah. Saya boleh pergi sendiri"

"Ouh. Okey. Saya balik dulu. Kita jumpa malam nanti"

"Okey. Bye!"

-

Aku dan Hyunjae Oppa duduk di ruang tamu menonton drama Extra ordinary you.

Hyunjae Oppa bukan tengok pun drama tu. Dia main telefonnya.

Aku je tengok seorang. Apa yang dia tengok tah dekat telefon dia tu.

Aku rampas telefon Hyunjae Oppa dan sembunyikan di belakang aku.

Dia kelihatan terkejut.

"Oppa ni...asyik main telefon je..." rungutku.

"Mianhae...emm..boleh tak bagi balik telefon Oppa?" Minta Hyunjae Oppa sambil menghulurkan tangannya.

"Tak boleh..." aku menjelir lidah kepadanya.

Hyunjae Oppa mencebik. Comellah😍

"Oppa, Oppa nak main satu permainan tak? Kalau Oppa berjaya, Haneul bagi balik telefon Oppa." Soalku teruja apabila teringat akan permainan yang akan tengok dalam rancangan hiburan semalam.

"Main apa?"

Aku letak biskut coklat panjang di mulutku.

"Gigit biskut ni. Siapa yang dapat tinggalkan biskut ni jadi kecil, dia menang" beritahuku.

Dia memandang aku cuba memahami permainan yang aku beritahu.

Okey...nampak susah untuk terangkan pada dia mrmandangkan dia tak pernah tengok tv.

"Okey tak pe. Haneul tunjukkan contoh. Oppa gigit biskut ni." Arahku sambil letakkan biskut coklat panjanh itu di dalam mulutnya.

"Oppa duduk diam-diam tau" arahku.

Dia menganggukan kepalanya.

Aku duduk berhadapan dengan dia dan mula mengigit biskut itu sedikit demi sedikit.

Hyunjae kelihat terkejut dengan kelakuan aku.

Dia cuba untuk mengelak dari aku terus gigit lebih dekat, tapi aku menahannya. Hyunjae Oppa menutup matanya tidak mampu nak melihat.

Apabila aku merasakan aku dah dekat dengan bibir Hyunjae, aku terus gigit untuk kali terakhir.

"Okey dah." Kataku lalu ambil lebihan biskut dari mulut Hyunjae Oppa.

Hyunjae Oppa membuka matanya.

"Tengok ni. Kecilkan. Kalau Oppa nak telefon Oppa balik, Oppa kena gigit lebih kecil" ujarku.

Aku letak biskut coklat itu di mulut aku.

"Okey, giliran Oppa pula"

Hyunjae Oppa memandang aku teragak-agak.

Dia duduk berhadapan dengan aku.

Dia dekatkan wajahnya dengan aku.

Dia menutup matanya dan mula mengigit biskut itu sedikit demi sedikit.

Wajahnya semakin rapat dengan aku.

Tiba-tiba badan aku menjadi sejuk dan jantung aku berdegul dengan laju.

Aku tidak dapat nak bernafas dengan normal apabila Hyunjae Oppa memegang belakang kepala aku.

Aku tak nampak bibirnya yang semakin dekat dengan aku.

Aku menutup mata aku kerana wajahnya sangat dekat dengan aku.

Aku mula rasa menyesal mengajak Hyunjae Oppa bermain.

"Okey. Dah" kata Hyunjae Oppa.

Aku membuka mataku perlahan-lahan.

Hyunjae mengambil lebihan di mulut aku.

"Yey! Oppa punya lagi kecil dari Haneul. Bagi balik telefon Oppa" kata Hyunjae Oppa teruja.

Aku melihat lebihan biskut itu.

Panjangnya lebih kurang 0.3 cm dan aku punya 1.5 cm.

Aku tak boleh nak membuka mulut kerana tergamam. Kalau tengok panjang biskut itu, jadinya jarak bibir kami sangat dekat.

Wow...aku tak nak bayangkannya.

-

Hyunjae pov

Aku membetulkan tali leher aku di depan cermin.

Tak pernah aku berpakaian begini kalau tidak Haneul yang mengajak aku ke jamuan itu.

Sepanjang hidup aku, aku tak pernah pergi ke jamuan yang diadakan oleh pihak sekolah.

"Oppa~~~" aku mengalihkan pandangan aku ke arah Haneul yang masuk ke dalam bilik aku.

"Oppa, tolong zipkan baju Haneul" minta Haneul lalu memusingkan tubuhnya.

Aku terus memejamkan mata aku apabila melihat separuh belakang badan Haneul terdedah.

Haneul menyelakkan rambutnya yang panjang bagi memudahkan aku zipkan dressnya.

Aku membuka sedikit mata aku lalu zipkan dressnya.

"Dah" aku membuka luas mata aku apabila aku selesai zip dressnya.

"Gomawo" ucapnya lalu keluar dari bilik aku semula.

Huh...😥
Kalau dia tahu aku bukan Oppa kandungnya, pasti di marah.

Mianhae Haneul..








TBC

My Brother Secret Identity || Hyunjae TBZTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon