1 | 𝚁𝚊𝚢 𝚖𝚒𝚔𝚊𝚎𝚕

1.7K 74 0
                                    


"kau berambus dari sini sekarang!!" herdik Raisya dengan lantang kepada aku.

aku mengesat air mata aku dengan kasar.

" Sabar Raisya..you tak patut macam ni." pujuk kawannya. Raisya hanya mendengus kasar.

" aku peduli apa!! kau dah jatukan projek tu? lepastu jadi gunting dalam kain? kau fikir aku nak simpan kau lagi Kaira? kau berambus sekarang!!" marah Puan Raisya kepada aku lalu ditolak badan aku kasar.

aku masih berusaha mengelap air mata aku. kelihatan ramai mata pekerja memandang aku serong.

Puan Raisya dan kawannya itu memasuki kedalam pejabatnya dan meninggalkan aku dihadapan pintu gerbang Syarikat Melodylansecret.

kotak besar yang penuh dengan barang aku diangkat dengan hati yang hancur.

baru saja aku ingin beredar dari situ mata aku terpandang kearah Selena yang tersenyum lebar kearah aku.

aku tersenyum kelat. yeah aku difitnah olehnya. tapi tak ada sesiapa pun percaya aku. tapi biarlah sama dia. aku tak kisah pun tak kerja dekat sini pun.

lagi pun bukan semua orang suka aku, kalau ada pun sebab nak ambil kesempatan. huh.

aku beredar dari situ dengan hati yang berat.

nampak gayanya aku tanam anggur lah.

___________

RAY mikael mengeluh lemah melihat timbunan fail yang banyak diatas mejanya.

harap meja je besar, tapi meja yang luas inilah dipenuhi dengan fail-fail kes yang banyak.

Ray mengurut dahinya sejenak.

" nampak gayanya aku tua sebelum tua lah macam ni." bisik Ray lalu tersenyum sinis.

sedang Ray mengomel sendirian tiba-tiba matanya tertacap pada Seorang wanita yang elok bertudung dan memakai blouse biru sedang berjalan di hadapan Pejabatnya itu.

matanya tajam memandang wanita itu disebalik tingkapnya itu.

wanita itu menangis? why?

" eh dah kenapa aku nak risau? " bisik hatiku.

Aku mengeluh lemah lalu berlalu pergi dari situ untuk menyambung kerja yang tergendala.

tapi..

Ok..aku dah jatuh kesian tak bertempat!!

_____

Aku mengesat air mata aku kasar.

Eh dah kenapa air mata aku tak berhenti-henti ni? kenapa murah sangat?

'sabarlah setakat kerja dekat situ berlambak lagi tempat yang kau boleh cari. '

' tapi bukan mudah nak cari kerja sekarang ni. siapa nak tolong aku nanti bila tak mampu bayar sewa rumah'

aku menangis sekali lagi dan kaki aku mula goyah tanda tidak kuat.

fitnah itu sudah memakan hati aku yang kuat sekarang. hati aku yang kuat dah dimamah rakus oleh fitnah.
aku tak kuat.

flashback

" Wait Kaira. You can see this?" soal Puan Raisya dengan tegas lalu menghulurkan surat putih kepada aku.

aku mengambilnya dengan hati yang resah.

apabila dibuka dan dibaca hati aku mula tak menentu.

surat peletakan jawatan.

aku tersenyum pahit.

" I see Puan Raisya. why saya kena pecat Puan? apa salah saya?" tanya aku meminta kepastian.

Puan Raisya mendengus kasar.

" You dah buat salah boleh tanya i why i do this?" marah Puan Raisya.

aku terdiam.

" Apa salah saya Puan. " kata aku dengan tegas.

Puan Raisya tersenyum sinis.
nampak muka menyampah dia tu. mudahnya manusia berubah hati.

" You nak bukti? i ada bukti. nah!" baling Puan Raisya satu kertas yang agak tebal.

" You nama je perisik tapi perisik pengkhianat pada syarikat i! how dare you." herdik Puan Raisya kepada aku.

dengan cepat aku membelek isinya dan kelihatan nama aku pada data keluaran wang syarikat dan aku telah menggunakannya sebanyak 100 000 ribu ringgit.

" Puan percaya?" soal aku.

" Of corse i percaya. sebab semua kata you yang buat. lagipun nama you yang ada pada data keluaran tersebut. you memang dah terdesak nak guna duit ke? perlu ke nak curi? " marah Puan Raisya lalu dengan cepat dia memanggil dua pengawal untuk membawa aku keluar dari situ.

aku tergamam. gila. aku difitnah.

belum sempat aku membela dari dua orang pengawal lelaki sudah mengangkat aku dari situ dan membawa aku keluar dari situ.

" Puan..saya difitnah!!" jerit aku dengan daya yang ada. kejutan masih tidak hilang lagi.

" lepaskan aku lah!! aku tak bersalah!! " rayu aku tetapi rayuan aku tidak dihiraukan dan apabila sudah sampai di hadapan pintu syarikat mereka melepaskan aku disitu.

aku berdiri tergamam dihadapan pintu tersebut dengan hati yang hancur.

macam sampah dia buat aku. ke aku memang sampah selama ni?

aku masih berdiri tercegat dan tiba-tiba badan aku ditolak kasar oleh seseorang.

" Apa lagi yang kau tercegat? ouh you lupa barang you? i tak nak simpan barang you ni. " herdik Puan Raisya lalu dicampaknya kotak yang berisi barang pejabat aku.

aku mengesat air mata aku. keberanian aku sudah hilang. aku tak mampu nak pertahankan diri aku.

segala makian Puan Raisya aku abaikan sehinggalah mereka meninggalkan aku.

semua manusia disitu memandang aku serong. aku tersenyum kelat.

_________

saat aku masih menangis ditepi jalan tersebut aku merasakan satu jasad yang berada disebelah aku dan dia merenungi aku.

aku mengesat air mata aku dan aku mendongak memandang dia.

Dia tersenyum lebar.

________

𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG) Where stories live. Discover now